Saturday, 1 July 2017

Sahabat, Antara Nikmat Allah Paling Indah Buatku :')

Just wanna say i love you more than i love my bag kekeke. joke hehe

Syukran syg, sebab still bertahan sampai sekarang.

Raya tahun ni takde ootd sangat sebab visi kita berdua sama.

You know what our vision is.

Actually sebak sangat bila kenang balik segala apa yg kita lalui selama ni, sebab bukan senang untuk kita capai ke tahap sekarang.

Kalau diikutkan, nak je berhenti separuh jalan. Tak nak teruskan dah.

Tapi sebab kita bersama, kita mampu untuk laluinya. Sebab rahmat Allah sentiasa mengiringi tali persahabatan yg ikhlas keranaNya.

Ramai orang sangka kita ni bercinta. Sebab asyik keluar berdua je. Lagi2 nama saya Yang, anyone boleh misinterpret panggilan tersebut. Even my sister said that.

But it's okay sygku. You know me, i know you. As long as we have faith in each other and trust in Allah SWT, that's more than enough.

Awak ada bila saya perlukan bahu untuk bersandar, dan saya ada bila awak perlukan kata-kata nasihat dan semangat.

Sama-sama jaga rahsia dan aib masing-masing.
Awak tahu saya sayangkan seseorang dalam diam, dan saya pun tahu awak sayangkan siapa dalam diam.

InshaaAllah, kita sama-sama perjuangkan insan yg kita sayang dalam doa ye.

Raya tahun ni a bit different sebab semua berjalan tidak seperti yg kita rancang, but wallahi, Allah is surely the BEST PLANNER! Alhamdulillah, Dia dah rancang cantik2 plan untuk kita. Cz you know whatever Allah does, it is for our best right?

That's why kalau keluar, saya prefer keluar tanpa apa2 plan. Sebab saya tahu lain yg kita rancang, memang lain yg akan jadi.

For the first time ever, setelah 9 tahun kenal, inilah kali pertama kita berpelukan dengan erat sebegini. Saya sendiri terkejut bila awak sendiri yg request untuk bergambar macam ni. Lama dah nak buat macam ni, sebab awak sendiri pun tahu kan kawan awak ni sukakan physical contact and very very clingy. Cuma saya tahu awak jenis yg sangat2 pemalu. Agak susah untuk awak open up dengan benda2 macam ni sebenarnya. Tapi sebaik sahaja awak peluk saya, i feel something. MashaAllah :') Can you feel me?

Tangan inilah yg selalu pimpin saya tatkala saya jatuh.
Tangan inilah yg hulurkan bantuan di saat saya susah.
Tangan inilah yg tolong betulkan tudung atau niqab saya.
Tangan inilah yg sering memberi bermacam-macam pemberian untuk sahabatnya sendiri.
Tangan inilah yg sambut saya setiap kali saya nak terseradung dengan kain jubah yg terlebih labuh.
Dan tangan ini jugalah yg selama ini menadah tangan mendoakan saya dalam diam :')

Dan semoga satu hari kelak, tangan ini jugalah yg memandikan jenazah sahabatnya dan menadah tangan mendoakan keampunan buat sahabatnya sendiri.

Actually, this is not what I have planned untuk taip panjang2 gini. Ingat nak post with simple caption I LOVE YOU ja, tapi awak faham2 la sahabat awak ni macam mana. Suka sangat buat esei. Tapi tak seterer awak yg pandai "kupas bawang".

Minta maaf banyak2 andai selama kita kenal dan bersahabat, terlalu banyak kekurangan dari diri ini. Banyak salah silap saya pada awak selama ni, harap diampunkan.

As my best friend, I know you have the right to demand an apology. But as your best friend, I hope you know I have the right to demand forgiveness. I'm so sorry for not being a good friend to you :')

Saya seakan 'terpanggil' untuk membaca surah Al-Imran hari ni, dan sampai sahaja pada ayat ke 103, saya terus jatuh cinta dengan firman Allah tersebut. SubhanAllah :') Cuba baca terjemahan dari ayat tersebut sygku.

