Saturday, 30 April 2016

AL-BAQARAH ; 152

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yangberiman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[At-Taghabun ; 11]

Benarlah, kalam Allah itu pemujuk buat hati yang berduka.

This verse reminds me that Allah helps those who help themselves.

He offers guidance to my life every day, everywhere.

You know what?

Being born into Islam is the biggest bless of Allah. Faith in Allah is the greatest power a Muslim has.

MasyaAllah :')

Ya Mujib.
Ya Lafzhul Jalalah.

Tuesday, 26 April 2016

Gadis malang?

Ada seorang perempuan,

Sayangkan kau berkurun lamanya.

Kau punya lesung pipit yang sememangnya satu keindahan di matanya.

Kau kasar, ber'kau aku' dengannya. Tidak pernah mana-mana lelaki melayaninya sebegitu.

Kau ucapkan selamat buat hari lahirnya. Baginya, kau tidak sepatutnya berbuat demikian kerana kau semakin menggetarkan hati perempuannya. Tak patut.

Kau sejenis manusia yang dingin. Dia sendiri sukar memahami.

Dia dan kau, tak punya sebarang hubungan.
Nak dikata musuh, bukan.
Nak dikata kawan, lagilah bukan.
Hanya saling mengenali atas dasar nama sahaja kerana pernah menuntut di pusat pembelajaran yang sama.

Dalam ratusan bahasa yang wujud di dunia ini, dia sendiri tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk mendefinisikan hubungan itu.

Memendam sebuah perasaan yang dia sendiri benci untuk memilikinya, namun payah untuk ditepis.

Usia 16, apalah yang dia tahu sangat ketika usia semuda itu.

-------------------------------------------------

Kini dia sudah dewasa.

Sudah mengenal erti sakit tidak dipeduli.

Hampa tidak dipandang.

Kecewa bertepuk sebelah tangan.

Luluh hatinya dibalas layanan dinginmu.

Dia sudah mengalami semuanya sepanjang dua tahun berhadapan denganmu dahulu.

Dinginnya hatimu hingga membuatkan hatinya bertambah remuk.

4 tahun selebihnya dia masih dengan perasaan yang sama.

Walau dia bukan diri yang sama lagi.

6 tahun dipendam sendirian tanpa pengetahuan yang lain.

Dia nak luah, tetapi dia tidak punya sesiapa yang dipercayai.
Dia cuma punya Allah.
Dan kepada Rabbul Izzati jualah tempat untuk dia menceritakan epilog cintanya yang terpendam.

Kini, dia sudah mengerti bahawa 'cinta' itu harus dilepaskan demi kebebasan dirinya sendiri.

Dia sedar Allah telah mengatur sesuatu yang lebih indah untuknya.

Dan, untuk mendapatkan yang 'lebih indah' itu, dia harus melepaskan sesuatu yang 'indah'.

Dia mulai faham perasaannya itu semakin membinasakannya.

Untuk itu, dia mula melepaskan.

Perlahan-lahan.

Dan inilah secebis luahan hati yang bersarang di lubuk hatinya.

Yang kini, telah terkubur sedalam-dalamnya.

Kau tahu aku memaksudkan engkau..


Monday, 25 April 2016

Ya Allah, Lafzhul Jalalah :')

Let it be a secret. Let it be untold. Let it be a tale. Let it be a past. Let it be a memory. Let love go to be a goodbye.

Jika dahulu, aku 'dicampak' di tengah-tengah godaan manusia, sibuk menangis, meratapi cinta ajnabi.

Namun kini, air mata ini kerap gugur mengenangkan karatnya dosa-dosa silam.

Terima kasih ya Mujib, kerana mengembalikan diri ini kepada fitrah.

Jujur, hingga saat ini bibir tak pernah puas lafazkan kalimah Alhamdulillah :')

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Saturday, 23 April 2016

From Me To You :)

Menulislah sekalipun kau kekeringan ilham.

