Thursday, 12 May 2016

Ada Apa Dengan Jubah?

Ehemmmmm!!

Testing 1, 2, 3

Ada Apa Dengan Jubah?

Eh?

Macam kenal ja.

Dah tengok movie AADC 2?

Saya belum. Tak minat.

Okay, takda kena-mengena dengan gambar.

------------------------------------------------

Bismillah..

Entry ni saya nak cerita sikit.
Sikit ja. Tak banyak pun hehe.

Actually sampai sekarang seakan tak percaya saya tergolong dalam golongan pencinta jubah.

Bila nampak jubah ja, geram!
Nak beli nak beli nak beli!

Nampak abaya apa lagiiiiii hahaha.
Toksah dikata haihh.

Masih ingat lagi, saya start pakai jubah waktu raya tahun 2013. Someone kasi. Masa first time pakai tu, Allah! Tak tau la macam mana nak describe perasaan masa tu. Yang paling ketara, penuh rasa sebak.

Buat insan yang miskin jiwa dan hati seperti saya, memang sebak bila pakai sesuatu yang pernah kita ejek suatu ketika dahulu.

Mindset saya dahulu agak jahil.

Dahulu, saya gemar pakai baju kurung moden. Tiap kali raya, saya akan bersaing dengan kawan-kawan, kononnya baju kurung siapa lebih lawa dan glamor -.-

Dan, saya pernah mempunyai seorang kawan yang suka memakai jubah. Saya selalu kutuk dia dari belakang sebab cara pemakaian tak seiring dengan usia. Old school bebeno. Bagi saya, jubah tu hanya pakaian buat ibu mengandung. Sebab jubah buat si pemakai nampak gemuk. Ya ampunnn. Jahilnya aku.

Tiap kali jalan kat mall, nampak ja orang pakai jubah, mata ni meliar pandang dari atas ke bawah.

Entah.
Bagi saya, jubah ni pakaian untuk ustazah je kot sebab ustazah kat sekolah ja yang selalu pakai. Mana ada remaja macam saya pakai pakaian panas tu.

Yes, itu mindset saya dulu.
Suka fikir negatif ja.

Tapiiii masa pakai jubah pemberian orang, entah kenapa saya tak rasa panas, saya tak nampak diri saya gemuk, tak nampak pun jubah yang tersarung pada tubuh itu membuatkan saya nampak old school.

Malah, bila pandang cermin, airmata automatik gugur. Sebak tak terkata. Betul-betul rasa selamat. Terlindung. Dan terasa sayu apabila melihat diri sendiri berpakaian sedemikian. Sejuk mata memandang. Betapa Allah nak jaga kita melalui pemakaian kita juga. Kita boleh nampak betapa Allah nak jaga martabat seorang wanita. MasyaAllah :')

Start masa tu la terus jatuh cinta pada jubah. Biasalah, jiwa remaja memang mudah terusik. Cuma masa tu on off. Kejap pakai kejap tidak. Hati belum tetap.

Sampai sekarang, saya tak pernah berhenti bersyukur pada Allah. Kalau Allah tak pertemukan saya dengan someone tu, memang sampai sekarang agaknya saya masih lagi berfikiran negatif pada jubah.

Siapa someone?

Hehe cousin la.
Kak Qilah sayangggggggg
Cousin yang saya sayang sangat-sangat.

Now saya faham kenapa certain wanita sangat gemar memakai jubah tak kira la waktu raya ke, waktu kerja ke, waktu jalan-jalan ke, or anytime! Jubah ni membuatkan kita berasa lebih selamat sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau jubah yang berwarna hitam. SubhanAllah!

Bila pakai jubah ni, best tak terkata. Besar hikmah dan nikmatnya! Ajnabi tak nampak liuk lentik tubuh kita. Dan pergerakan kita lebih bebas jika mengenakan jubah.

Biarlah orang nak panggil kita gemuk ke, ustazah ke, poyo ke, itu semua hak mereka. Yela, masing-masing ada hak untuk bersuara. Suka atau tak, terima je la dengan seikhlas hati, sepenuh jiwa dan raga. Doakan semoga mereka juga akan dibukakan pintu hati untuk berubah sepertimana kita pernah lalui suatu ketika dahulu.

Sedikit pesanan dari saya,

Dalam pemilihan jubah, kena cerewet sikit. Beli jubah yang longgar, labuh dan tidak jarang. Tolonglah jangan beli yang ikut bentuk tubuh. Kita perempuan. Harga diri kita tak ternilai. Mahalkanlah dirimu. Nak sexy, boleh. Tapi biar depan encik suami sahaja ya. Bukan depan umum.

Kalau boleh, berhati-hati juga dalam pemilihan warna. Lebih afdal warna hitam. Tapi kalau rasa diri kita jenis mudah bosan dengan satu warna, pilihlah warna-warna yang gelap sahaja. Kita ni nak tundukkan pandangan lelaki. Kesian la kat depa. Pasal kita perempuan, dosa mata mereka bertambah.

Haa lagi satu. Ingattttt.
Sematkan betul-betul dalam dada.
Jangan berpakaian bertuhankan fesyen.
Fesyen, fesyen juga, tapi jangan sampai fesyen itu membuatkan kita lupa bahawa aurat itu yang lebih utama!

Ayuh, mahalkan diri kita selayaknya wanita solehah.















No comments:

Post a Comment