Sunday, 29 May 2016

Cukuplah Allah bagiku :')

Saat niat sudah terpasak dalam hati untuk berhijrah,
Saat itu langkah kaki perlu terus gagah, jangan pernah goyah.

Saat kau dilabel 'hipokrit' dengan penampilan muslimah,
Saat itu akal perlu matang, jiwa harus kental.

Saat kau dituding oleh ribuan jari dek kerana karat jahiliah lampau,
Saat itu semat dalam dada, kau berubah untuk Allah.
Untuk Allah!
Untuk Allah!

Cukuplah Allah sebaik-baik Penilai buatmu.

Saat kau punya Allah, kau memiliki segala-galanya.

Wednesday, 25 May 2016

WYBMH Teaser #3

Ara diam.
Tersentak mendengar ucapan Aisya. Ternyata tanggapannya terhadap Aisya meleset jauh sama sekali. Aisya tidaklah seteruk yang disangkanya. Dari setiap butir bicara Aisya, dia langsung tidak menemukan sebarang kata yang kesat walau sepatah kata cuma. Lenggok bahasa yang digunakan serta nada suaranya juga lembut dan sopan. Dari penampilannya sahaja sudah terserlah ciri-ciri muslimah pada dirinya. Berbeza dengan orang kaya-kaya yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Eh? Haura dah jumpa Aisya? Macam mana boleh jumpa ni? Nantikan update seterusnya :)

Saturday, 21 May 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 1)

"ARA!!!!!"

Tersentak lamunan Ara apabila biliknya bergema dengan laungan suara yang sudah tidak asing lagi pada halwa telinganya.

Siti Hajar adalah antara ibu di dunia ini yang dikurniakan sebuah keistimewaan iaitu mempunyai suara yang lantang dan nyaring.

Dalam Kampung Pinang Jambu, Siti Hajar begitu dikenali dengan keenakan masakan nasi lemak sambal sotongnya yang tiada tolok tandingannya. Kelantangan suaranya itu tidak pernah menyepikan suasana kampung tersebut. Tepat jam 6.30 a.m, suara lantang itulah yang sering membingitkan setiap pelosok Kampung Pinang Jambu. Sebut sahaja nama Puan Hajar, pasti setiap penduduk kampung mengenalinya.

Dalam keadaan masih mamai, Ara langsung bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Tuala segera dicapainya. Sudah menjadi rutin hujung minggunya untuk bangun seawal 4.00 a.m untuk menolong ibunya membungkus nasi lemak dan mula keliling kampung menggunakan basikal lamanya tepat pada 6.30 a.m.

"Kau ni Ara, cubalah berubah. Janganlah asyik harapkan mak je kejutkan kau. Letihlah mak macam ni. Mak kejut kau pukul 4.00 a.m, kau bangun pukul 4.30 a.m. Itupun nak kena mak besarkan suara. Kalau tak, haram kau nak bangun. Itu baru bangun dari tidur. Ni kau nak ambil tuala, berjalan terseret-seret kaki tu masuk bilik mandi pun dah 10 minit, lepas tu buka air paip. Kau termenung sambil gosok gigi, bila air dalam baldi tu dah mencurah-curah, baru kau nak mula mandi. Heiii anak dara apalah kau ni Ara." Tuuuu diaaa. Panjang meleret bebelan Siti Hajar yang sedari tadi masih tercogok sambil berpeluk tubuh di depan pintu bilik anak sulungnya itu.

Geram mengenangkan anak daranya yang sudah mencecah usia 17 tahun namun sikap tidak pernah seiring dengan umur.

"Yes mem. Mak jangan risau, nasi lemak sambal sotong mak tu confirm laku berkat bebelan mak awal-awal pagi ni." Dalam keadaan separuh sedar, Ara sempat membalas bebelan ibunya sebelum menutup pintu bilik mandi. Ara sudah masak dengan sikap ibunya itu. Bangun lambat sikit, memang itulah tazkirah yang sama didengarinya setiap pagi.

"Amboi, sedap mulut kau mengata mak." Ujar si ibu yang mudah berkecil hati dengan sindiran pedas anak sulungnya yang disifatkan sebagai 'mulut laser'.

Pintu bilik mandi dikuak semula apabila terdengar ibunya memerlinya sekali lagi. Pantang diperli, ada sahaja yang ingin dijawabnya.

"Eh, mana ada mengata mak. Dah memang tu hakikatnya. Mak tu sampai bila nak tercogok depan pintu tu? Subuh dah nak masuk ni." Ara terus mengingatkan ibunya bahawa waktu subuh dah nak masuk bagi mengelakkan ibunya melalut tak bersudah. Lagak warak walhal jika disuruh solat, ada sahaja alasan yang diberikan. Yang rajin beribadah dalam rumah itu hanyalah ibu dan adik bongsunya sahaja.

Berdesing telinga Siti Hajar mendengar ungkapan anaknya itu. Sungguh, tak sayang mulut!

"Hai lah anak. Nasib kau tu anak aku. Kalau tak, lama dah aku cilikan mulut tu. Nama bukan main elok aku bagi, Haura (bidadari), tapi perangai tak seindah nama. Bertuah punya anak." Gomel Siti Hajar sendirian yang semakin tipis kesabarannya melayani kerenah si anak bertuah itu.


***



Usai mandi, Ara bergegas ke dapur memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.45 a.m.

"Masak aku." Ara seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi. Macamlah tidak kenal sikap ibunya itu. Lambat sikit, berleterlah jawabnya. Ara spesies yang kuat berendam. Nak disuruh mandi, bukan main liat. Tapi bila dah berada dalam bilik mandi, punyalah liat nak keluar. Nak nak sejam selepas itu baru muncul batang hidungnya. Ibu mana tak bising bila mengadap anak sebegitu.

Tiba sahaja di dapur, terus dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tanpa disuruh, dia sendiri yang membungkuskan nasi lemak bagi mengelakkan ibunya membebel lagi dan lagi. Rambutnya yang masih lembap dibiarkan terurai. Sambil membungkus, sambil itu jugalah dia berpura-pura menyanyi. Bukannya dia tak tahu, si ibu yang duduk di hadapannya dari tadi merenungnya dengan pandangan tajam bak harimau yang ingin membaham mangsa.

Siti Hajar benar-benar sudah masak dengan sikap anak-anaknya. Antara ketiga-tiga anaknya, Ara lah satu-satunya anak yang mewarisi sikapnya. Mana tidaknya, sikap Ara itu saling tak tumpah seperti dirinya ketika remaja dahulu. Kuat berendam, jenis cakap tak berlapis, alah memakai barang kemas. Pokoknya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Dah solat belum?" Tanya si ibu dengan nada sinis memecahkan kesunyian di ruang dapur itu.

"Dah." Ara selamba membohongi ibunya. Bukan sekali dua dia berbuat demikian. Malah, setiap hari dia berbohong apabila diajukan soalan begitu.

Sama juga keadaannya di sekolah. Jika ada kelas luar sidang, maka dia akan sedaya upaya cari jalan untuk ponteng kelas. Jika disuruh ustazah untuk solat, ada masa dia akan berbohong menggunakan alasan "bendera jepun". Ada masa dia terpaksa juga solat jika ustazah mula menghidu kebohongannya. Pernah berkali-kali ditegur ustazah tentang sikapnya itu. Ustazah sentiasa menasihatinya agar berubah. Namun remaja sepertinya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hatinya keras seperti batu. Sejak penceraian orang tuanya, dia berubah 360 darjah. Semakin liar dan kuat memberontak. Apatah lagi pernah terkantoi dengan ustazah apabila dia sedang berpelukan dengan kekasihnya di sebuah mall. Nasib hal itu tidak diketahui ibunya. Kalau tidak, perintah berkurung setahun!

"Kau tipu mak takpe. Tapi kau jangan lupa, ada yang Maha Melihat." Siti Hajar memerli anak daranya yang acuh tak acuh menjawab soalannya tadi.

"Mak tak nak bila mak dah 'tak ada' nanti, kau terus dengan perangai macam tu. Kau sebagai anak sepatutnya kurangkan azab orang tua." Sambung Siti Hajar melihat Ara pura-pura gigih membungkuskan nasi lemak tanpa menghiraukan nasihatnya sebentar tadi.

Ara hampir menyiapkan kerjanya, berbaki dua bungkus sahaja lagi yang perlu disiapkan untuk mencukupkan jumlah 50 bungkus nasi lemak.



***




6.20 a.m.

Ara bingkas bangun dari tempat duduknya lalu memasukkan bungkusan nasi lemak yang terakhir ke dalam bakul. Rambutnya yang panjang aras pinggang itu diikat. Menyedari dirinya memakai t-shirt yang nipis, langsung sweater ungu dicapai lalu dikenakan pada tubuh kecilnya memandangkan sejuknya embun pagi itu menusuk hingga ke tulang-belulang.

"Mudah-mudahan jualan hari ni terlajak laris. Huhu." Ara berbicara sendirian sambil tunduk membuka kunci tayar basikalnya.

"Elok-elok bawa basikal tu. Kalau ada budak-budak nakal kacau, jangan melayan pulak. Kau tu anak dara. Habis je jualan, terus balik rumah. Jangan nak melencong ke rumah Ayu pulak." Siti Hajar sudah mula berleter. Risau jika apa-apa terjadi pada anak sulungnya itu. Entah kenapa, naluri keibuannya mula merasa serba tidak kena. Seakan sesuatu musibah bakal menimpa.

"Eee mak ni. Pagi-pagi macam ni budak-budak tu semua belum bangunlah mak. Entah-entah tengah lena dibuai mimpi, siap air liur meleleh-leleh pulak tu. Euu geli mak aihh." Balas Ara sambil menjelirkan lidahnya membayangkan kata-katanya sebentar tadi.

"Yela. Mak pesan je. Anak-anak mak ni lawa-lawa belaka, kau ingat mak tak tahu yang budak-budak kampung ni selalu kacau kau? Kau jangan ikut perangai si Ayu tu. Pantang nenek moyang mak." Siti Hajar mula bertegas.

Gulppp!

Ara menelan air liur sambil tersenyum kelat. Bimbang kalau ibunya tahu sikapnya di luar seperti apa. Ibunya sentiasa peka tentang dirinya. Macam detektif. Semua benda diselidiknya. Sampai sikap Ayu itu pun turut sampai ke pengetahuannya.