Menulislah sekalipun kau ketandusan ilmu.

Sebuah kisah tidak akan wujud andai kau tidak mula mengarang.

Sebuah kisah takkan tertulis sendiri andai kau tidak mula menukil.

Menulislah dari hatimu.
Bukan sekadar berbasa-basi.

Bermainlah dengan dunia aksara.
Dunia magis!
Cetuskan kisah magismu tersendiri.
Cetuskan karya magismu tersendiri.

Kerana menulis adalah untuk dirimu sendiri.

Karya yang terhasil daripada perjalanan hidupmu sendiri.

Bukan soal seberapa besar jumlah pembaca, follower, viewer dll.

Ia soal nilai.
Seberapa besar nilai keikhlasan yang diletak dalam setiap cebisan aksara yang tertulis.

Kerana segalanya bermula dari HATI.


Kerana Allah Sayang..

Dahulu,

Saya selalu rasa hidup tak lengkap takda 'kekasih'.

Bila nampak pasangan lain yang lovey-dovey, saya cemburu.

Hati terasa panas.
Nak juga macamtu.

Dan, Dia temukan saya dengan lelaki-lelaki yang mencintai saya atas dasar 'nafsu'. Bukan kerana Dia semata-mata.

Datang dan pergi.

Ada sebab kenapa Dia menemukan spesies lelaki seperti mereka untuk hadir dalam kamus hidup saya.

Agar saya sedar, hubungan yang tidak diredhaiNya takkan kekal mana. Dan cinta tanpa berkat Ilahi, takkan pernah jumpa titik bahagia.

Kata nak bercinta sampai ke Jannah.

Tapi kalau bercinta dengan cara yang tidak halal, ke Jannah ke namanya tu?

Bercinta, putus.
Bercinta, putus.
Bercinta, putus.

Sampailah saya jumpa DIA :')

17.7.2014.
Tarikh keramat buat diri ini.

Hari, tarikh, waktu, yang mana saya mula menemui cinta DIA, cinta yang hakiki.

Perlahan-lahan meninggalkan fasa jahiliah itu.

Dan,
Alhamdulillah.
Saya tak pernah berhenti bersyukur atas nikmat hidayah ini.
Syukur kerana saya antara yang terpilih untuk kembali ke jalanNya.

Betapa beruntungnya diri ini :')
Andai Dia tidak menggerakkan hati saya untuk berubah, agaknya sehingga kini saya masih tenggelam dalam noda manusia, mainan dunia. Masih leka dibuai cinta yg melalaikan. Sehingga hukum agama ditolak ketepi, garis panduan Islam tidak dijadikan sebagai paksi hidup.

Syukur, syukur, syukur.
Kerana Dia ialah Tuhan yang satu, yang selama ini setia menjaga, melindungi dan mencintai hambaNya meski hati ini terkadang melupakanNya.

Aasif jiddan ya Rabb :')

Duhai...
Ku berikan dua syarat untuk mencintaiku.

1) Halalkan.
2) Tinggalkan.

Kamu pilih.

Imma food lover!

Semenjak mempunyai akaun instagram, saya kerap ditanya kenapa 'kekwat' sangat tak main follow orang. Nak kata femes, sebutlah nama saya. Mesti atas kepala mereka penuh dengan tanda soal. Terpinga-pinga. Kehkehkeh. Okay, gurau. Maaf.

Saya bukanlah seseorang yang dikenali ramai. Memandangkan saya jenis yang boleh dikatakan cerewet dalam berkawan. Anti sosial? Perhaps. Namun, bukan itu asbab utama yang menyebabkan saya kurang follow orang lain. Cuma ia bergantung kepada kecenderungan dan minat. Jika ia sesuatu yang boleh memberi manfaat, maka sudah tentu saya follow. Tapiii tak semua. Saya sebenarnya mudah rimas andai terlalu banyak post yang muncul di homepage. Dulu pernah follow sampai 20 users, tapi tak bertahan lama. Dek kerana rimas bermacam-macam post dari user yang berlainan muncul di homepage. Dan saya terpaksa unfollow semua.

Saya pernah tekad nak stop guna ig. Memandangkan saya spesies yang mudah rimas.

Namun,
Ada satu benda yang menghalang niat saya.

Makanan!

Yes, foooooood.

Pernah dulu, kawan saya tunjuk gambar burger. Dia tahu saya pencinta burger. Tersangatlah membuatkan saya terliur.

Tanya dia kat mana jumpa gambar tu.

Dia cakap dari seorang ig user, @peta_kl

Masa tu niat nak stop ig terbatal gara-gara gambar burger tersebut.
Alahaiiii. Sanggup install ig balik dan terus search nama user berkenaan. Tanpa berfikir banyak kali, terus click button follow.

Kalau benda-benda macam ni memang saya terlalu suka. Sebab saya suka makan. Terutamanya burger.

So, bagi yang tercari-cari ig mana yang boleh memuaskan tatapan mata, maka saya cadangkan anda follow @peta_kl dan @halalfoodguy

Jamin 100% takkan menyesal. Haha!

Nahhh, saya belanja sikit gambar-gambar berikut buat pencinta makanan.



Thursday, 21 April 2016

Menulislah..

Dalam hidup ini, ada manusia yg diberikan kelebihan oleh Allah dan mungkin hanya terjadi pada dirinya sahaja.

Banyak orang yang suka masak, tetapi hanya sedikit orang yang benar-benar boleh masak.

Banyak orang yang suka mejahit dan design pakaian, tetapi hanya sedikit orang yang benar-benar boleh menjahit dan design pakaian.

Begitu juga dengan menulis, banyak orang yang suka menulis, tetapi yang benar-benar boleh menulis hanya sedikit.

Lalu, menulislah andai kau diberi kebolehan untuk menulis.

Usah risau akan kosakata yang berterabur. Kerana dari situ juga, kau mengasah seni penulisan kau dari hari ke hari.

Yang penting, menulislah dari hati ke hati.

Salah satu asbab Allah menghidupkan kita di muka bumi ini adalah kerana untuk memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain.

Lalu, tanyalah diri kita.
Bagaimana agaknya kita memberi manfaat kepada orang yang memerlukan manfaat itu? Adakah nikmat dan kudrat yang Allah pinjamkan buat kita setakat ini digunakan untuk sesuatu yang Dia redha?

Dengan apa yang kita miliki sekarang, dengan adanya teknologi yang semakin canggih dan maju,
Gunakan kesempatan ini untuk sampai dan sebarkan manfaat kepada orang lain.

Sungguh, Allah melihat setiap tingkah laku kita hatta sekecil mana jua kebaikan itu,
Dialah Maha Mengetahui.

Hidup ini akan kosong apabila kita sentiasa menerima tanpa memberi.

Kerana itu, menulislah..

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
[Az-Dzaariyaat ; 55]

Ramai yang tanya,
Macam mana nak menulis dengan baik?

Salah satu cara untuk memperbaiki penulisan kita adalah dengan banyakkan membaca bahan ilmiah.

Moga Allah kasih,
Moga Allah redha.

I'm reminding myself to remind you.

Salam sayang,
Kakyang.

Kasih Seorang Kakak.

Acapkali dihujah dengan soalan yang sama.

"Kenapa ini tak boleh? Kenapa tu tak boleh?"

Adik.
Ya, adik perempuan sayalah yang sering mengajukan soalan-soalan tersebut. Oleh kerana saya yang 'berkuasa' penuh bagi setiap akaun media sosialnya. Setiap email, password memang saya yang pegang. Dan passwordnya hanya saya seorang sahaja tahu.

