"Hani, tengok sini. Senyum sikit."
Click!
Saved!
"Cikgu buat apa?"
"Ambil gambar syg."
"Kenapa?"
"Nanti bila cikgu rindu, boleh 'tengok' Hani tiap-tiap hari."
"Kan dekat sekolah boleh tengok Hani tiap hari."
Allahurabbi...
Hani syg, kalaulah hani tahu bahawa 'hari' itu merupakan hari terakhir cikgu boleh tengok hani depan mata. Cikgu terpaksa tinggalkan kerjaya guru demi masa depan cikgu. Cikgu minta maaf sebab pergi macam tu ja, takda say goodbye langsung kat hani. Cikgu tahu cara cikgu agak improper. Actually cikgu tak sampai hati syg. Berat hati cikgu nak tinggalkan wajah student kesayangan cikgu ni. Satu-satunya student perempuan yang matang, sopan, pendiam dan lemah lembut.
Pernah sekali, bila hani kena marah cikgu lain, puas cikgu lain pujuk hani tapi hani still tak berhenti menangis. Sampailah cikgu yang lain panggil cikgu untuk pujuk hani, baru hani berhenti menangis siap peluk cikgu kuat-kuat.
Masa nak balik sekolah, hani tak pernah miss salam cikgu.
Tiap kali cikgu masak kat dapur, hani selalu jenguk, tanya "bila nak habis masak?" huhu cikgu tahu hani memang tak boleh berenggang dengan cikgu. Ke mana cikgu pergi, mesti hani nak ikut.
Hani pantang nampak cikgu main phone. Ada ja hani nak mengusik cikgu. Sebenarnya hani tak suka if cikgu tak beri perhatian pada hani. Sampaikan pernah beberapa kali hani sorokkan phone cikgu. Hahaha
Dengan cikgu je hani ringan mulut untuk bersembang, bergurau, bercerita, bergelak sakan.
Bila cikgu tanya, "kenapa dengan cikgu je hani ceria?"
Hani jawab "sebab hani cuma sayang cikgu jiha."
Masa tu ya Allah, terkedu cikgu dibuatnya. Allah ja tahu betapa makin sayangnya cikgu pada hani. Sekarang umur hani dah 7 tahun, dah masuk sekolah rendah. Mesti ramai kawan kat sekolah baru kan? Allah.. Teringinnya nak jumpa hani. Cikgu tertanya-tanya, hani masih ingat cikgu jiha?
Jujur, cikgu rindu hani sangat-sangat.
Cikgu sentiasa mendoakan bekas anak-anak murid cikgu. Moga kalian berjaya dunia akhirat syg.
Moga Allah kasih.
Moga Allah redha.
Salam sayang,
Cikgu Jiha :')
No comments:
Post a Comment