"Ni mesti spy mak yang dua orang tu cakap kan?" Soal Ara sambil mengangkat keningnya. Dia tahu benar olahan adik-adik kembarnya. Ada sahaja yang mahu diupdate pada si ibu.

Siti Hajar diam dan sekadar senyum.

"Okeylah mak, Ara pergi dulu. Assalamualaikum." Ara mula mengayuh basikal untuk memulakan rutin hujung minggunya.

"Waalaikumussalam." Balas Siti Hajar yang sedang memerhati anaknya beredar dari perkarangan rumah. Figura gadis itu semakin hilang dari pandangan mata.

***

Terasa nyaman menghirup udara segar di awal pagi. Burung berkicauan. Cahaya matahari mula menyinari Kampung Pinang Jambu. Sambil mengayuh basikal usang, Ara mengamati setiap keindahan ciptaan Tuhan. Sawah yang terbentang luas di sekitar kampung itu turut menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia terleka, asyik dengan dunianya.

"PON! PON! PON!"

Bunyi hon kereta yang bergema kuat langsung mengejutkannya dari keasyikannya. Belum sempat mahu mengelak, malang tidak berbau, kereta mewah itu terlebih dahulu melanggarnya.

Bersambung...

Friday, 20 May 2016

FIRST BABY :)

Salam alaik.

First baby?

Hehe don't get it wrong ^^

Actually saya dalam proses mengolah dan mengarang sebuah karya.

And, WYBMH is my first 'baby'. So wish me luck for my first trial.

Saya tak pandai bermadah pujangga. So, kebanyakan kosakata agak terabur dan saya gemar menggunakan bahasa pasar. Andai terjumpa mana-mana typing error tu faham-faham lah ye. 

Dalam menulis ni, memang akan ada masa, kita down giler giler. Sebab ketandusan ilmu dan kekeringan idea. Tu memang normal dalam dunia penulisan.

Mohon ihsan kalian untuk tembakkan doa kalian agar saya terus diberi kekuatan serta kesempatan masa untuk update chapter by chapter.

Anyways, thanks for reading. May Allah rewards you with His blessings!

Dah selawat hari ni?
Kalau belum, jom selawat.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.

Nabi SAW bersabda : "Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut namaku namun mereka tidak berselawat." [HR Tirmizi, Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada baginda SAW, kerana para ulama' mengatakan:

"Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya."

Rajin-rajinlah berselawat ye sayangku. Banyak kaifiyatnya.

Salam sayyidul ayyam.
Salam Jumu'ah Mubarakah!

Thursday, 19 May 2016

WYBMH Teaser #1

"Happy birthday."

Tercengang Ara apabila mendengar ungkapan itu yang keluar dari mulut si jejaka idaman.

Lelaki yang tidak pernah peduli akan kehadirannya selama ini. Lelaki yang langsung tidak pernah berbicara dengannya. Lelaki yang selama ini sekalipun tidak pernah memandangnya.

Kaget melihat si pujaan hati sedang berdiri di hadapan memandang tepat ke wajahnya. Langkahnya terhenti. Wahyun sedang menyinsing lengan baju sekolah yang dipakainya sambil tersenyum manis di depan Ara. Lama mata mereka bertaut. Jujur, itulah kali pertama Ara melihat senyuman lelaki dingin itu. Terlalu manis senyuman itu hingga hampir membuatkan dia tak keruan.

Ara terjaga dari lamunannya. Pantas dia mengalih pandangannya ke wajah teman sekelasnya yang sedari tadi berada di sisinya hanya memerhatikan tingkah mereka berdua.

Katrina, selesa dipanggil Kat, merupakan satu-satunya sahabat non-muslim yang rapat dengan Ara. Lazimnya, Ara seorang yang sangat memilih dalam bab berkawan. Jarang dia berkawan rapat dengan berlainan kepercayaan. Namun, Ara senang berkawan dengannya kerana Kat mempunyai satu kelainan yang tiada pada teman-teman non-muslimnya yang lain.

Kat memerhati wajah temannya yang semakin merona merah dek kerana malu.

"Thank you." Balas Ara dengan ringkas. Tiada senyuman yang terukir. Kosong. Wajahnya kosong. Entah. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya selain membalas ucapan terima kasih.

Tanpa berlengah, pantas dia mengatur langkah meninggalkan Wahyun. Dia tidak mahu memandang Wahyun lama-lama. Semakin dipandang wajah lelaki berlesung pipit itu, semakin menggetarkan hati perempuannya.

Wahyun menoleh ke belakang, memerhati derap langkah gadis bertubuh pendek itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya tiba-tiba sahaja ingin menegur gadis itu.

"Syok lah tu pujaan hati wish birthday. Live pulak tu." Usik Kat yang setia menjadi penonton babak sweet antara dua manusia yang nak dikata kawan tidak. Nak dikata musuh lagilah tidak.

"Wish amende? Birthday aku 9 haribulan tau. Hari ni dah berapa haribulan? 11 haribulan. Logik ke dia buat macam tu. Bukannya kawan pun." Balas Ara dengan sinis.

Perasaannya bercampur.

Teruja, gembira, berdebar, hampa, sakit hati semua ada.

