Tuesday, 8 September 2015

H I J A B & H I J R A H

Bismillahirrahmanirrahim..



Saya masih ingat lagi saya mula berhijab seawal usia 12 tahun.
Tapiiiiiiii...

Hm, biasalah. Darah muda. Isu hijab ni dipandang enteng sahaja. Kejap pakai, kejap buka. Kalau rasa panas, bukalah. Kalau rasa rajin, pakai.

Allah dan tegur dengan bermacam cara dah.
Tapi, hati ni yg keras sangat sampai nasihat orang pun tak hirau.

Pernah Allah datangkan "seseorang" untuk menegur saya.
Berkali-kali dia menegur sikap saya yg seolah-olah mempermainkan hijab.
Saya hanya diam. Saya tak balas dan tak cakap apa. Kerana itulah saya. Saya bukan jenis yg suka membalas.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Begitulah saya hingga mencecah usia 17 tahun.

Kami sekeluarga mula berpindah rumah.
Dan, hari pertama berpindah ke rumah baru, entah kenapa setiap kali nak keluar, rasa tak selamat kalau tak bertudung. Hatta di luar rumah sahaja sekalipun, memang tak selesa tak bertudung. Sejak itulah, saya mula terbiasa berhijab walaupun di dalam rumah (jika tetamu datang).
Saya tak tahu apa yg jadi pada saya ketika itu, tapi saya yakin hidayah Allah telah menyapa. Cuma mungkin saya yg belum merasai nikmatnya.

Masa tu, pakai tudung singkat je. Kadang pakai shawl lepastu lilit-lilit sampai dada "terdedah".


Sejak saya mula berhijab penuh, saya boleh nampak perubahannya.
Classmate lelaki dah tak berani nak sentuh saya sesuka hati.
Dah tak berani nak ajak saya keluar pergi mana-mana.
Bukan nak puji diri sendiri, tetapi boleh dikatakan dalam kelas, hanya saya satu-satunya yg berhijab jika pergi ke mana-mana.
Kerana itulah mereka akan fikir 100 kali terlebih dahulu jika hendak mengajak saya ke mana-mana.

Saya masih teruskan pemakaian hijab singkat saya sehinggalah pada raya 2013, saya berusia 18 tahun. Mak saudara saya dan anak-anaknya merangkap sepupu-sepapat saya dari KL datang beraya bersama kami di Sarawak.

Pertama kali saya lihat cara pemakaian dan akhlak mereka,
SubhanAllah!
Indah! Sungguh.

Abaya, tudung labuh, stokin, handsock.
Mata saya seolah-olah taknak lari dari terus memandang mereka.
Terpana saya dibuatnya.
Bukan tak pernah tengok orang sebegitu.
Kalau di sekolah, ada juga ustazah yg berpakaian sebegitu.
Cumaaaa ini L A I N.

Lain sebab mereka saudara kita sendiri.

Saya yg hanya bertudung singkat ketika itu terasa bahang di wajah sendiri.
Malu! Benar-benar malu!
Malu pada diri sendiri yg merasa diri sudah cukup baik.

Selama seminggu mereka tinggal di kediaman kami,
Saya tak pernah tengok mereka tinggal solat, hatta tahajud sekalipun. Tak pernah.
Pukul 2-3 pagi, ada sahaja suara sayu yg sedang mengaji. Allah.. Allah.. Allah.

Saya yg pada ketika itu tidak tahu mengaji, solat pun masih tidak terjaga, terdetik di hati nak jadi macam mereka.

Teringin nak jadi baik :')

Tapi semua tu memerlukan usaha. Kalau malas usaha, memang kita akan kekal di tahap itu sahajalah.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg mengubah apa-apa yg pada diri mereka.
(Surah Ar-Rad : 11)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah Al- Insyirah : 5 & 6 )

Sebelum mereka berangkat pulang ke KL, sepupu saya sempat memberikan sepasang jubah dan tudung labuh untuk saya. Katanya kenangan.

Saya... Terharu :')

Saya mula berjinak-jinak dengan tudung labuh. Saya minta ibu belikan tudung labuh banyak-banyak untuk saya. Alhamdulillah, family pun sokong perubahan saya. Cuma ketika itu masih on-off. Kejap pakai tudung labuh, kejap pakai tudung biasa. Nak biasakan diri dahulu. Tak mahu terlalu mendadak.