Taknak cakap panjang2 sebab air mata dah mula main peranan dah sekarang.

Just nak cakap,

Sahabatku, I love you lillahi ta'ala and thank you for everything. May Allah bless our ukhuwah. Dan semoga apa yg kita berdua rancangkan untuk next year dipermudahkan. Allah je tahu betapa tak sabarnya saya hee

Ramai yg tertanya, kenapa saya masih lagi dapat bertahan dengan orang macam awak? Bcs even awak sendiri pernah kata, awak jenis yg membosankan.

My answer is, I JUST LOVE SOMEONE WHO IS THE OPPOSITE OF ME. I'm attracted to this kind of person. That's it :)

You know who you are, my dear :)

Wednesday, 29 March 2017

WYBMH Teaser #8

"Mak! Mak! Mak! Mak tak boleh buat Ara macam ni mak! Ara belum minta ampun lagi. Ara tak sempat minta ampun. Bangun mak! Ampunkan Ara mak. Mak tak boleh tinggalkan Ara macam ni!"

Sudah tidak peduli lagi dengan mata-mata yang merenung sinis, Ara terus memeluk erat jasad yang telah membujur kaku tersebut. Diciumnya wajah ibunya berkali-kali. Ara menepuk lembut pipi ibunya, berharap keajaiban kali ini menyebelahinya. Seakan tidak percaya secepat itu ibunya 'pergi'. Bagai disayat-sayat hatinya mengetahui ibunya 'pergi' tanpa meninggalkan sebuah keampunan untuknya.

"Mak, bangunlah. Ni Ara, mak. Ara dah balik. Mak, macam mana Ara nak teruskan hidup? Mak tak boleh pergi, mak belum ampunkan Ara lagi."

Seperti tidak dapat menerima hakikat yang telah berlaku, Ara terus meratapi pemergian ibunya. Aisya yang berada di sisinya berkali-kali cuba menenangkannya, namun kali ini usaha Aisya gagal. Aisya teramat faham betapa remuknya hati seorang anak yang tidak mendapat keampunan oleh ibu kandung sendiri. Seorang anak yang langsung tidak diberi peluang untuk tampil membela dirinya gara-gara muslihat licik yang diatur rapi oleh sahabatnya. Seorang anak yang telah kehilangan syurganya.

Aisya tewas jua dengan air matanya mengenangkan nasib yang menimpa sahabat baiknya, Ara.

Ara menggoncang tubuh kaku ibunya, namun lengannya terus direntap kasar. Tubuhnya hampir melayang ke depan namun sempat diimbangkan semula.

Ara terus ditarik menuju ke bilik. Pintu ditutup dan dikunci.

"Fia, buka pintu ni Fia. Fia nak buat apa dekat kak Ara?" Atul mengetuk pintu bilik berkali-kali. Bimbang jika Fia mengapa-apakan kakaknya. Bukannya dia tidak kenal sikap kembarnya yang dingin tidak semena itu.

Tidak peduli dengan ketukan pintu yang bertalu-talu, Fia terus menolak tubuh Ara ke pintu. Ara menahan sakit apabila lengan kirinya terkena tombol pintu.

Ara tercengang sekaligus terkejut dengan tindakan adiknya. Selama 17 tahun, inilah kali pertama Fia mengasari kakaknya sendiri.

"Fia, kenapa tu? Fia!" Atul terus panik terdengar bunyi sesuatu yang berat dihempas ke pintu.

Fia berdiri berhadapan dengan kakaknya. Lama Fia merenung kakaknya dengan perasaan marah, sedih, geram, semua ada.

Ara tahu maksud pandangan itu. Dia cuba bersuara, namun entah kenapa lidahnya seakan kelu untuk berbicara.