Teruja kerana dia tidak pernah menerima layanan sebegitu dari mana-mana lelaki hatta teman lelakinya sekalipun.

Gembira kerana lelaki yang disangkanya dingin akhirnya menyimpul senyuman manis khas buatnya.

Berdebar kerana panahan mata sang jejaka menusuk kalbunya.

Hampa dan sedih kerana Wahyun ucap selamat pada waktu dan hari yang salah!Tak patut.

Sedang mereka berdua ralit mengatur langkah menuju ke kelas, Ara terfikir sesuatu yang membuatkan langkahnya terhenti.

"Eh kejap. Macam mana dia boleh tahu birthday aku ni?" Ara bermonolog seketika.

Something's fishy here!

Masakan mungkin Wahyun mengetahui tarikh hari lahirnya sedangkan mereka tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain.

Bersambung..

Nak tahu lebih lanjut bagaimana Wahyun tiba-tiba boleh tahu birthday Haura?

Nantikan cerita penuh dalam WILL YOU BE MY HAURA?

InshaaAllah, akan saya update bab demi bab

WYBMH Teaser #2

"Eh mamat ni. Dah kenapa pandang aku lama-lama? Dulu pandang sebelah mata pun tak sudi."  -Haura

"Mata tu memang macam tu eh? Kuat menjeling?"  -Wahyun

----------------------------------------------------------

"May I know your phone number?"
"For?"
"Untuk kenal hati awak."
"Kenal? Sebelum ni tak kenal ke?"
Wahyun diam.
"Ada pen dan kertas? Pinjam jap."
Wahyun menurut sahaja permintaan gadis dingin itu tanpa sebarang soalan.
"Nahh. Saya percaya awak cukup bijak untuk faham ni."

Terpana Wahyun melihat sebaris angka yang tertulis pada sticky note tersebut.

"17;32."

Sindiran gadis ini tidak bertempat.
Macam tak percaya inilah gadis mulus yang dikenalinya 10 tahun yang lalu.


P R E V I E W

WILL YOU BE MY HAURA?

~Mendoakanmu adalah satu-satunya caraku memelukmu dari jauh. Kerana cinta adalah doa.~

"Kalau nak dibandingkan kita, awak umpama bintang. Tampak indah namun sukar untuk digapai. Sesuatu yang terlalu berharga yang susah untuk dimiliki. Saya umpama bulan. Yang tidak memiliki sebarang keindahan. Tiada daya penarik. Hanya menumpang secebis cahaya dari sang mentari." -Haura

"Architect knows something about everything. But engineer knows everything about something." -Wahyun

"Saya tak jamin 10 tahun akan datang cinta ni masih sama. Tapi tolong jangan pernah berubah." -Aisya

"Dia tak pernah nampak kehadiran kau. Bertahun kau tunggu dia dengan hanya berbekalkan doa. Tolong jangan seksa hati tu lagi." -Hafiyy

Kisah tautan empat hati.

Haura setia menanti dengan segenap jiwa menggenggam sebuah doa.

Wahyun tenggelam dalam kekeliruannya.

Aisya berharap pada sesuatu yang kian pudar.

Hafiyy pula gigih menyingkap tirai hati yang tidak pernah terbuka buatnya.

Benarlah, bercinta bertahun-tahun belum tentu jodoh berpanjangan.

Penantian masih menyeksa empat hati meskipun 10 tahun telah berlalu.

Penantian yang tidak bernoktah. Antara janji dan harapan.

Yang seorang menanti cinta yang tak pasti, yang seorang lagi mengharapkan cinta yang sukar dikecapi.

Di saat dua hati mulai menyulam bahagia, ada dua hati yang membungkam rasa.

Bahagia tidak mungkin mampu dibina atas tapak yang merekah.

Siapa sangka, tiap detik yang berlalu rupa-rupanya menggarap sebuah takdir yang tidak diduga.

'Kepergian' seseorang meninggalkan kesan yang mendalam pada tiga hati, menyebabkan 'pergi'nya satu lagi hati yang akhirnya mengubah haluan dua hati.

Takdir seorang gadis jahil bertemu dengan seorang gadis yang dibenci dek kerana satu kejadian yang tidak disengajakan, namun siapa sangka gadis yang pernah dibencinya itulah yang perlahan-lahan membawanya mengenal Tuhan dan agama.

Sunday, 15 May 2016

You're worth it sisters :)

Yang jauh dimata itulah,
Yang sentiasa dekat dihati,
Yang namanya sentiasa hadir dalam doa :')

Jika kau mencintai seseorang sebelum bernikah, tidaklah ada yang halal untuknya kecuali dengan doa. Cinta itu doa. Maka doakanlah orang yang kau cintai.

I hate writing, but i love it!

I need to write when i really need to write.

Salam alaik.

Siapa suka menulis?

Saya suka! Heee

Jika diberi pilihan untuk menulis atau berbicara, saya memilih untuk menulis.

Saya suka berkongsi apa-apa yang berkaitan dengan penulisan.

Kongsi idea dan pendapat. Yang paling saya suka bila orang ajak untuk berkongsi falsafah dan pengalaman hidup. Haaaa tu memang favorite!