Tanggal 17.7.2014, saya mula serius berhijab.
Dan tarikh keramat itu jugalah saya mula berhijrah meninggalkan segala kejahilan saya.
Mula memakai jubah, handsock, stokin, pelapik dagu dan tudung labuh bidang '60. Mula belajar mengaji, perbaiki solat. Mendalami ilmu agama. Berdamping dengan mereka yg boleh membimbing saya ke Jannah.

Saya tahu sebaik sahaja saya berubah, pasti ada mata-mata yg memerhati dan mulut-mulut yg mengata. Iyalah, kita nak buat benda baik, pasti Allah akan uji terlebih dahulu untuk lihat sejauh mana keikhlasan hati kita untuk berubah.

Semasa dalam proses penghijrahan, saya jauhkan diri daripada semua. Ya, semua kecuali family yg tak pernah jemu memberi saya semangat dan sokongan :')

Setelah berhijrah sehinggalah sekarang,
Saya tahu masih ada mulut-mulut sumbing yg masih mengata dan tidak senang akan perubahan saya. Dan lebih sedih bila kawan kita sendiri yg tergolong dalam golongan yg saya maksudkan. Saya tak kuat.

Cuma saya bersyukur, kerana Allah telah buka mata hati saya untuk kenal yg mana kawan, yg mana lawan. Syukur, kerana masih ada dua sahabat karib yg masih bertahan dan tetap ada ketika saya susah atau senang. Sejak zaman jahil saya dahulu hingga kini, mereka tetap ada untuk saya. Syukur ya Rabb, atas kurniaan dua 'sahabat syurga' ini. Moga Allah sentiasa merahmati persahabatan yg mencecah 8 tahun ini. Allahumma aamiin.

"Saya tak benci zaman jahil saya.
Malah saya bersyukur, tanpa jahiliah saya, saya takkan jadi siapa saya yg sekarang."-kakyang

Syukur atas segala-galanya.

HasbunAllah wa ni'mal wakeel.

Monday, 7 September 2015

Kenapa Cik Haura?




Haura bermaksud 'bidadari'.

Kali pertama saya dengar perkataan 'haura' ketika saya sedang dalam proses berhijrah tahun lepas.

Kakak-kakak yg membimbing saya dahulu lebih suka memanggil muslimat yg baru berhijrah dengan panggilan 'haura' daripada 'gadis jahil'.

Mula-mula tak tahu apa itu HAURA?
Tapi jujur, pertama kali dengar nama Haura, hati rasa tertarik.

Saya ingatkan AURA.
Rupanya HAURA. Haha.

Bila tanya dengan kakak-kakak, mereka sekadar senyum sahaja. Senyuman itu adalah 'jawapan' daripada mereka.

Saya hairan.
Saya tertanya-tanya.
Ada apa dengan Haura sebenarnya?
Haura itu siapa?
Nak kata nama saya, jauh panggang dari api.

Nak tanya dengan kawan-kawan,
Masa dalam proses berhijrah dahulu, saya tak contact dengan sesiapa kerana menjauhkan diri daripada semua orang termasuk kawan-kawan sendiri.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk cari sahaja maksud 'haura' itu menggunakan khidmat pakcik google.

Buka satu site ni, terjumpalah maksud Haura ni.
Haura bermaksud bidadari.
Haura adalah nama yg berasal dari Arab.

Senyum dan terus senyum.

Allah..
Baik sungguh kakak-kakak yg memanggil saya dgn panggilan sebegitu.
Jarang nak jumpa hamba-hamba Allah yg memandang mulia terhadap kita walhal hakikatnya mereka jauh lebih mulia.
Jarang nak jumpa hamba-hamba Allah yg mendoakan orang seperti kita yg nyata sangat jahil dengan agama sendiri.

MasyaAllah :')

Maka sejak dari itulah saya langsung jatuh cinta dengan nama 'Haura'.
Bagi saya, Haura itu umpama pencetus semangat saya untuk terus berjuang demi agama tercinta.

Justeru itu, saya memiliki satu hasrat besar.
Hehe. Saya juga seperti wanita-wanita lain di luar sana, yg sudah pasti mempunyai hasrat atau impian tersendiri.

Dan, salah satu hasrat saya....

Andai Allah memurahkan rezeki saya dengan mengurniakan srikandi buat saya, ingin saya menamakan mereka dengan :

1) Haura Syuhada (bidadari syahid)
2) Haura Syafa'ah (bidadari pembela)
3) Haura Jannah (bidadari syurga)

Sekian sahaja entry saya pada kali ini tentang "HAURA"

Semoga berjumpa lagi di masa yg akan datang, inshaaAllah jika masih diberi keizinan.

Fi hifzillah wa ilalliqa'.
Assalamualaikum.