Saya yang mencipta segala akaun medianya, maka saya sedar bahawa segala risiko yang bakal dihadapi.

Saya faham jiwa remaja sepertinya.
Pasti dia juga ingin mempunyai media sosial sendiri, untuk berhubung dengan rakan-rakan.

Prinsip ibu dan ayah kami : Selagi tak habis duduk peperiksaan SPM, selagi itulah jangan harap nak memiliki gajet sendiri.

Kami adik-beradik memang dididik sebegitu sedari kecil.

Kami terdiri daripada 7 orang adik-beradik. Dan hanya 3 orang sahaja setakat ini yang telah lepas menduduki SPM, termasuk diri saya sendiri.

Oleh itu, mana-mana beradik yang usianya telah menjangkau 18 tahun ke atas lah yang menjadi tempat untuk mereka 'menumpang' bersosial seketika.

Memandangkan adik perempuan yang berada di tingkatan 2 begitu rapat dengan saya, lalu sayalah tempat untuk berhubung dengan rakan-rakannya melalui media sosialnya sendiri.

Saya tetapkan peraturan yang mana dia hanya diizinkan membuka akaunnya atas izin saya sahaja, memandangkan cuma saya yang tahu setiap password akaunnya. Saya limitkan penggunaannya, iaitu sebulan hanya sekali sahaja.

Pada mulanya, naik berang juga budak bertuah tu.

Saya faham perasaannya.
Kerana saya sendiri pernah berada di fasa yang dia sedang lalui sekarang.

Saya tahu tindakan saya mungkin nampak jengkel baginya.
Biarlah, satu hari nanti dia pasti mengerti naluri seorang kakak.

Andai sahaja dia tahu, kakaknya ini tidak ingin dirinya mengalami perkara yang pernah dilalui oleh kakaknya suatu ketika dahulu.

Terlalu asyik melayan internet, sampai buku depan mata terbuka tetapi tidak dihadam ilmunya.
Sibuk post benda yang tidak penting, merepek, melalut, perli orang itu ini. Bila dah dewasa, baru sibuk nak delete post lama yang merapu tersebut. Baru nak terngadah, malu tak sudah, menyesal seribu kali menyesal.

Saya tak nak mereka ikut jejak langkah seorang kakak yang pernah 'tersasar' jauh dahulu.
Akaun penuh dengan gambar-gambar sendiri yang kurang sopan.
Post merapu sampai saya pernah ditegur oleh seorang ustazah.
Cukuplah saya sahaja yang teruk.
Cukuplah saya sahaja yang pernah lalui fasa tersebut.

Bukan mudah menjadi seorang remaja.
Dan bukan mudah menjadi matang sewaktu remaja.

Saya masih ingat lagi reaksi adik saya apabila saya menyatakan 3 peraturan asas untuknya bersosial di laman media :
1) No muslimin. Hanya muslimat sahaja diizinkan untuk approve atau add.
2) No selfie. Semua gambar simpan untuk diri sendiri sahaja.
3) No merapu. Apa-apa post biarlah sesuatu yang berunsurkan islamik atau ilmiah. 

Reaksinya agak kurang menyenangkan.

Alasan cliche yang sering saya bagi :
"Orang dalam alam maya ni tak semua baik. Post gambar sendiri, tak takut kena sihir? Orang edit gambar hang, buat benda tak elok macam mana? Add orang lelaki untuk apa? Dah gatal sangat ke? Kalau post pelik-pelik, menyindir, merapu siap. Akak report kat mak ayah. Say goodbye la kat fb, wechat, ig semua tu."

Telan air liur la jawabnya. Haha.

Saya tahu, agak sukar untuk dia membiasakan diri dengan hal-hal sebegitu pada usia muda. Baginya, saya hanyalah seorang kakak yang kuat mengongkong, tegas dan cerewet.

Tak mengapa, satu hari dia pasti mengerti semua ini.

