Acapkali dihujah dengan soalan yang sama.
"Kenapa ini tak boleh? Kenapa tu tak boleh?"
Adik.
Ya, adik perempuan sayalah yang sering mengajukan soalan-soalan tersebut. Oleh kerana saya yang 'berkuasa' penuh bagi setiap akaun media sosialnya. Setiap email, password memang saya yang pegang. Dan passwordnya hanya saya seorang sahaja tahu.
Saya yang mencipta segala akaun medianya, maka saya sedar bahawa segala risiko yang bakal dihadapi.
Saya faham jiwa remaja sepertinya.
Pasti dia juga ingin mempunyai media sosial sendiri, untuk berhubung dengan rakan-rakan.
Prinsip ibu dan ayah kami : Selagi tak habis duduk peperiksaan SPM, selagi itulah jangan harap nak memiliki gajet sendiri.
Kami adik-beradik memang dididik sebegitu sedari kecil.
Kami terdiri daripada 7 orang adik-beradik. Dan hanya 3 orang sahaja setakat ini yang telah lepas menduduki SPM, termasuk diri saya sendiri.
Oleh itu, mana-mana beradik yang usianya telah menjangkau 18 tahun ke atas lah yang menjadi tempat untuk mereka 'menumpang' bersosial seketika.
Memandangkan adik perempuan yang berada di tingkatan 2 begitu rapat dengan saya, lalu sayalah tempat untuk berhubung dengan rakan-rakannya melalui media sosialnya sendiri.
Saya tetapkan peraturan yang mana dia hanya diizinkan membuka akaunnya atas izin saya sahaja, memandangkan cuma saya yang tahu setiap password akaunnya. Saya limitkan penggunaannya, iaitu sebulan hanya sekali sahaja.
Pada mulanya, naik berang juga budak bertuah tu.
Saya faham perasaannya.
Kerana saya sendiri pernah berada di fasa yang dia sedang lalui sekarang.
Saya tahu tindakan saya mungkin nampak jengkel baginya.
Biarlah, satu hari nanti dia pasti mengerti naluri seorang kakak.
Andai sahaja dia tahu, kakaknya ini tidak ingin dirinya mengalami perkara yang pernah dilalui oleh kakaknya suatu ketika dahulu.
Terlalu asyik melayan internet, sampai buku depan mata terbuka tetapi tidak dihadam ilmunya.
Sibuk post benda yang tidak penting, merepek, melalut, perli orang itu ini. Bila dah dewasa, baru sibuk nak delete post lama yang merapu tersebut. Baru nak terngadah, malu tak sudah, menyesal seribu kali menyesal.
Saya tak nak mereka ikut jejak langkah seorang kakak yang pernah 'tersasar' jauh dahulu.
Akaun penuh dengan gambar-gambar sendiri yang kurang sopan.
Post merapu sampai saya pernah ditegur oleh seorang ustazah.
Cukuplah saya sahaja yang teruk.
Cukuplah saya sahaja yang pernah lalui fasa tersebut.
Bukan mudah menjadi seorang remaja.
Dan bukan mudah menjadi matang sewaktu remaja.
Saya masih ingat lagi reaksi adik saya apabila saya menyatakan 3 peraturan asas untuknya bersosial di laman media :
1) No muslimin. Hanya muslimat sahaja diizinkan untuk approve atau add.
2) No selfie. Semua gambar simpan untuk diri sendiri sahaja.
3) No merapu. Apa-apa post biarlah sesuatu yang berunsurkan islamik atau ilmiah.
Reaksinya agak kurang menyenangkan.
Alasan cliche yang sering saya bagi :
"Orang dalam alam maya ni tak semua baik. Post gambar sendiri, tak takut kena sihir? Orang edit gambar hang, buat benda tak elok macam mana? Add orang lelaki untuk apa? Dah gatal sangat ke? Kalau post pelik-pelik, menyindir, merapu siap. Akak report kat mak ayah. Say goodbye la kat fb, wechat, ig semua tu."
Telan air liur la jawabnya. Haha.
Saya tahu, agak sukar untuk dia membiasakan diri dengan hal-hal sebegitu pada usia muda. Baginya, saya hanyalah seorang kakak yang kuat mengongkong, tegas dan cerewet.
Tak mengapa, satu hari dia pasti mengerti semua ini.
Sehingga ke hari ini, dia hanya diizinkan membuka akaun sosialnya sekali dalam sebulan sahaja bagi mengelakkan dia terus terleka dengan perkembangan dunia maya.
Sabarlah adik,
Habiskan spm dulu ya.
Belajar sungguh-sungguh.
Banggakan mak ayah dulu ya.
Jangan leka dengan dunia ini sayang.
Sabar...
Lepas ni dah takda orang nak kawal adik.
Takda orang yang sekat kebebasan adik lagi.
Dan, adik pasti akan merindui semua itu saat adik meningkat dewasa kelak.
Bertahanlah untuk beberapa tahun sahaja lagi..
No comments:
Post a Comment