Saya sebenarnya bukan pencinta sastera. Dulu saya tak suka menulis. Jiwa saya lebih kepada membaca.

Menulis ni memerlukan daya pemikiran yang tajam serta pengetahuan yang tinggi. Dan saya takda semua tu.

Tapi entah sejak bila saya mulai jatuh cinta terhadap dunia penulisan.

Saya start berjinak-jinak dalam dunia penulisan since saya start follow seorang fb user. Seorang doktor yang misteri.

Haslinda Alias.

Dalam diam saya jatuh cinta pada setiap bait tulisannya. Karyanya yang sentiasa mencetuskan semangat. Dia merupakan antara insan yang menginspirasikan saya untuk menulis waima tak pernah kenal dalam realiti.

Teringin nak jumpa dia :')

Jujur,
Saya bukan seorang yang kreatif dalam menulis mahupun berkata-kata.

Tapi yang membuatkan saya mampu menulis sesuatu dengan panjang lebar adalah kerana saya seorang manusia yang mampu untuk berfikir dan rasa.

Dan dengan pemikiran dan perasaan itulah yang mendorong saya untuk menulis.

Biasanya, saya suka menulis tentang pengalaman sendiri. Sebab pengalaman sendiri lebih bermakna memandangkan kita pernah lalui semua tu.

Actually, untuk menulis, kita tak perlukan kemahiran menulis yang terlalu tinggi. Even saya pun zero knowledge tentang penulisan ni. Saya tak pandai guna gaya bahasa yang molek. Bahasa pasar tahu lah heee

Cukup dengan skill penulisan yang serba-serbi dan asalkan kita tahu point yang kita nak karang.

Most important, nak menulis, kena kosongkan minda and just focus pada point yang nak disampaikan. Jangan sampai out of topic sudah.

Plus, nak menulis ni tak boleh malas. Kena rajinkan diri untuk membaca bahan ilmiah. Banyakkan membaca. Dari situ jugak kita boleh improve skill kita sebenarnya. Dan boleh upgrade knowledge kita. Nak tak nak, kena baca baca baca.

Seafdalnya, untuk beginner, jangan baca bahan ilmiah yang mempunyai konteks yang agak berat. Slow slow. Jangan rushing sangat. Kadang, otak kita ni tak boleh di'push' sangat. Start dari bawah.

---------------------------------------–-------------------

I don't consider myself as a good writer. I don't think that there is anything special about my writing. I just write. Most of the time, I struggle with getting my point across.

Just remember,

Kita tak perlu tergolong dalam golongan bijak pandai baru nak mula menulis.

Tak perlu tunggu untuk jadi penulis baru nak mula menulis.

Anyone can write.
No matter siapa kita, asal kita.
Just write bila rasa ada something yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Speak out!

Wallahi, Allah mencintai hambaNya yang meletakkan usaha untuk umenyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain walau sepotong ayat cuma.

Salam kasih,
Yang Najiha Asri ^^

Friday, 13 May 2016

My old self.

Bismillahirahmannirahim..

Acapkali melihat pada gambar-gambar lama, hati langsung dipagut rindu.

Rindu pada zaman kegemilanganku sebagai budak bertuah!

Dengan selalu melawan cakap cikgu, mengumpat, escape kelas, homework kadang tak siap, bertukar kekasih, riuh sana sini, makan dalam kelas, bising masa cikgu mengajar dan macam-macam lagi olahan nakal sampai dibuli classmates sebab pernah crush kat sorang mamat "tebuk" ni.
Eiii mamat tebuk tu satu hal jugak. Kejap macam musuh, kejap macam kawan.

Eh?

Tebuk? Hahaha cukuplah saya sorang ja yang tau.

Saya dulu nakal.
Dan nakal saya selalunya dalam diam sampai pernah terkantoi dengan ustazah buat hal yang tak sepatutnya saya buat.

Arrrrrr sampai sekarang rasa bersalah sebab dah hampakan ustazah dan cikgu-cikgu lain jugak.

Tapi, saya cukup bersyukur sebab senakal-nakal saya, belum pernah masuk rekod kes disiplin heee

Mana tak nya, saya memegang jawatan sebagai seorang pengawas. Nak tak nak, kena la sedaya upaya elakkan kes disiplin. Kalau tak, naya la jawabnya. Kahkahkah

Yang tak logiknya, dengan kenakalan itu jugalah saya terima anugerah murid contoh banyak kali. Sampaikan saya dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Aliran Sastera.

Saya akui dalam exam saya memang struggle habis.
Sebelum exam, memang ulangkaji betul-betul sampai kadang sempat lelap 2-3 jam sahaja.
Sentiasa top 3 dalam kelas.
Tu pun sebab saya ni memang jenis tak suka gagal dalam apa jua perkara.

Tapi apalah gunanya segala pencapaian itu andai diri sendiri tidak punya adab dan akhlak yang indah.

Saya tak sedar bahawa saya sebenarnya dah lama gagal.

Gagal mendidik diri menjadi seorang muslimah.

Guru kelas pernah tanya, apa perasaan saya terima semua anugerah tersebut?

Jawapan saya?
Hampehhh.

"Saya rasa tak layak sebab saya budak tak baik cikgu."

Saya perasan air muka cikgu tu terus berubah.

Nasib baik la salah seorang classmate ni tolong coverkan saya, tetiba buat lawak bodoh pula.

Tergelak la cikgu tu.

Can you imagine that?

Depan cikgu, saya lagak baik.
Konon pijak semut pun tak mati.
Tapi sebenarnya saya budak tak baik.
Saya ulang, saya tak baik.
Hipokritnya.
Itu yang membuatkan saya kecewa dengan diri sendiri.
Sampai sekarang menyesal tak sudah.

Bila kenang balik hmmmmmm
Tipulah tak rindu.

Bukan rindu segala kejahilan saya.
Tapi rindu setiap kenangan yang tercipta.
Dan saya terlalu rindu jenis-jenis manusia yang saya jumpa sepanjang lima tahun menimba ilmu di sana.

Ada yang jenis menyakitkan hati.
Ada yang jenis membahagiakan.
Ada yang jenis mengacau.
Pokoknya, macam-macam jenislah.

Bila dah capai ke tahap siapa saya sekarang, macam mimpi!

Jauhnya saya melangkah.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Sorry ye, semua gambar kelas saya memang simpan dalam kotak. Dan setelah bertahun-tahun, baru sekarang terhegeh-hegeh nak cari balik hee dan ni lah jadinya. Terkejut tengok gambar dah comot huhu

Hidup ini berTuhan :')

Pernah?

Sehari dua kau tinggal Quran.

Tapi setiap hari rajin ja on whatsapp, facebook, twitter, ig and etc.

Then, kau rasa 'something'.

Buka almari, terpandang Quran.

Allah..

Perasaan tu cuma Allah yang tahu.

Rasa bersalah yang menebal!

Sayu hati melihat kalam Allah yang sudah beberapa hari tidak diusik.

Apatah lagi membacanya, mentadabburnya.

Allahurabbi!

Ampunkan aku ya Rabb!
Kadang aku leka. Lalai dengan mainan duniawi. Sampai hak Tuhan pun aku pinggirkan demi memenuhi hak aku sendiri. Hinanya aku ya Rabb.

Rindunya ingin membaca kalamMu.

Syukur masih punya hati yang mengenal Tuhan. Kadang kita lupa bahawa hidup kita ini berTuhan :')

Thursday, 12 May 2016

P E R E M P U A N

Lagak kuat seperti abang sado.

Tetapi hakikatnya, lembik dia mengalahkan sotong.

Perempuan ni bab tunjuk kuat memang power.

Sebenarnya, dia taknak orang lain nampak kelemahan dia.

Ada Apa Dengan Jubah?

Ehemmmmm!!

Testing 1, 2, 3

Ada Apa Dengan Jubah?

Eh?

Macam kenal ja.

Dah tengok movie AADC 2?

Saya belum. Tak minat.

Okay, takda kena-mengena dengan gambar.

------------------------------------------------

Bismillah..

Entry ni saya nak cerita sikit.
Sikit ja. Tak banyak pun hehe.

Actually sampai sekarang seakan tak percaya saya tergolong dalam golongan pencinta jubah.

Bila nampak jubah ja, geram!
Nak beli nak beli nak beli!

Nampak abaya apa lagiiiiii hahaha.
Toksah dikata haihh.

Masih ingat lagi, saya start pakai jubah waktu raya tahun 2013. Someone kasi. Masa first time pakai tu, Allah! Tak tau la macam mana nak describe perasaan masa tu. Yang paling ketara, penuh rasa sebak.

Buat insan yang miskin jiwa dan hati seperti saya, memang sebak bila pakai sesuatu yang pernah kita ejek suatu ketika dahulu.

Mindset saya dahulu agak jahil.

Dahulu, saya gemar pakai baju kurung moden. Tiap kali raya, saya akan bersaing dengan kawan-kawan, kononnya baju kurung siapa lebih lawa dan glamor -.-

Dan, saya pernah mempunyai seorang kawan yang suka memakai jubah. Saya selalu kutuk dia dari belakang sebab cara pemakaian tak seiring dengan usia. Old school bebeno. Bagi saya, jubah tu hanya pakaian buat ibu mengandung. Sebab jubah buat si pemakai nampak gemuk. Ya ampunnn. Jahilnya aku.

Tiap kali jalan kat mall, nampak ja orang pakai jubah, mata ni meliar pandang dari atas ke bawah.

Entah.
Bagi saya, jubah ni pakaian untuk ustazah je kot sebab ustazah kat sekolah ja yang selalu pakai. Mana ada remaja macam saya pakai pakaian panas tu.

Yes, itu mindset saya dulu.
Suka fikir negatif ja.

Tapiiii masa pakai jubah pemberian orang, entah kenapa saya tak rasa panas, saya tak nampak diri saya gemuk, tak nampak pun jubah yang tersarung pada tubuh itu membuatkan saya nampak old school.

Malah, bila pandang cermin, airmata automatik gugur. Sebak tak terkata. Betul-betul rasa selamat. Terlindung. Dan terasa sayu apabila melihat diri sendiri berpakaian sedemikian. Sejuk mata memandang. Betapa Allah nak jaga kita melalui pemakaian kita juga. Kita boleh nampak betapa Allah nak jaga martabat seorang wanita. MasyaAllah :')

Start masa tu la terus jatuh cinta pada jubah. Biasalah, jiwa remaja memang mudah terusik. Cuma masa tu on off. Kejap pakai kejap tidak. Hati belum tetap.