"Kenapa kau datang? Siapa izinkan kau jejakkan kaki ke rumah ni? Kau lupa apa yang kau dah buat hari tu? Sudah lah, tak payah nak pura-pura sedih meratap bagai, kononnya kau lah yang paling sedih bila mak dah tak ada. Mak meninggal sebab kau. Mak pergi dalam keadaan kecewa dengan anak dia sendiri, kau tahu tak? Kau..."

Tidak mampu menahan rasa sebak, air mata Fia mengalir perlahan.

"Kau..." Jari Fia dituding tepat ke wajah Ara. Suaranya mula bergetar.

"Fia betul-betul tak faham macam mana akak boleh nampak yang Ayu tu sebaik malaikat sedangkan dialah punca hubungan keluarga kita retak selama ni. Berkali-kali mak ingatkan akak dulu, jangan rapat dengan Ayu. Tapi akak degil. Akak cakap mak tak pernah memahami akak. Hakikatnya akak yang tak faham. Hati akak keras. Fia benci akak. I hate you the most. Akak adalah kakak yang paling teruk Fia pernah ada."

Fia memulas tombol pintu, lalu menolak sedikit tubuh kakaknya yang berdiri di belakang pintu tersebut. Pintu dikuak perlahan, langkahnya terhenti. Fia menoleh ke arah Ara yang masih lagi kaku membisu.

"Fia harap lepas ni kita takkan jumpa lagi. Lepas selesai kebumikan jenazah mak, tolong jangan muncul lagi dalam hidup kami."

Berderai air mata jatuh ke pipi. Ara terus terduduk lemah di atas lantai, menekan dadanya yang terasa sesak. Hatinya seperti dicarik-carik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya sebentar tadi.

Fia menapak keluar. Atul yang sedari tadi tercegat di pintu turut terdengar perbualan mereka di dalam bilik.

Atul terus meluru masuk ke dalam bilik untuk menenangkan kakaknya. Atul turut terduduk di sisi Ara lalu menarik tubuh Ara ke dalam dakapannya.

"Sabar kak..." Atul menepuk lembut bahu kakaknya.

Saturday, 7 January 2017

Menulislah dari hati jika ingin menyentuh hati yang lain.

menulislah bila mana kau merasakan penulisan itu mampu menutupi 'bisa' bicaramu.

penulisan yang ditulis sekadar dari jari yang menulis hanya mampu menggerakkan bibir si pembaca.

namun, penulisan yang dinukilkan dari hati secara langsung akan menyentuh hati yang mampu merasa serta membuka akal yang mampu berfikir.

kembali ke zaman twitter.

rasanya dah setahun tak bukak account ni. berhabuk. actually tak pandai sangat bertwitter ni huhu

Monday, 2 January 2017

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 6)

Atul menyusun satu per satu pinggan dan gelas di atas meja makan. Fikirannya menerawang seketika, teringat suasana di meja makan beberapa tahun yang lalu.

Jika dahulu masuk sahaja waktu makan, maka berebut-rebutlah tiga beradik itu ke ruang dapur menolong si ibu menyiapkan hidangan. Masing-masing mempunyai tugas tertentu yang telah dibahagikan oleh si ibu. Puteri sulung ditugaskan membancuh air dan membasuh pinggan mangkuk sesudah menjamu selera. Manakala pasangan kembar pula ditugaskan untuk mengemas meja dan menyusun pinggan mangkuk. Begitulah rutin harian mereka tiga beradik dalam menunaikan tanggungjawab sebagai anak di ruangan dapur. Namun kini, semuanya tinggal kenangan.

Penceraian orang tua mereka telah banyak mengubah keadaan, terutamanya keadaan Ara dan Fia. Ara merupakan satu-satunya anak yang rapat dengan ayah mereka, memandangkan Atul dan Fia lebih rapat dengan si ibu.

Ara mula bertukar menjadi liar, degil dan lebih suka keluar melepak. Fia pula bertukar mrnjadi pasif. Dahulu Fia merupakan seorang gadis yang periang dan banyak meluangkan masa bersama adik kembarnya. Namun, kini semua itu berubah menjadi sebaliknya. Memang benar, penceraian ibu bapa sememangnya memberi kesan yang lebih mendalam terhadap anak-anak.

"Kakak mana?" Pertanyaan Puan Hajar itu mengembalikan Atul ke dunia nyata semula.

"Mmm akak dekat stor. Kejap lagi datanglah tu." Atul mengambil jag air kemudian menuang air ke dalam setiap gelas.

"Hmphh kakak kau tu macam tu lah gayanya. Kena tegur sikit, sentap. Marah sikit, menangis." Puan Hajar memulakan 'rutin'nya. Mangkuk yang berisi lauk-pauk diletaknya di atas meja.

"Sebenarnya, apa yang dah jadi pa..." Belum sempat Atul melengkapkan soalannya, suaranya terus tersekat apabila melihat kelibat Ara muncul di dapur.

"Eh hai kak!" Atul menyapa mesra kakak sulungnya yang baru duduk di sebelahnya, menanti yang lain untuk makan sama.

Ara sekadar senyum pada Atul sambil memandang sekilas wajah ibunya.

"Nampaknya mak macam dah okey." Ara bermonolog sendirian melihat raut wajah ibunya seperti sudah tidak panas lagi kerana kecuaiannya pagi tadi.

Ara mula panjang akal mencari topik untuk memulakan perbualan dengan ibunya. Dipandangnya lauk utama yang terhidang di atas meja. Ara mendekatkan wajahnya pada hidangan lauk tersebut sambil menghidu aroma masakan ibunya. Jelaslah, bakat memasak yang ada pada dirinya selama ini sememangnya datang dari kemahiran memasak si ibu yang tidak perlu dinafikan lagi. Memang tiptop!

"Wahhh! Mak masak asam pedas hari ni. Mesti sedap!" Ara mula bersuara. Masakan asam pedas itu benar-benar menaikkan seleranya.

"Tengoklah siapa yang masak. Mak kau ni bekas juara pertandingan memasak tiga tahun berturut-turut masa zaman sekolah dulu tau." Puan Hajar turut membalas gurauan Ara. Ara tersenyum lega. Nampaknya tekaan Ara benar. Mood ibunya sudah kembali. Ara tahu ibunya memang tak boleh nak marah anaknya lama-lama. Nama pun ibu, ibu manalah yang tak sayangkan anak.

"Eh Atul. Fia? Fia mana?" Puan Hajar menampar lembut lengan Atul. Dia baru teringat rupa-rupanya puterinya yang seorang lagi masih tidak munculkan diri sedari tadi.

"Atul dah gerakkan dia tadi. Tapi tak bangun-bangun." Atul gegas bangun dari tempat duduknya namun pantas lengannya ditahan oleh Ara yang duduk di sisinya.

"Takpe, biar akak tengokkan. Mak dengan Atul makanlah dulu ye." Ara bingkas bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke bilik adiknya.

***

Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk dari luar.

"Fia?" Ara menyeru nama adiknya memandangkan tiada sebarang respon dari dalam bilik.

"Fia, akak masuk ya?" Ara meminta izin terlebih dahulu untuk masuk ke dalam bilik memandangkan Fia seorang yang kuat menyendiri.

Ara membuka pintu bilik. Matanya terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Tanpa berfikir banyak, dia pantas mendekati adiknya yang kelihatan sangat tidak bermaya. Pucat dan lesu. Kakak mana yang tidak risau melihat adiknya selemah itu.

"Ya Allah. Fia? Fia okey tak? Panas sangat ni!" Reaksi Ara bertukar panik sebaik sahaja tangannya menyentuh dahi Fia yang panas.

Bersambung...