Sehingga ke hari ini, dia hanya diizinkan membuka akaun sosialnya sekali dalam sebulan sahaja bagi mengelakkan dia terus terleka dengan perkembangan dunia maya.

Sabarlah adik,
Habiskan spm dulu ya.
Belajar sungguh-sungguh.
Banggakan mak ayah dulu ya.
Jangan leka dengan dunia ini sayang.

Sabar...
Lepas ni dah takda orang nak kawal adik.
Takda orang yang sekat kebebasan adik lagi.
Dan, adik pasti akan merindui semua itu saat adik meningkat dewasa kelak.

Bertahanlah untuk beberapa tahun sahaja lagi..



Wednesday, 20 April 2016

Buat kesayangan Allah, Irina Nartikah bt Ishak

Dirimu mungkin tidak sesolehah wanita lain.
Mungkin tidak sekuat srikandi.
Malah, mungkin tidak seindah bidadari.

Namun, jauh di sudut hatimu,
Ingin sekali kau menjadi salah satu darinya.

Payahnya menggapai impianmu saat dirimu direnggut masa lalu.

Sayang, percayalah..
Sekali kau mengatakan ingin berubah, Allah sedia membantu.
Sedia mendengar keluh-kesahmu.
Sedia menyaksikan derai-derai 'mutiara'mu.
Sedia merawat lara yang terkubur di benakmu.

Mungkin kerap kau merasa dunia ini kejam, tidak adil. Perit mahu melangkah ke depan apabila derap-derap langkahmu acapkali dipertikai. Betapa pulunnya dunia ingin memanipulasi hati kecilmu.


Bertabahlah sayang, itulah hakikat dunia yang fana.
Kuatlah sayang, jika syurga Allah itu yang kau dambakan.

Wallahi, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
Kerana janjiNya tetap segar tanpa pengkhianatan.

Dunia ini satu ujian, sayang.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah sebanyak yang mungkin (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung. Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Anfal ; 45-46]



Yakinlah,

Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat. Tidak juga terlalu lambat. Namun, pertolonganNya datang pada waktu yang tepat. Sesungguhnya, pertolongan Allah itu amatlah dekat.

Sayang, di mata manusia, mungkin kau tiada sebarang keistimewaan.
Tapi di sisi Tuhan, kau terlalu istimewa. Beruntunglah sayang!

Tetaplah kuat demi kasihNya yang tidak berpenghujung.

HasbunAllah wa ni'mal wakeel.

Thursday, 14 April 2016

Our Times

Salam alaik.

Hari ni nak review movie ja. Hee.

Jujur, chinese movie memang bukan 'makanan' saya.

Saya mempunyai mentaliti yang mana chinese movie ni plot/jalan ceritanya membosankan dan agak 'kebaratan' sedikit.

Sejak tahun lepas, classmate saya yang berbangsa cina asyik suruh tengok movie Our Times.

Saya tanya, "From which country?"

Dia jawab "Taiwan."

Okay. Takmau tengok.
Itu perkataan pertama yang terus terpacul dari mulut. Automatik. Tanpa berfikir untuk tengok terlebih dahulu.

Kali kedua, which is last month dia still desak.
Dia cakap best.
Saya, seperti biasa, tetap dengan pendirian sendiri.

Sampailah pagi tadi dia suruh dengar sebuah lagu "A Little Happiness".

First dengar,
"eh cantiknya melody dia"
"eh sedap jugak lagu ni"

Saya tanya, lagu apa?
Hati ni betul-betul penasaran.

Dia kasi pendrive,
"You see the movie first."

Okay. Nak taknak terpaksa tengok.

Mula-mula cerita dah syok!
Heroin dalam movie ni yang mencuit hati saya sebenarnya.
Dalam lucu, ada sedihnya.
Yang sedihnya bila si gengster tu dah berubah 360 darjah, tapi difitnah oleh pengetua sekolah yang memang tak suka dengan dia, dituduh menipu dalam ujian, dihukum berlari pusing padang 50 kali pusingan, asyik sorok perasaan dia sampai hati sendiri sakit, tubuh sendiri lunyai sampai kena operate. Movie ni agak lain sikit sebab takda watak antagonis, watak 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing tidak mempunyai perasaan yang utuh. Kesemua casting berjaya membawa watak dengan cukup mantap! Siap bawa artis jemputan Andy Lau. Dannnnn, movie ni takda unsur 'kebaratan' langsung, sesuai sangat bagi penggemar movie under 13 seperti saya. Kekeke ^^

Berapa bintang?
Saya bagi 9.5 bintang.
Saya akan tambah 0.5 bintang lagi kalau mereka tunjuk sepenuhnya apa yang berlaku pada Ouyang dan Minmin selepas mereka memasuki alam pekerjaan. Hee.

Komen saya :
Kena tengok movie ni kalau nak tahu kenapa watak lelaki tu boleh jadi gengster padahal dia sebenarnya budak pandai. Kena tengok jugak macam mana watak utama perempuan tu berubah penampilan dari seorang gadis yang hodoh berubah menjadi gadis yang comel. Sekali imbas, muka dia ada iras-iras Song Ji Hyo bila pakai spec. Hee. Lama juga mereka berpisah, 18 tahun lepas si Taiyu menjalani pembedahan di luar negara. Akhir cerita baru faham, rupanya zaman persekolahan mereka boleh dikatakan zaman 90'an? Konklusinya, kena tengok lah kalau nak tahu keseluruhan cerita. Ost pun sedap!

Tak rugi tengok :)

Tuesday, 12 April 2016

Silence is a girl's loudest cry.

Kau pilih untuk diam,
Bukan kerana kau lemah atau pengecut.
Sebab kau tahu memanjangkan lagi sesuatu yang remeh tampak jelas ketidakmatangan diri di situ.
Justeru itu, bersabarlah andai kau dicemuh.
Segelintir manusia memang sukar untuk mengerti nikmat 'berdiam diri'.
Kerana diam itu adalah permulaan bagi suatu kebaikan.

Sunday, 10 April 2016

GOODBYE JAHILIAH!

Jujur,
Hingga ke hari ini,
Mata masih tak lekang dari air mata bila mengenang kembali dosa-dosa lalu yang bertimbun, karat jahiliah dahulu.

Allah..
Allah..

Umpama bunga yang layu.
Tampak indah, namun keindahan yang nyata 'layu' dan tidak 'hidup'.

Manisnya tiada,
Serinya hilang,
Pesonanya pudar.

Saya tak benci zaman jahil saya. Malah saya bersyukur, tanpa jahiliah saya, saya takkan jadi siapa saya yang sekarang. Goodbye jahiliah!

Huraian Filsafat. Pragmatis?

Menjadi seorang insan yang diberikan kebolehan berbahasa lain selain dari bahasa Melayu dan English, merupakan satu kelebihan sebenarnya.

Nak marah, merepek, melalut menggunakan bahasa lain, buatlah. Orang takkan faham. Cuma diri sendiri dan Tuhan yang faham.

Kadang, bila refresh balik, tak sangka rupanya hampir 2 tahun dah belajar bahasa asing.
Bila tengok drama yang berbahasa 'tersebut', tak percaya dah boleh faham jalan cerita walaupun takda subtitle.

Syukur ya Rabb,
Atas segala nikmat dan rahmat ini.
Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Friday, 8 April 2016

Selesa menjadi yang biasa-biasa sahaja :)

"Beautiful person always sees 'beauty' in others. It takes a beautiful heart for that." -Kak Hassanah

Kerana Cinta Adalah Doa?

Kita berkongsi langit yang sama, udara yang sama, kepercayaan yang sama. Dan kita punya Tuhan yang sama yakni Tuhan yang satu.

Dan, kepada Allah jualah tempat aku memohon agar apa jua yang aku sayang, harap dilindungi dengan redupan kasihNya.

Yang membezakan KITA,
Aku menyalurkan 'rasa' itu secara diam.
Sedang kau, tidak mampu merasakannya dalam diam.

Thursday, 7 April 2016

Kesayanganku..

Bismillahirrahmannirahim.

Bicara soal sahabat, saya lantas tersenyum.

Setiap jiwa akan sentiasa dirundung masalah, silih berganti tiada henti.

Namun, saya sering dirundung dengan masalah tentang sahabat. Benarkah saya seorang pencinta kepada sahabat sejati?

Entahlah.

Saya akui. Saya mempunyai lebih ramai kawan berbanding sahabat. Kawan? Siapa-siapa sahaja boleh mempunyai ratusan kawan. Bahkan ribuan barangkali.

Namun, bila saya gelar sahabat,
bererti mereka sungguh bermakna dalam hidup ini.

Mereka itu siapa?
Mereka itulah sahabat-sahabat yang saya cintai, entah dari mana datangnya sayang itu. Jujur, saya terlalu sayang mereka berdua.

Acapkali saya menyebut sahabat-sahabatku, namun bilangannya tidaklah ramai seperti orang lain,
boleh dihitung dengan jari jemari ini.

Sahabat sejati yang mungkin hanya saya anggap sendiri sebegitu dan perasan sendiri sebegitu,
Susah untuk saya meletakkan 'rasa' tidak baik pada mereka.
Namun, perjalanan hidup ini bukanlah semudah yang disangka. Hati jadi pilu bilamana berlaku beberapa perkara yang menjauhkan persahabatan kami.

Kadang, saya bertanya pada diri.
Adakah diri ini terlalu sempurna untuk dicemburui?
Adakah diri ini terlalu istimewa untuk timbul rasa tidak senang pada saya?
Sering ada beberapa pihak tertentu yang kurang senang dengan keakraban kami.
Malah ada yang memutuskan silaturahim hanya kerana saya menyayangi mereka berdua.
Saya tertanya, logikkah?
Munasabahkah? Adakah hanya dengan saya mengatakan saya sayang sahabat-sahabat saya, lalu mereka berfikir saya tidak menyayangi kawan-kawan yang lain?
Salahkah andai saya sayang pada dua insan yang selama ini membantu saya sejak zaman jahil saya hingga kini, walhal mereka selalu ada menemani.
Lalu, untuk asbab apa saya harus untuk tidak menyayangi mereka?
Sedang yang lain menjauhi saya ketika saya hampir rebah untuk keluar dari jahiliah dahulu, namun dua insan ini yang masih setia di sisi.

Sahabat,
Aku rela andai kalian lebih tinggi dariku.
Aku rela kalian lebih segalanya dariku.
Aku rela jika aku di bawah dari kalian asalkan silaturahim ini jangan dipisahkan.
Sungguh aku sayang kalian.

Rabb, tolong jaga sahabat-sahabat dunia akhiratku, jauhi kami dari sifat hasad dengki sesama sendiri. Jadikanlah hati kami saling kasih menyayangi keranaMu ya Allah.

Allahumma aamiin.

Berbaki 3 hari lagi...

Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Pejam celik, pejam celik.
Rupanya dah habis semua sem.

End of foundation program!

Lagi 3 hari nak final exam for the last sem.
Tak banyak, 3 paper ja.
Yg tak bestnya, ketiga-tiga paper killer subject. Huhu.

Takpa lah, utk kali ni ja struggle habis-habisan.
Nanti dah grad, mesti rindu nak buat homework, assignment, study group, meeting, event and etc.

Next year intake degree dah.
Hati masih belum tetap untuk buat keputusan.
Allah.. Moga diberi ketetapan hati.

Laila saedah wa ilalliqa'.