Ada seorang perempuan,
Sayangkan kau berkurun lamanya.
Kau punya lesung pipit yang sememangnya satu keindahan di matanya.
Kau kasar, ber'kau aku' dengannya. Tidak pernah mana-mana lelaki melayaninya sebegitu.
Kau ucapkan selamat buat hari lahirnya. Baginya, kau tidak sepatutnya berbuat demikian kerana kau semakin menggetarkan hati perempuannya. Tak patut.
Kau sejenis manusia yang dingin. Dia sendiri sukar memahami.
Dia dan kau, tak punya sebarang hubungan.
Nak dikata musuh, bukan.
Nak dikata kawan, lagilah bukan.
Hanya saling mengenali atas dasar nama sahaja kerana pernah menuntut di pusat pembelajaran yang sama.
Dalam ratusan bahasa yang wujud di dunia ini, dia sendiri tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk mendefinisikan hubungan itu.
Memendam sebuah perasaan yang dia sendiri benci untuk memilikinya, namun payah untuk ditepis.
Usia 16, apalah yang dia tahu sangat ketika usia semuda itu.
-------------------------------------------------
Kini dia sudah dewasa.
Sudah mengenal erti sakit tidak dipeduli.
Hampa tidak dipandang.
Kecewa bertepuk sebelah tangan.
Luluh hatinya dibalas layanan dinginmu.
Dia sudah mengalami semuanya sepanjang dua tahun berhadapan denganmu dahulu.
Dinginnya hatimu hingga membuatkan hatinya bertambah remuk.
4 tahun selebihnya dia masih dengan perasaan yang sama.
Walau dia bukan diri yang sama lagi.
6 tahun dipendam sendirian tanpa pengetahuan yang lain.
Dia nak luah, tetapi dia tidak punya sesiapa yang dipercayai.
Dia cuma punya Allah.
Dan kepada Rabbul Izzati jualah tempat untuk dia menceritakan epilog cintanya yang terpendam.
Kini, dia sudah mengerti bahawa 'cinta' itu harus dilepaskan demi kebebasan dirinya sendiri.
Dia sedar Allah telah mengatur sesuatu yang lebih indah untuknya.
Dan, untuk mendapatkan yang 'lebih indah' itu, dia harus melepaskan sesuatu yang 'indah'.
Dia mulai faham perasaannya itu semakin membinasakannya.
Untuk itu, dia mula melepaskan.
Perlahan-lahan.
Dan inilah secebis luahan hati yang bersarang di lubuk hatinya.
Yang kini, telah terkubur sedalam-dalamnya.
Kau tahu aku memaksudkan engkau..
No comments:
Post a Comment