Monday, 22 June 2020

DIAM ITU PERISAI KEBIJAKSANAAN


Pernah dengar orang berkata :

"Alaa, aku ni mulut je jahat, tapi hati baik." 

Nak share sikit apa yang pernah saya dengar daripada seorang ustaz. 

Beliau pernah ceritakan bahawa ketika zaman Nabi SAW dahulu, ada seorang wanita solehah yang terkenal dengan solatnya, puasanya dan sedekahnya. Tetapi Nabi SAW mengatakan bahawa dia adalah ahli neraka.

Nak tahu sebab apa?

Mengapa solatnya, puasanya, dan sedekahnya tidak berjaya memasukkannya ke dalam syurga? 

"Kerana dia menyakiti orang lain dengan lidahnya." 

Nauzubillahiminzalik.

Hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain menjadi asbab masuk ke neraka. Nauzubillahiminzalik.

Jadi, istilah "mulut jahat tapi hati baik" dah tak boleh diterima pakai lagi ya. Tiada istilah begitu dalam Islam.

Apa yang terucap itulah menggambarkan keadaan hati kita sebenarnya.

Berhati-hatilah dalam berbicara. Jangan sampai menyinggung perasaan orang lain yang mungkin menyebabkan amal ibadah kita selama ini sia-sia.

Penat-penat beribadah, lastly segala pahala ibadah kita transfer secara percuma kepada insan yang kita sakiti.

Lidah (lisan) ini nikmat daripada Allah. Oleh itu, manfaatkan. Bukan binasakan.

Muhasabah diri bersama 😉

No comments:

Post a Comment