Thursday, 21 April 2016

Menulislah..

Dalam hidup ini, ada manusia yg diberikan kelebihan oleh Allah dan mungkin hanya terjadi pada dirinya sahaja.

Banyak orang yang suka masak, tetapi hanya sedikit orang yang benar-benar boleh masak.

Banyak orang yang suka mejahit dan design pakaian, tetapi hanya sedikit orang yang benar-benar boleh menjahit dan design pakaian.

Begitu juga dengan menulis, banyak orang yang suka menulis, tetapi yang benar-benar boleh menulis hanya sedikit.

Lalu, menulislah andai kau diberi kebolehan untuk menulis.

Usah risau akan kosakata yang berterabur. Kerana dari situ juga, kau mengasah seni penulisan kau dari hari ke hari.

Yang penting, menulislah dari hati ke hati.

Salah satu asbab Allah menghidupkan kita di muka bumi ini adalah kerana untuk memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain.

Lalu, tanyalah diri kita.
Bagaimana agaknya kita memberi manfaat kepada orang yang memerlukan manfaat itu? Adakah nikmat dan kudrat yang Allah pinjamkan buat kita setakat ini digunakan untuk sesuatu yang Dia redha?

Dengan apa yang kita miliki sekarang, dengan adanya teknologi yang semakin canggih dan maju,
Gunakan kesempatan ini untuk sampai dan sebarkan manfaat kepada orang lain.

Sungguh, Allah melihat setiap tingkah laku kita hatta sekecil mana jua kebaikan itu,
Dialah Maha Mengetahui.

Hidup ini akan kosong apabila kita sentiasa menerima tanpa memberi.

Kerana itu, menulislah..

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
[Az-Dzaariyaat ; 55]

Ramai yang tanya,
Macam mana nak menulis dengan baik?

Salah satu cara untuk memperbaiki penulisan kita adalah dengan banyakkan membaca bahan ilmiah.

Moga Allah kasih,
Moga Allah redha.

I'm reminding myself to remind you.

Salam sayang,
Kakyang.

No comments:

Post a Comment