Sampai sekarang, saya tak pernah berhenti bersyukur pada Allah. Kalau Allah tak pertemukan saya dengan someone tu, memang sampai sekarang agaknya saya masih lagi berfikiran negatif pada jubah.

Siapa someone?

Hehe cousin la.
Kak Qilah sayangggggggg
Cousin yang saya sayang sangat-sangat.

Now saya faham kenapa certain wanita sangat gemar memakai jubah tak kira la waktu raya ke, waktu kerja ke, waktu jalan-jalan ke, or anytime! Jubah ni membuatkan kita berasa lebih selamat sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau jubah yang berwarna hitam. SubhanAllah!

Bila pakai jubah ni, best tak terkata. Besar hikmah dan nikmatnya! Ajnabi tak nampak liuk lentik tubuh kita. Dan pergerakan kita lebih bebas jika mengenakan jubah.

Biarlah orang nak panggil kita gemuk ke, ustazah ke, poyo ke, itu semua hak mereka. Yela, masing-masing ada hak untuk bersuara. Suka atau tak, terima je la dengan seikhlas hati, sepenuh jiwa dan raga. Doakan semoga mereka juga akan dibukakan pintu hati untuk berubah sepertimana kita pernah lalui suatu ketika dahulu.

Sedikit pesanan dari saya,

Dalam pemilihan jubah, kena cerewet sikit. Beli jubah yang longgar, labuh dan tidak jarang. Tolonglah jangan beli yang ikut bentuk tubuh. Kita perempuan. Harga diri kita tak ternilai. Mahalkanlah dirimu. Nak sexy, boleh. Tapi biar depan encik suami sahaja ya. Bukan depan umum.

Kalau boleh, berhati-hati juga dalam pemilihan warna. Lebih afdal warna hitam. Tapi kalau rasa diri kita jenis mudah bosan dengan satu warna, pilihlah warna-warna yang gelap sahaja. Kita ni nak tundukkan pandangan lelaki. Kesian la kat depa. Pasal kita perempuan, dosa mata mereka bertambah.

Haa lagi satu. Ingattttt.
Sematkan betul-betul dalam dada.
Jangan berpakaian bertuhankan fesyen.
Fesyen, fesyen juga, tapi jangan sampai fesyen itu membuatkan kita lupa bahawa aurat itu yang lebih utama!

Ayuh, mahalkan diri kita selayaknya wanita solehah.















Tuesday, 10 May 2016

YANG BERJAYA!

Bismillah..

Saya masih ingat lagi bagaimana nama saya sentiasa mencetuskan tanda tanya kepada orang yang mula mengenali saya.

Sejak saya lahir sampailah sekarang.

Bagi sesetengah masyarakat, nama saya dilabel pelik. Entah tang mana yang peliknya tak tahulah. Bagi saya tak pelik pun. Al-maklumlah, nama sendiri, apa yang peliknya hehe.

Mak pernah cerita,
Sejak saya dilahirkan, orang sekeliling sering pertikaikan nama saya. Kenapa nama saya begitu aneh. Jarang nak jumpa nama sebegitu. Terutamanya masa nak buat sijil lahir, punyalah mereka berkerut dahi bila mak saya sebut nama penuh saya YANG NAJIHA BINTI ASRI.

Mereka tanya, "Dayang ke?"

Mak jawab "tak, memang Yang je."

Tanya lagi, "ke Sayang?"

Mak jawab lagi "eh bukan dik. Memang Yang je. Takde dayang, bukan sayang."

Masa mula-mula masuk sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah sekarang ni kat kolej, tiap kali perkenalkan diri, sebut ja nama penuh, dahi mereka yang mendengar pasti berkerut.

Haihhhh makkk.

"Are you chinese?"
"Kenapa nama macam orang jawa?"
"Orang brunei ke?"
"Orang sabah ke?"
"Nama betul ke ni?"
"Dayang atau Yang?"

Haishhhhhh.

Rasanya dah beribu kali saya jelaskan benda yang sama pada mereka yang kerap menanyakan hal yang sama. Sampai naik bosan dibuatnya.

Dan, majoriti orang yang dah kenal saya mula la bermain-main dengan nama saya. Kalau panggil saya, siap buat gaya manja-manja gitew.

Ada juga yang jenis panggil saya dengan menyanyikan lagu Wali Band, tajuk lagu Yank.

Lebih parah, ada yang nyanyi lagu Yang kusayang oleh Imam S Arifin.
"Yang kau sangat ku cinta. Yang kau paling ku sayang..." -part ni memang tagline mereka. Yang paling saya tak dapat lupa, ustaz paling garang kat sekolah rendah saya dulu pun suka usik saya dengan lagu ni hahaha!

Dan yang terlebih lebih parah bila ada teman-teman yang usik nama saya dengan memanggil "sayang". Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan lelaki panggil sebegitu. Haihhh. Naik geli dibuatnya.

Saya juga pernah ditanya oleh seorang guru sekolah menengah yang membuatkan saya agak terkilan dengan soalannya,
"Kenapa nama kamu mesti Yang? Mak bapak kamu dah takda nama lain ke selain Yang?"

Mungkin bagi anda, soalan ini tak salah pun. Takda apa yang pelik.

Namun, ia melibatkan isu sensitiviti saya sebagai pemilik nama. Bagi saya, mak dan ayah mempunyai hak 100% untuk menamakan anak-anak mereka dengan nama yang mereka suka. Takda sebab untuk mempertikaikan hak mereka seperti itu. Kalau ya pun nak bertanya, saya mohon tanyalah dengan gaya bahasa yang beradab. Tanyalah secara sopan, tak kira siapa lebih tua atau siapa lebih muda. Tanyalah bil hikmah.

Cuma satu saya nak cakap,
Tak kisahlah sepelik apapun nama saya bagi anda,
Saya cukup bangga dengan nama saya.
Biarpun bagi orang lain pelik, yang pelik itulah yang membuatkan kita lain daripada lain.
Dalam erti kata lain, ia membuatkan kita tergolong dalam golongan insan yang terpilih untuk menjadi istimewa.
Istimewa dalam pelbagai cara.
Dan istimewa saya melalui nama.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Saya bersyukur kerana masih punya nama yang mempunyai makna yang mendalam.

Orang kata nak beri nama anak, kenalah beri nama yang membawa maksud yang baik agar si pemilik nama pun seindah namanya juga.

Yang Najiha - Yang Berjaya

Semoga si pemilik nama ini dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.

Allahumma aamiin.

Terima kasih mak.
Terima kasih ayah.
Terima kasih Allah.

Dikaulah Srikandi, Wanita Syurga

A woman's beauty is not in her features, the shade of her skin, or her possessions.

True beauty is in her heart, in her iman, her taqwa, and love for her deen ;)

Sunday, 8 May 2016

QOTD

"Jika tidak mampu nak buat kebaikan, jangan menghalang orang lain membuat kebaikan.

Jika malas untuk berdakwah, jangan menghalang orang lain berdakwah.

Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat yang membusukkannya.

Sekian."

-Haslinda Alias

Seindah Sabar

Hidup ini tak selalunya indah.
Bila buat baik, ada yang meluat.
Bila buat salah, ada yang menghina.

Kitaran hidup umpama putaran  roda.
Bila di atas, jangan sesekali lupa diri.
Dalam ketinggian diri, harus ada kerendahan hati.
Bila di bawah, jangan sesekali hilang harapan.
Dalam kerendahan hati, harus ada ketinggian matlamat.

InshaaAllah, kemenangan milik orang-orang yang bersabar.

Sabar sentiasa menguntungkan!
Takkan pernah merugikan anda! ^^

Dear you.

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years.
Then you can do it the halal way.

Doa kami sentiasa bersamamu sayang :')

"Kamu bunuh umi saya, abi saya. Kamu bunuh saudara saya Bunuhlah saya. Saya akan ceritakan semua pada Allah."

Saturday, 7 May 2016

Perkongsian yang bermanfaat!

Salam alaik.

Malam ni just nak share tentang KHASIAT DAUN RERAMA UNTUK KANSER DAN STROK.

Selain tu, ia juga mampu merawat lain-lain penyakit.

Nahhh, saya sertakan link di sini ya buat reference.

http://jamgetah.blogspot.co.id/2016/05/info-fenomena-baru-khasiat-daun-rerama.html?m=1

Apapun, suka untuk saya ingatkan, sebaik-baik ubat adalah Al-Quran dan doa. Sebaik-baik doktor ialah Allah SWT yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Maka, janganlah terlalu bergantung harap pada rawatan medikal sahaja tanpa merawat rohani kita yang  dahagakan kalam Allah Azza wa Jalla.

Sekian..
Laila saedah wa ilalliqa'..

Thursday, 5 May 2016

The moment she realizes her life is about to get so much better..

Pain is a pesky part of being human. She has learned it feels like a stab wound to the heart. Pain is a sudden hurt that can't be escaped. But then she also learned that because of pain, she can feel the beauty, tenderness, and freedom of healing. Pain feels like a fast stab wound to the heart.

She is clothed with strength and dignity, she can laugh at the days to come.

Talking won't change it. But sometimes it was what she wanted most, to tell someone often, though, she just wanted to escape those horrid feelings, to escape herself, so there was no pain, no fear, no ugliness.

And she'll continue to smile no matter how hurt she is.

Jsyk, she is not as strong as she once was.

The moment she realizes that no one is her enemy, but herself.

For that, she ends up pushing people far away from her so that she won't be hurt anymore. .

She's hurt. A lot.

Di sebalik kedinginan dia, kau kena faham dia pernah disakiti oleh bermacam jenis manusia.

Dia pernah kecewa. Pernah rebah. Dan, hampir sahaja dia futur.

Dia tegas bersebab.
Bukan saja-saja.
Kau kena faham hati seorang wanita yang pernah hancur, remuk dan luluh.

Monday, 2 May 2016

Sometimes, your difference might be your greatest strength!

A flower does not think of competing with the next flower, it just blooms.

The flowers bloom together, they emit seeds and create more blooming flowers.

Don't compare yourself with others.
If you want success, surround yourself with successful people. Encourage others, help others, support others to success.