Bismillah..
Saya masih ingat lagi bagaimana nama saya sentiasa mencetuskan tanda tanya kepada orang yang mula mengenali saya.
Sejak saya lahir sampailah sekarang.
Bagi sesetengah masyarakat, nama saya dilabel pelik. Entah tang mana yang peliknya tak tahulah. Bagi saya tak pelik pun. Al-maklumlah, nama sendiri, apa yang peliknya hehe.
Mak pernah cerita,
Sejak saya dilahirkan, orang sekeliling sering pertikaikan nama saya. Kenapa nama saya begitu aneh. Jarang nak jumpa nama sebegitu. Terutamanya masa nak buat sijil lahir, punyalah mereka berkerut dahi bila mak saya sebut nama penuh saya YANG NAJIHA BINTI ASRI.
Mereka tanya, "Dayang ke?"
Mak jawab "tak, memang Yang je."
Tanya lagi, "ke Sayang?"
Mak jawab lagi "eh bukan dik. Memang Yang je. Takde dayang, bukan sayang."
Masa mula-mula masuk sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah sekarang ni kat kolej, tiap kali perkenalkan diri, sebut ja nama penuh, dahi mereka yang mendengar pasti berkerut.
Haihhhh makkk.
"Are you chinese?"
"Kenapa nama macam orang jawa?"
"Orang brunei ke?"
"Orang sabah ke?"
"Nama betul ke ni?"
"Dayang atau Yang?"
Haishhhhhh.
Rasanya dah beribu kali saya jelaskan benda yang sama pada mereka yang kerap menanyakan hal yang sama. Sampai naik bosan dibuatnya.
Dan, majoriti orang yang dah kenal saya mula la bermain-main dengan nama saya. Kalau panggil saya, siap buat gaya manja-manja gitew.
Ada juga yang jenis panggil saya dengan menyanyikan lagu Wali Band, tajuk lagu Yank.
Lebih parah, ada yang nyanyi lagu Yang kusayang oleh Imam S Arifin.
"Yang kau sangat ku cinta. Yang kau paling ku sayang..." -part ni memang tagline mereka. Yang paling saya tak dapat lupa, ustaz paling garang kat sekolah rendah saya dulu pun suka usik saya dengan lagu ni hahaha!
Dan yang terlebih lebih parah bila ada teman-teman yang usik nama saya dengan memanggil "sayang". Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan lelaki panggil sebegitu. Haihhh. Naik geli dibuatnya.
Saya juga pernah ditanya oleh seorang guru sekolah menengah yang membuatkan saya agak terkilan dengan soalannya,
"Kenapa nama kamu mesti Yang? Mak bapak kamu dah takda nama lain ke selain Yang?"
Mungkin bagi anda, soalan ini tak salah pun. Takda apa yang pelik.
Namun, ia melibatkan isu sensitiviti saya sebagai pemilik nama. Bagi saya, mak dan ayah mempunyai hak 100% untuk menamakan anak-anak mereka dengan nama yang mereka suka. Takda sebab untuk mempertikaikan hak mereka seperti itu. Kalau ya pun nak bertanya, saya mohon tanyalah dengan gaya bahasa yang beradab. Tanyalah secara sopan, tak kira siapa lebih tua atau siapa lebih muda. Tanyalah bil hikmah.
Cuma satu saya nak cakap,
Tak kisahlah sepelik apapun nama saya bagi anda,
Saya cukup bangga dengan nama saya.
Biarpun bagi orang lain pelik, yang pelik itulah yang membuatkan kita lain daripada lain.
Dalam erti kata lain, ia membuatkan kita tergolong dalam golongan insan yang terpilih untuk menjadi istimewa.
Istimewa dalam pelbagai cara.
Dan istimewa saya melalui nama.
Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Saya bersyukur kerana masih punya nama yang mempunyai makna yang mendalam.
Orang kata nak beri nama anak, kenalah beri nama yang membawa maksud yang baik agar si pemilik nama pun seindah namanya juga.
Yang Najiha - Yang Berjaya
Semoga si pemilik nama ini dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Allahumma aamiin.
Terima kasih mak.
Terima kasih ayah.
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment