Sunday, 11 December 2016

Mendoakan lebih baik!

Bila nampak orang yang jahil, jangan terus hina mereka. Jangan.

Kerana setiap ucapan itu adalah doa, yang mana akan berbalik semula kepada si empunya mulut. Oleh itu, katakanlah yang baik-baik sahaja.

Walaupun terlihat 99 keburukan pada diri seseorang itu, cuba pandang dengan hikmah pada satu kebaikan yang bersisa dalam dirinya.

Mungkin hari ini kita nampak baik, tapi pernah tanya tak pada diri sendiri : "sudah cukup baikkah aku di hadapan Allah?" Sebenarnya kita masih nampak baik sehingga ke hari ini kerana Allah dah cukup baik menjaga aib kita hingga ke saat ini. MasyaAllah!

Mungkin hari ini dia jahil, tetapi siapa tahu esok lusa dia berubah, bahkan kedudukannya lebih mulia dari kita. Allahu.. Malunya!

Andai kamu tidak mampu memberi kata nasihat, maka sekurang-kurangnya tolong simpan segala kata nista, sesungguhnya mendoakan itu jauh lebih baik.

Andai kamu tidak ingin berbuat kebaikan, maka tolong jangan halang seseorang yang ingin menjadi baik.

Saya teringat pula satu surah ni, Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah berkehendak untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." (Ar-Ra'd : 11)

Semoga kita semua saling berkasih sayang di bawah teduhan rahmatNya.
Moga Allah kasih,
Moga Allah redha.

Thursday, 1 December 2016

She's the best!

kawan ni banyak jenis sebenarnya. semakin ramai kawan yg kita ada, semakin banyak 'pattern' yg kita jumpa. tapi dalam ribuan pattern tu, cuma satu pattern yg mampu menambat hati kita.

bagi saya, ni la pattern yg saya cari selama ni. jujur, waktu mula2 masuk form 1 dulu, saya mana ada pandang dia ni walaupun satu kelas. saya akui, saya terlalu jahil dan angkuh dahulu *nangis jap*

saya selaku pengawas dan penolong ketua tingkatan memang terlalu memilih dalam bab berkawan masa tu. nak berkawan dgn budak2 pandai ja. saya pulak jenis petah bercakap, ramah dengan yg sama taraf ja. Allah.. tetiba sedih kenang balik jahatnya diri sendiri dahulu.

sepanjang 3 tahun kami sama kelas, jarang sangat2 saya bergaul dengan dia dan geng2 dia. satu kelas tapi hidup berpuak-puak. yg cerdik pandai satu geng, yg jenis nakal2 pulak satu geng. walaupun saya tak rapat dengan dia zaman sekolah dahulu, tapi saya dapat lihat sebenarnya dia budak yg baik walaupun bercampur dengan budak2 nakal. saya akui dia memang ada unsur2 nakal dalam diri dia (hehehe), tapiiiii dalam nakal dia tu saya boleh lihat sisi baik dan penyayang dia. walaupun saya sedar akan sisi baiknya itu, tapi saya tetap membataskan persahabatan kami. sebab masa tu masih lagi berpegang pada prinsip "kawan sama taraf" ja.

masuk form 4,  kami berpecah. sebab kelas lain2. saya dengan geng2 saya masuk kelas sains (kelas paling pandai), saya pulak rasa macam tak percaya, boleh pulak orang yg tak berapa nak pandai macam saya masuk kelas sebegitu. tapi takpa la, saya anggap itu sbg tuah diri saya namun telah termaktub dalam aturan takdir Allah bahawa rezeki saya berada di kelas pandai itu selama sebulan sahaja disebabkan saya minta transfer ke kelas sastera, tak sanggup nak mengadap chemistry dan add maths (kan dah kata saya memang tak pandai)

sepanjang form 4-5, memang tak berjumpa sangat dengan dia ni. kalau jumpa pun, tegur "hai hai bye bye" je la, lepas tu blah.

habis spm, buat haluan masing2. untuk pengetahuan semua, number dia tak pernah sekalipun berada dalam contact list saya walaupun dah lama berkawan (satu kelas). minta number dia pun tak pernah. nampak tak betapa angkuhnya saya dahulu? *nangis lagi*

sampai la pertengahan tahun 2014, Allah takdirkan kami bertegur dalam media sosial. dia tegur saya dalam wechat, minta saya tolong dia tentang ilmu agama, lalu kami pun berborak panjang2 sampai tak henti2 chat. sampai saya sendiri tertanya, "kenapa aku ramah sangat dgn dia ek? padahal masa sekolah dulu nak tegur pun berat mulut."  mungkin sebab masa tu saya sedang berhijrah, dan lebih menggembirakan lagi, dia pun sebenarnya dalam proses baru nak berhijrah juga! disebabkan kami berdua berada dalam fasa yg sama dgn masalah yg sama, maka itulah yg semakin merapatkan kami berdua. bayangkan 6 tahun tak pernah berborak panjang2, tak pernah searus, tetiba boleh jadi rapat sekelip mata. benarlah, takdir Allah itu penuh dgn kejutan dan tanda tanya. akhir tahun 2014, Allah izinkan kami untuk berjumpa. alhamdulillah, dia dah berhijab! since that, kitorang start rapat-serapat-rapatnya. saya yg jenis tak suka kongsi rahsia dgn sesiapa pun tetiba boleh share semua dgn dia. tahun lepas, saya mula nampak titik perubahan besar dalam hidupnya yg mana dia mula menjaga solat, menjaga hati dan pandangannya, menjaga penampilan muslimahnya (mula bertudung labuh, berjubah, berstokin, handsock and etc). saya sbg seorang sahabat yg mengenalinya sejak zaman jahil dahulu benar2 berasa sebak melihat dia berubah 360°. terlalu berbeza diri dia yg dahulu dan sekarang. hinggalah tahun ini, Allah bukakan hatinya untuk berniqab. bertambah2 sebak saya dibuatnya. betul2 tak sangka. siapa yg tak sebak bila lihat perubahan baik dalam diri sahabatnya sendiri :')

selama ini saya ingatkan saya berhijrah sorang2, rupa-rupanya Allah telah hantarkan seseorg utk turut berhijrah bersama saya. Allah hadirkan seorg sahabat syurga utk menemani saya ketika jatuh dan turun dalam jalan hijrah ini. benarlah, jika kita ingin menjadi baik, pasti Allah akan hantar orang2 yg baik buat kita.

siapa sangka perempuan yg saya pernah pandang rendah dahulu, perempuan yg saya sangka dia akan kekal di takuk lamanya kini telah menjadi seseorang yg lebih baik dari saya, bahkan lebih solehah berbanding saya (aamiin!), telah bergelar SAHABAT, telah menjadi antara orang yg terpenting dlm hidup saya, telah menjadi orang yg saya begitu syg sekali. demi Allah, saya benar2 respect dan salute terhadap budak ni. budak yg pendiam dan pemalu tapi tak pernah pun mengeluh dengan perangai gila2 kawan dia ni. seorang budak yg tenang tapi cepat gelabah (pelik bukan?)

selain keluarga, dia ja tahu sejauh mana sisi buruk saya. but still, dia mampu bertahan sedangkan ramai yg pergi. saya yg dahulu jenis peramah dan kuat bercakap, tiba2 jadi pendiam selepas berhijrah, tapi bila dgn dia ni, sifat pendiam saya terus lesap! nampak tak betapa saya selesa bersama seseorg yg pernah menjadi 'stranger' suatu ketika dahulu? saya tahu banyak pihak yg tidak suka akan persahabatan kami, namun kami menganggap ia sbg salah satu semangat utk kami terus menjaga ukhuwah ini sampai jannah (aamiin!) dan sentiasa mendoakan kebahagiaan buat mereka juga :')

ya Allah, syukran jiddan kerana menghadiahkan aku seorg sahabat syurga yg sanggup bersamaku ketika susah dan senang. kalau nak diceritakan lebih detail mengenai friendship kami, rasanya sampai esok pun tak habis tulis. cukuplah Allah sebaik-baik saksi dan sebaik-baik penjaga persahabatan kami dunia akhirat. Allahumma aamiin! semoga bertemu di jannah kelak sygku, namun andai engkau tidak menemukan aku di syurga kelak, tanyalah kepada Allah tentangku lalu tariklah tanganku untuk masuk ke syurga bersamamu :') love you fiddunya wal akhirah sygku. 9 years and still counting.

Friday, 26 August 2016

WYBMH Teaser #7

Setibanya di RED Cafe, langkah Ara terhenti. Kakinya seakan-akan dipaku. Lama matanya merenung pintu utama cafe tersebut. Bibirnya terkumat-kamit membaca ayatul kursi, selawat dan zikir.

"Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bilkhair. Ya Allah, permudahkanlah dan jangan disulitkan. Ya Allah, akhirilah ia dengan kebaikan." Ara mengelus lembut dadanya yang terasa sesak semacam. Gementar barangkali.

Perlahan kakinya mengatur langkah. Ikutkan hati, mahu sahaja dia berpaling dan beredar dari situ. Namun, dia perlu bersikap rasional. Jika bukan hari ini, sampai bila lagi isu remeh ini mahu berakhir? Mahu atau tidak, dia perlu berikan kata putus hari ini juga!

Pintu dikuak.

Matanya melilau mencari meja yang sesuai untuk perjumpaan yang teramat penting ini. Kalau boleh, meja yang terletak berhampiran dengan dinding, yang jauh dari pemerhatian umum memandangkan masalah ini terlalu personal.

"Alhamdulillah." Ara tersenyum lega apabila mendapati masih ada meja kosong sesuai dengan kehendaknya.

Tanpa berlengah, Ara terus duduk dan membuat pesanan. Seperti biasa, lemon juice sentiasa menjadi pilihan hatinya.

Sementara menanti kedatangan lima insan yang telah dijanjikan, telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. App Muslim Pro dibuka. Jarinya ralit scroll up mencari surah yang ingin dibaca, matanya tertumpu pada surah yang terpanjang sekali di dalam Al-Quran, yakni Al-Baqarah.

Bibirnya mula mengalunkan ayat-ayat suci, namun apabila bacaannya tiba pada ayat yang kelapan, manik-manik jernih mulai gugur. Bacaan tetap diteruskan hinggalah ayat yang ke 18, bibirnya bergetar. Dan akhirnya bacaan terhenti, tidak mampu untuk diteruskan lagi. Allah seakan-akan berbicara langsung dengannya melalui surah tersebut. Dia mengingat kembali zaman yang mana dirinya dahulu seronok mempersendakan orang-orang yang beriman. Dadanya ditekan-tekan. Sungguh, pilu di hati tidak mampu dibendung lagi. Ara tertunduk menyembunyikan wajah agar tangisannya tidak dilihat oleh sesiapa.

"Rabbana la tuzigh qulu bana ba'da iz hadaitana wa hab lana milladunka rahmah, innaka antal wahhab." Ara membaca sedikit petikan ayat dari surah Al-Imran yang dihafalnya ketika usrah, iaitu doa memohon ketetapan hati serta ketabahan jiwa dalam melaksanakan amal-amal ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla.

Sungguh, Allah jualah yang berkuasa menggerakkan hatinya untuk membaca surah Al-Baqarah tersebut sehingga dia tertunduk malu mengenang karat jahiliah lalu.

To be continued in full version.

p/s : Jujur, ini antara teaser yg agak 'payah' untuk saya nukilkan. Sebab saya pun turut sebak membayangkan situasi Ara yg sedang tenat, yg perlu berhadapan dgn beberapa manusia di masa lalunya.

Tuesday, 23 August 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 5)

Satu per satu album dipunggah keluar dari kotak. Dan sebuah album yang berwarna kuning keemasan menarik perhatiannya. Ara membuka album gambar tersebut. Halaman demi halaman diselak. Bibirnya mengukir senyuman. Namun senyuman itu bukan senyuman kebahagiaan. Ia tidak lain tidak bukan hanyalah senyuman yang menutupi penderitaannya selama ini. Jatuh lagi air mata perempuannya. Matanya tertuju pada sekeping gambar keluarganya yang diambil pada 12 tahun yang lalu.

Si ayah segak berbaju kemeja, si ibu manis tersenyum sambil merangkul lengan sang suami. Manakala kedua-dua adiknya didukung oleh si ayah. Dirinya pula sedang berdiri di antara ibu dan ayah sambil tertawa riang. Sekali lagi, hatinya dirundung pilu.

Pintu stor dikuak.

"Kak?" Atul menyentak lamunan kakaknya yang sedang tenggelam melayan emosi.

Air mata yang mengalir pantas diseka. Ara segera menutup album gambar yang ditatapnya sebentar tadi.

"Kak? Akak okey? Nangis eh?" Atul lantas menghampiri lalu duduk di sisi kakaknya. Dia terpandang sebuah album yang masih berada dalam pegangan Ara. Senyum. Dia tahu benar sikap kakaknya. Jika tidak di bilik, di sinilah tempat kakaknya banyak menghabiskan masa mengimbau kembali kenangan manis bersama ayahnya dahulu.

"Akak jangan macam ni. Tak best lah." Atul cuba memecahkan kesunyian antara mereka berdua memandangkan Ara masih membisu.

"Alololo kesian akak comel kita ni. Menangis sampai merah mata dengan hidung." Usik Atul lagi sambil menarik hujung lengan bajunya untuk mengelap sisa air mata kakaknya yang masih belum kering.

Ara tersenyum mendengar celoteh adik bongsunya. Begitulah Atul. Jika dirinya sedang berduka, pasti Atul berusaha sebaik mungkin untuk menghiburkannya.

Atul seorang adik yang prihatin, lebih terbuka dan sangat rapat dengan kakak sulungnya. Jauh berbeza dengan Fia, kakak kembarnya. Meskipun dikandung dan dilahirkan dalam satu rahim, namun pendirian dua beradik itu amatlah berbeza.

Atul lebih peramah, penyayang dan optimis. Manakala Fia pula seorang yang pendiam, lebih tertutup dan banyak meluangkan masa dengan dunianya sendiri. Benarlah bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Dan kerana sikap Atul yang terlebih prihatin itulah yang membuatkan Ara senang berada dekat dengannya. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh merasakan sedikit kasih sayang daripada adiknya sendiri memandangkan sudah lama dia tidak merasai kasih daripada seorang ayah.

"Eleh, baru tahu ke kakak Atul ni comel? Kenapa Atul datang sini? Mak cari eh?" Ara mula bersuara setelah lara di hatinya berjaya dipujuk.

"Lama dah tahu, cuma selama ni sengaja je tak nak bagitau depan-depan. Nanti ada lah orang tu melebih-lebih pulak." Atul membalas sindiran kakaknya.

Ara tergelak mendengar jawapan adiknya. Gurauan adiknya sentiasa berjaya menghilangkan kesedihannya, walau hilang buat seketika cuma.

"Oh ya. Atul datang sini sebab mak suruh panggil akak, makan tengah hari sama-sama. Jom kak, mak dah siap masak tu." Sambung Atul.

"Hm, Atul pergilah dulu. Nanti akak datang." Ara mula memasukkan semula album-album gambar ke dalam kotak. Ikutkan hatinya, dirinya terlalu malas ingin bersemuka dengan ibunya. Namun, apabila teringat kejadian malang pagi tadi, dirinya menjadi serba salah kerana telah mengecewakan si ibu.

"Kak, apa dah jadi pagi tadi? Atul ada dengar mak bising-bising. Sebab tu ke akak menangis?" Kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak, maka Atul terus bertanya tanpa mengendahkan arahan kakaknya sebentar tadi.

"Tak ada apalah. Dah, pergi tolong mak siapkan apa yang patut." Ara cuba berdalih. Dia segera mematikan perbualan untuk mengelak dari ditanya bermacam-macam soalan lagi.

Atul akur. Dia tahu kakaknya tidak gemar berkongsi masalah dengan sesiapa, hatta orang yang terdekat dengannya sekalipun.

Dia bangkit dari duduknya, lalu melangkah keluar meninggalkan kakaknya yang masih mengemas di dalam stor tersebut.

Bersambung...

Sunday, 21 August 2016

Qowiy Lillah!

Siapa sangka dahulu gadis yg selalu kutuk orang berjubah, sekarang dialah yg berjubah.
Siapa sangka dahulu gadis yg membangga-banggakan kesempurnaan tubuhnya, kini dia malu untuk menayangkan tubuhnya pada umum. Hatta ingin keluar rumah juga dia berasa tidak selamat.
Siapa sangka dahulu gadis yg suka terdedah sana sini, seksi meksi, sekarang dia habis-habisan tutup semampu yg mungkin.
Siapa sangka dahulu gadis yg rimas dengan tudung labuh, kini dialah yg sedang bertudung labuh.
Siapa sangka dahulu gadis yg benci berstokin, berhandsock kononnya panas, sekarang dia lebih rela berpanasan di dunia jika dibandingkan panas di 'sana'.
Siapa sangka dahulu gadis yg memandang serong terhadap muslimah yg berpurdah/berniqab, kini dia sendiri bergelar niqabis.
Siapa sangka dahulu gadis yg pantang nampak lelaki handsome, suka kasi num hp sebarangan, couple break bagai, sekarang dia latih dirinya menundukkan pandangan dan cuba menjauhkan diri dari fitnah dunia.
Siapa sangka dahulu gadis yg tak pernah baca dan pandang Quran, kini dia terlalu kasihkan Al-Quran, sampaikan pandang Quran sahaja pun dia dah rasa sebak tak terkata.
Siapa sangka dahulu gadis yg suka mencarut dalam media sosial, kini lebih gemar berkongsi ilmu yg bermanfaat, kurangkan berkata yg tidak elok.
Siapa sangka dahulu gadis yg tak suka solat hatta tak pernah buat solat sunat langsung sebab malas, letih, tak takut azab Allah, sekarang punyalah dia pulun laksanakan kewajipannya sbg hamba Allah, krn dia sedar untuk masuk syurga, dia perlukan rahmat dan redha Allah. Untuk dapatkan semua tu, kena buat apa yg Allah perintahkan. Dia takut, pengakhiran hidupnya nanti tidak mendapat redha Allah. Dia takut, Allah tak sudi memandangnya lagi. Dia takut, dia jauh dari pemeliharaan Allah.

Siapa sangka?

Dahulu dia jauh dari Allah, dia rugi dunia akhirat. Allah tak rugi apa pun. Lalu Allah sengaja menimpakan ujian yg agak berat baginya kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan dia 'sedar diri'. Allah nak dia kembali kepada jalan yg benar lagi nyata. Allah taknak dia terus tenggelam. Dia mula berfikir dan mencari jalan 'pulang'. Namun cari punya cari, dia 'tersangkut' di antara dua jalan. Lantas Allah timpakan pula ujian berbentuk aib untuknya. Dia rebah. Futur. Down gila. Sampai satu tahap dia pernah terfikir untuk 'tamatkan' riwayatnya. Bahkan dia sampai berdoa agar nyawanya dicabut sekarang juga dek tak sanggup lagi nak menanggung dugaan yg mendatang. Astaghfirullahalazim. Nauzubillahiminzalik! Allah hadirkan pula beberapa hambaNya sebagai pembimbing dirinya ke arah kebaikan. Dalam diam, dia malu. Malu sangat sangat kerana berdampingan dengan manusia-manusia hebat, sedang dirinya? Allah.. Dia tersedar, dia perlukan Allah. Sebab bila dia ada Allah, dia memiliki segala-galanya. Dan bermula detik itu, dia mula mencari Tuhannya. Tuhan yg selama ini sedia menantinya :')

Ya, dia memang seorang insan yg mempunyai dosa-dosa silam. Namun tiada pendosa yg tidak layak jadi baik. Semuanya layak. Bahkan Allah sangat cintakan hambaNya yg suka memohon ampun serta bertaubat kepadaNya.

Tak perlu dia ceritakan setiap inci kisah hijrahnya. Kerana sudah pasti apabila seorang gadis jahil ingin berubah menjadi baik, bertubi-tubi manusia yg mengenali sejarah silamnya dahulu cuba mencanang aibnya satu per satu. Menjaja itu ini. Kutuk habis-habisan. Dipinggirkan. Dibenci. Dimaki. Dihina. Dipandang serong. Dilabel macam-macam. Diaib sana sini. Semua dia dah rasa. Seolah-olah memang sudah tiada ruang lagi untuknya menjadi lebih baik.

Tetapi dia tetap percaya pada satu pendirian.

"Bila dia punya Allah, dia memiliki segalanya."

Jadi, untuk apa dia gentar pada manusia sedangkan manusia itu juga ada salah silapnya di mana-mana.
Jika dia dihina seteruk apa sekalipun, bukankah orang yg menghinanya itu lebih hina?
Tidak mengapa jika hina di mata manusia, asalkan tidak hina di mata penduduk langit.
Dia terus kuat kerana Allah.
Dia ingin redha Tuhannya.
Bukan kepuasan hati setiap manusia.

Terima kasih Allah, kerana menjentik hatinya dengan beberapa ujian yg manis sekali. Terima kasih kerana kembalikan dia ke jalan yg sebenar-benarnya. Terima kasih kerana sudi memandangnya dengan redupan kasihMu. Wallahi, sehingga kini dia tak pernah berhenti bersyukur kerana menjadi antara yg terpilih utk merasakan nikmat hidayah dan taufiqMu.

You hate me?
I don't care.
'Cause I have Allah SWT!

Dari tirai hati si gadis jahil,
Yna.

Tuesday, 9 August 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 4)

"Astaghfirullahalazim. Ya Allah ya Tuhanku." Siti Hajar mengusap dadanya, cuba menenangkan dirinya yang masih dalam keadaan 'shock' melihat penampilan anaknya. Berderau darahnya setiap kali memandang tubuh anaknya dari atas ke bawah. Mini dress yang dipakai Ara cukup 'menyeksa' pandangan matanya. Dengan paha yang terdedah, dress yang terlalu ketat sehingga menampakkan segala lekuk-lekuk tubuh Ara. Ditambah pula dengan keadaan Ara yang tengah 'kick'. Sungguh, anak ini memang benar-benar menguji kesabaran seorang ibu!

"Eh mak?" Ara mengangkat wajahnya apabila terdengar suara ibunya. Pautan tangannya di bahu Ayu dilepaskan. Dia cuba berdiri sendiri dalam posisi yang tidak begitu stabil sehingga tubuhnya hampir terjatuh namun pantas disambut oleh Ayu semula.

"Mak kenapa bising-bising ni?" Soal Ara tanpa mengetahui dirinya sedang dijadikan 'bahan mainan' oleh sahabat baiknya sendiri.

Ara menggaru kepalanya. Kemudian senyum sambil memandang tepat ke wajah ibunya. Rambutnya dipintal-pintal dengan jarinya. Olahnya seperti orang yang hilang akal.

"Apa nak jadi dengan kau ni Ara?! Kau masuk! Masuk sekarang!" Lengan Ara dicengkam lalu ditolak masuk ke dalam rumah.

"Sakitlah mak." Gomel Ara apabila lengannya dicengkam kasar oleh ibunya.

"Kau masuk bilik kau sekarang!" Teriak Siti Hajar.

Ara menurut sahaja kata ibunya. Langkah kaki perlahan diatur menuju ke bilik.

Atul dan Fia segera keluar dari bilik apabila terdengar suara ibu mereka yang sedang mengamuk di tengah-tengah malam.

Namun, langkah mereka terhenti sebaik sahaja berselisih dengan seorang gadis yang cukup dikenali menuju ke bilik bersebelahan dengan bilik mereka.

Atul berpaling, lengan Ara ditahan.

"Akak? Ya Allah, kenapa akak macam ni?" Terkebil-kebil mata Atul bagai tak percaya gadis seksi di hadapannya itu adalah kakaknya sendiri. Kerana dia cukup mengenali kakak sulungnya sendiri, walaupun Ara seorang yang freehair namun Ara tidak pernah sesekali berani berpakaian sedemikian apatah lagi makan pil khayal. Something's fishy!

Fia menjeling kakaknya. Sememangnya dari dahulu lagi dia tidak senang dengan kakaknya semenjak Ayu mula rapat dengab Ara. Ayu benar-benar berjaya mengubah tingkah laku Ara.

Ara yang masih pening segera menapak ke biliknya tanpa mempedulikan pertanyaan adiknya.

Pasangan kembar itu melangkah menuju ke pintu depan melihat si ibu seperti sudah tidak terkawal.

"Mak, sabar ya." Atul menghampiri ibunya lalu mengusap lembut belakang badan ibunya.

"Makcik, Ayu rasa sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk marah Ara. Kalau makcik marah-marah pun tak guna, sebab Ara masih dalam keadaan separuh sedar. Buat masa sekarang, makcik tenangkan diri dulu ya." Ayu cuba memujuk Siti Hajar.

"Apa dah jadi ni Ayu? Korang pergi mana sampai Ara pakai tak senonoh macam tu? Ara minum ke? Cakaplah Ayu." Rayu Siti Hajar agar Ayu mahu menjelaskan perkara sebenar.

"Hm, susah Ayu nak cakap makcik. Mula-mula memang kitorang nak shopping dekat bandar, tapi tak sangka pulak lepas tu Ara bawa Ayu melencong ke tempat lain. Katanya nak jumpa kawan lama. Ayu pun serba salah la nak biarkan dia pergi sorang-sorang. Jadi Ayu pun ikut la sekali temankan dia. Last-last tak sangka pulak jadi macam ni. Oh ya, sekejap ya makcik." Sambil rancak mereka cerita yang tidak betul, Ayu baru teringat bahawa dia ada kejutan besar untuk Siti Hajar. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg lalu menunjukkan gambar-gambar Ara dan Shazwan kepada Siti Hajar.

Bagai mahu luruh jantung seorang ibu tatkala melihat anak kandung sendiri diperlakukan sebegitu murah sekali.

Siti Hajar hampir rebah namun pantas disambut oleh kedua-dua anak kembarnya di sisinya.

Kalau nak diikutkan amarahnya, sekarang juga dia mahu mencekik anak bertuah itu.

"Ayu dah kata Ayu tak nak ikut, tapi dia paksa Ayu jugak makcik. Dia ada pesan dekat Ayu supaya jangan beritahu makcik pasal ni, tapi Ayu serba salah. Ayu rasa makcik berhak tahu. Apa yang Ara buat ni terang-terang salah. Maafkan Ayu makcik sebab tak jaga dia baik-baik." Ujar Ayu. Hebat sungguh dia mengatur ayat menjelaskan kepada Siti Hajar kononnya dialah mangsa keadaan.

"Ya Allah. Siapa yang ajar kau buat semua ni Ara?" Rintih Siti Hajar. Berlinang-linang air matanya mengenang perbuatan anaknya. Selama ini dia sentiasa memastikan ketiga-tiga anaknya itu tidak akan terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti anak-anak muda yang lain. Tidak menyangka sejauh ini Ara sanggup menyakitinya gara-gara tidak dapat hidup bersama ayahnya.

"Makcik, sabar ya. Makcik bawa bertenang. Mungkin Ara jadi macam tu sebab dia tertekan makcik." Ayu cuba memungkinkan.

"Mak, istighfar mak. Sabar. Bawa bertenang dulu. Jom kita masuk mak, dah lewat ni. Kak Ayu, baliklah dulu. Mesti pakcik Bahar pun risau kak Ayu tak balik-balik lagi." Perlahan-lahan Atul pimpin ibunya yang sudah tidak berdaya itu masuk ke dalam rumah.

Apabila Ayu baru sahaja selangkah dua ingin pergi, namun pantas Fia menarik kasar tangannya.

"Hei apa ni? Sakit tau tak?!" Marah Ayu apabila tangannya ditarik mengejut.

"Kau dengar sini. Kau boleh tipu mak aku, kau boleh tipu semua orang, tapi kau tak boleh perdaya aku macam mana kau perdaya kakak aku. Satu hari nanti, aku akan pastikan fitnah yang kau tabur pada kakak aku akan berpaling pada kau semula." Gertak Fia. Dia tahu Ayu sedang melaga-lagakan keluarganya. Meskipun dia tidak terlalu rapat dengan Ayu seperti kakaknya, namun dia cukup faham muslihat gadis licik seperti Ayu. Dia sendiri tidak faham mengapa kakaknya begitu buta untuk membezakan yang mana kawan atau lawan.

Ayu terdiam seketika. Terkelu lidahnya mendengar ugutan gadis yang muda setahun darinya. Dalam diam Fia itu rupa-rupanya berbisa.

Ayu cuba melepaskan pegangan Fia, namun kudratnya tidak sekuat Fia.

"Sayang, muka dah elok tapi hati busuk mengalahkan bangkai." Perli Fia, sengaja ingin menyakitkan hati Ayu. Pegangan pada tangan Ayu dilepaskan.

Ayu segera berpaling dan pergi dari situ secepat mungkin. Dirinya berasa tercabar berdepan dengan Fia.

"Lagak suci." Desus Fia.

***

"Urghhhhhhhhh."

Ara menggeliat. Dalam keadaan mata yang masih terpejam, tangannya ligat mencari selimut apabila mendapati tubuhnya tidak ditutup dengan selimut. Terasa suhu pada pagi itu terlalu sejuk. Hairan, selalunya tidaklah terlalu sejuk hingga menusuk ke tulang-belulang. Sedang tangannya ralit meraba-raba mencari selimut, tangannya terlebih dahulu menyentuh pahanya yang terdedah.

Matanya pantas terbuka. Automatik dia duduk tegak melihat dirinya masih mengenakan dress yang dibeli oleh Ayu untuknya semalam. Tangannya memicit-micit kepalanya yang masih pening. Tiba-tiba dia terfikir, bagaimana dia boleh pulang ke rumah dengan berpakaian sebegini? Ibunya tidak tahu kah?

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 a.m. Ara bangun untuk membersihkan diri.

"Arghhh." Ara mengerang kesakitan sambil memicit-micit kepalanya. Belum sempat menapak ke bilik mandi, dia seakan-akan teringat sesuatu.

Mulutnya terlopong apabila teringat kejadian semalam.

Meskipun tidak mengingati kesemuanya, namun dia cukup ingat amukan ibunya malam tadi.

"Ya Allah, mati aku." Bisik Ara.

Kedengaran pintu biliknya dikuak dari luar, walaupun tidak tahu siapa, namun firasatnya kuat mengatakan yang membuka pintu itu adalah ibunya. Cepat-cepat Ara masuk ke dalam bilik mandi lalu menutup pintu kononnya untuk mandi. Takut jika amukan ibunya kembali lagi jika mengetahui dia masih berpakaian sebegitu.

"Hei Ara. Buka! Buka pintu ni sekarang!" Siti Hajar yang baru sahaja menyelesaikan semua rutin paginya meluru masuk ke bilik Ara lalu mengetuk kasar pintu bilik mandi tersebut. Bukannya dia tidak perasan kelibat anaknya yang kelam-kabut masuk ke dalam bilik mandi tadi.

"Errr Ara tengah mandi ni. Ada apa mak? Janganlah ketuk pintu macam nak roboh." Dalam kekalutan, Ara sempat menjawab. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia lari dari rumah sekarang juga. Seram ingin berhadapan dengan ibunya.

"Mak tak peduli. Mak nak kau buka pintu ni sekarang." Jawapan Siti Hajar benar-benar membuatnya tercekik darah.

"Buka pintu? Dengan pakai macam ni?" Ara bermonolog sendirian.

"Eh tak boleh, tak boleh. Kalau dia nampak, naya aku. Hmmmm." Ara mengusap dagunya sambil memikirkan sesuatu.

"Haaaa! Tuala!" Nasib baik dia sempat membawa tuala bersamanya sekali ke dalam bilik mandi. Lalu tuala tersebut dililit pada tubuhnya bagi menutupi dress yang dipakainya.

Dengan rasa gementar, pintu bilik mandi dibuka perlahan-lahan. Namun dibukanya separuh sahaja, menampakkan hanya sebahagian tubuhnya yang kelihatan.

Siti Hajar memandang tubuh anaknya. Pintu bilik mandi ditolak menyebabkan Ara mengundur sedikit ke belakang. Lalu, tuala yang dililit pada tubuh genit Ara itu direntap dengan kasar, sampai terkejut Ara dibuatnya.

"Mana kau dapat duit beli baju ni?" Soal Siti Hajar sambil menunjuk dress yang tersarung pada tubuh Ara. Nampaknya idea untuk menutup pakaian tersebut dengan tuala langsung tidak membantu.

"Ayu yang kasi. Dia belanja." Ara menunduk.

"Kau jangan nak tipu mak. Mak dah tahu semua."

"Tipu apa? Ara tak tipu, kalau mak suruh Ara bersumpah, Ara berani buat." Ara segera menghampiri ibunya lalu mengangkat tangan kanannya seakan-akan bersumpah.

"Oh tak tipu? Habis tu semalam kau mabuk, rupa dah macam orang tak betul, itu kau cakap tak tipu? Takkan air setan tu boleh masuk sendiri dalam mulut kau? Kau memang sengaja nak suruh mak mati cepat kan?" Suara Siti Hajar sudah melengking tinggi. Kesabarannya benar-benar sudah tipis!

Ara menekan perutnya yang terasa pedih. Tekaknya terasa loya semacam. Tanpa mempedulikan ibunya yang berdiri di hadapannya, laju sahaja kakinya melangkah ke bilik mandi, memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas kemudian membasuh mukanya di sinki.

Ara melangkah lemah keluar dari bilik mandi. Lehernya diurut perlahan kerana tekaknya masih terasa kelat setelah muntah sebentar tadi.

Menyirap darah Siti Hajar apabila menyaksikan anaknya muntah-muntah di depan mata dan kepalanya sendiri. Tercegil matanya kerana fikirannya mula terfikir yang bukan-bukan. Tanpa cuba bertanya kepada Ara terlebih dahulu, Siti Hajar terus bertindak. Almari pakaian dibuka, hanger dicapai.

"Anak tak guna! Kau rosakkan diri kau sendiri! Sanggup kau gadai maruah demi lelaki? Kau langsung tak sayang mak kan?" Rambut Ara ditarik sebelum tubuhnya ditolak hingga jatuh tersungkur ke lantai rumah. Badan belakang Ara dipukul berkali-kali dengan hanger. Kelakuan Siti Hajar sudah seperti orang yang tidak waras.

"Mak, sakit mak!" Ara meraung kesakitan.

"Selama ni aku sabar dengan kau. Aku yang lahirkan kau, aku besarkan kau, aku jaga kau, aku didik kau. Kau cakap dengan aku, apa lagi yang aku lupa ajar kau? Apa lagi yang tak cukup?! Sampai hati kau buat aku macam ni Ara! Aku jaga kau baik-baik, banyak kali dah aku pesan jaga maruah keluarga. Kau tengok apa kau dah buat sekarang!" Berkali-kali wajah Ara ditampar. Siti Hajar benar-benar sudah hilang sabar dengan anaknya. Tidak menyangka setegak itu Ara menconteng arang ke muka ibunya sendiri.

Ara terus memeluk kaki ibunya, merayu-rayu sambil meraung kesakitan.

"Sumpah mak! Ara tak buat. Ara tak pernah izinkan mana-mana lelaki rosakkan Ara. Ni semua salah faham. Ara tak mengandung, Ara cuma mual. Sumpah mak! Kalau mak suruh Ara junjung Quran pun Ara sanggup. Maafkan Ara mak. Maafkan Ara." Ara cuba menjelaskan situasi sebenar.

Fia muncul di muka pintu kerana terdengar pekikan suara ibunya.

"Ya Allah, mak! Apa mak buat ni?" Tanpa berlengah, Fia terus menghalang ibunya dari terus memukul kakaknya. Hanger di tangan ibunya diambil.

Kemudian Atul pula munculkan diri.

Atul segera merapati kakaknya yang masih memeluk kaki ibunya. Perlahan-lahan dia membantu Ara untuk bangkit lalu memapahnya duduk di hujung katil.

Gugur air matanya tatkala melihat luka-luka kecil serta calar-balar yang berbekas di tubuh kakaknya.

"Kau dengar sini, mulai hari ni mak haramkan kau keluar dari rumah selama sebulan. Kalau kau masih lagi nak jadi anak mak, kau dengar cakap mak. Sekali lagi kau buat onar, mak takkan teragak-agak buang kau dari rumah ni." Arah Siti Hajar dengan tegas sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

***

Ugutan ibunya masih lagi terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya sehingga dia benar-benar berwaspada agar tidak mengulangi kesalahan yang sama itu lagi. Pernah berkali-kali dia bertanya kepada Ayu perihal kejadian itu, namun Ayu memberitahunya bahawa Ayu turut menjadi mangsa keadaan seperti dirinya sendiri. Kebohongan Ayu itu dipercaya bulat-bulat. Hingga kini, dia masih lagi tertanya siapakah dalang di sebalik kejadian malam itu.

Bersambung...

Wednesday, 3 August 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 3)

Ara bingkas bangun lalu membetulkan posisi kedudukannya sambil mengadap ibunya. Seakan mengerti renungan ibunya, Ara mula bersuara menjelaskan insiden tersebut.

"Errr.. Ara minta maaf. Tadi.. Tadi masa tengah berjual, tiba-tiba ada kereta langgar Ara." Ara mula bersuara. Cuba mengumpul kekuatan untuk menjelaskan situasi sebenar.

"Nasi lemak mak, habis semua jatuh. Errr tapi mak jangan la risau, orang yang langgar tu dah bayar ganti rugi. Nah, dia siap bayar lebih lagi." Ara mengeluarkan RM300 dari poket seluarnya dan menghulur duit tersebut kepada ibunya.

"Ya Allah..." Siti Hajar memicit-micit kepalanya, terkejut bercampur geram mendengar penjelasan Ara sebentar tadi.

Ara sudah mulai menunduk. Dia tahu dia sudah mengecewakan ibunya. Selama dia membantu ibunya menjual nasi lemak, mana pernah kejadian sebegini berlaku.

"Macam mana kau bawa basikal tu Ara? Habis nasi lemak mak." Siti Hajar mendekati Ara yang sedang duduk bersila di atas katil. Nampaknya mengharapkan bantuan Ara untuk mencari rezeki bukanlah satu idea yang bernas. Bahkan makin jaharu jadinya.

"Kau ni Ara. Penat mak masak. Mak bangun pukul 2 pagi tau tak, semata-mata nak siapkan semua tu. Nak harapkan kau bangun awal tolong sekali, haram! Bangun subuh pun liat. Ingatkan minta tolong kau, bolehlah ringan sikit beban mak. Tak boleh harap. Bulan ni jangan harap nak dapat duit belanja." Duit di tangan Ara diambilnya lalu berpaling melangkah keluar dari bilik tersebut.

Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Ara semula.

"Ara, mak tahu bukan senang hidup tanpa ayah. Mak tahu kau tak rapat dengan mak macam mana kau rapat dengan ayah dulu. Tapi jangan sebab kau terpisah dari ayah, kau buat perangai macam ni." Siti Hajar sedar bahawa Ara telah banyak berubah semenjak penceraiannya dengan Ubaidillah, bekas suaminya. Ara semakin kuat memberontak dan mula keluar dengan kawan-kawan lelaki. Bila ditanya hendak ke mana, hendak ke perpustakaan jawabnya. Konon untuk study group, walhal nak berdating.

Ara tak pernah gagal dalam membohongi ibunya dengan sandiwaranya. Dan yang lebih menyedihkan, Ara semakin liar sejak berkawan dengan si kaki sosial, Ayu. Jika dahulu, sebelum ibu dan ayahnya bercerai, Ara rajin mengenakan tudung setiap kali ingin keluar ke mana-mana. Setiap malam jumaat, pasti dia dan adik-adiknya ikut menemani ayahnya ke surau. Sebaik sahaja pulang dari sekolah, pada sebelah petang, dia akan siapkan kerja sekolahnya secepat yang mungkin kemudian meluangkan waktu yang selebihnya bersama keluarga.

Namun kini, semuanya sudah berubah. Imejnya jauh berbeza sama sekali. Waktu lapangnya lebih banyak dihabiskan bersama Ayu dan teman-temannya yang lain. Ini semua kerana sering dipengaruhi oleh si Ayu, anak tunggal Bahar yang sering bersosial dan bergaul dengan budak-budak 'nakal' di kampung tersebut.

Ara diam. Kata-kata ibunya tidak pula disangkalnya. Lazimnya, setiap kali Siti Hajar menegurnya, ada sahaja akalnya ligat mencari 'bahan' untuk menjawab. Mak borek, anak rintik. Namun, kali ini Ara memilih untuk diam. Sebaik sahaja si ibu menapak keluar dari bilik, tanpa sedar manik-manik jernih mula gugur membasahi pipi.

"Ayah..." Rintih Ara.

Hatinya terus rindu sebaik sahaja ibunya mengungkit kembali perihal ayahnya. Anak mana yang tidak rindu setelah bertahun-tahun berpisah dari ayah kandung sendiri.

3 tahun. Ya, 3 tahun itu sudah cukup menjadi saksi penderitaannya menanggung rindu yang tidak bertepi. Air matalah peneman setianya setiap malam. Sungguh, dia perlukan ayahnya. Dia benar-benar rindukan kasih seorang ayah. Rindukan keluarganya yang dahulu.

Beratnya hati hanya Allah yang tahu saat perkataan 'cerai' terlafaz di bibir ayahnya gara-gara salah faham antara dua pihak. Saat itu, bermulalah penderitaannya hidup dalam keluarga yang bercerai-berai.

Terlalu banyak peristiwa besar yang terjadi dalam hidupnya sejak berpisah dari si ayah. Namun, paling tidak dapat dilupakan adalah malam yang hampir-hampir 'meragut' kesucian dirinya.

Dua tahun yang lalu, Ara pernah dipukul teruk serta dikenakan perintah berkurung selama sebulan kerana terkantoi sedang 'berseronok' di sebuah pub bersama seorang lelaki yang bernama Shazwan. Semuanya helah si Ayu, yang kononnya mempelawa Ara untuk membeli-belah di bandar, rupa-rupanya di tempat 'maksiat' itulah 'dicampak'nya Ara.

***

Malam itu, Ayu berkomplot dengan Shazwan, bekas pelajar SMK Seri Muara merangkap bekas teman sekelas Ara. Seorang pelajar yang bermasalah. Berhenti sekolah seawal usia 14 tahun kerana minat untuk belajar sudah tiada lagi. Shazwan yang sekian lama menaruh hati pada Ara semakin tercabar sifat kelelakiannya apabila Ara langsung tidak pernah membalas cintanya, malah menghinanya di depan semua pelajar kelas 3 Cempaka. Oleh kerana kenangan 'pahit' yang telah memberikan tamparan besar dalam hidupnya itulah yang mendorongnya untuk bersubahat dengan Ayu, merancang sebuah rancangan untuk menjatuhkan Ara dengan menggunakan taktik keji.

Disebabkan sikap Ara yang mudah percayakan orang itulah yang membuatkan rancangan Ayu dan Shazwan berjalan dengan lancar.

Pil khayal diletakkan ke dalam minuman tanpa pengetahuannya. Tanpa mengetahui keadaan sebenar, Ara meneguk Coke tersebut berkali-kali tanpa rasa was-was. Kepalanya mula terasa pening. Terasa tubuhnya seakan-akan melayang. Ayu yang duduk bersebelahan dengannya dalam diam mengambil gambarnya yang sedang 'nikmat' dalam dunianya sendiri. Gambar-gambar itu boleh digunakan sebagai satu 'kelebihan' untuknya satu hari kelak, pada saat yang benar-benar diperlukannya.

Shazwan yang tiba beberapa minit kemudian terus duduk di sisi Ara. Melihatkan Ara yang sedang 'khayal' lengkap dengan pemakaian yang agak 'seksa' itu membuatkan Shazwan terasa 'sesak'. Kerakusan nafsunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tanpa disuruh, Ara sendiri yang melentokkan kepalanya di atas bahu Shazwan disebabkan penangan pil tersebut. Ayu pula tidak ketinggalan untuk merakam babak terlebih 'sweet' itu.

Telefon bimbit Ayu berdering, tertera nama 'Mak Cik Hajar' pada skrin telefonnya.

Ayu panik. Pada mulanya, panggilan itu tidak mahu diangkat.

Namun, entah bagaimana, tiba-tiba sahaja otaknya terfikir akan satu idea yang sangat brilian. Sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini.

Panggilan Siti Hajar terus dijawabnya tanpa ragu-ragu.

"Hello?"

'Hello, Ayu ke ni?"

"Ya, Ayu ni. Makcik, nasib baik makcik call. Ayu dah tak tau nak buat apa ni makcik. Ara, mak cik." Lirih Ayu. Suaranya juga mula berubah menjadi sayu dan resah.

"Ara? Kenapa dengan Ara? Makcik baru nak tanya pasal dia ni. Tu apa bising-bising tu? Korang kat mana ni?" Tanya Siti Hajar yang mulai bimbang. Memandangkan Ara belum mempunyai telefon bimbit sendiri, maka Ayulah orang pertama yang akan dicarinya jika mereka lambat balik ke rumah.

"Nanti Ayu cerita makcik. Kejap lagi Ayu bawa Ara balik." Jawab Ayu diselit dengan esakan tangisnya. Sengaja dibuatnya begitu bagi membuatkan lakonannya lebih menjadi dan dramatik.

"Bawa? Apa maksud Ayu? Ara buat apa dekat Ayu? Ayu okey ke ni? Kenapa suara macam menangis ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Ayu.

"Nanti Ayu cerita ya makcik. Ayu letak dulu. Assalamualaikum." Button 'end call' ditekan.

Ayu senyum.

"Huhh! Menjadi jugak lakonan aku. Ada bakat terpendam rupanya aku ni." Ayu memuji dirinya sendiri sambil ketawa kecil.

"Siapa?" Tanya Shazwan.

Ayu menoleh ke arah Shazwan yang sedang hangat bermadu kasih dengan gadis kesayangan.

"Bakal mak mentua kau." Sindir Ayu. Ara yang berada dalam pelukan Shazwan dijelingnya sekilas.

"Kitorang kena balik. Mak perempuan ni dah bising." Sambung Ayu sambil mengerling sekilas ke arah Ara.

"Alaaaa, baru pukul 11. Takkan nak blah? Rileks la dulu." Shazwan cuba memujuk.

"Tak boleh la Wan, aku ada plan lagi dahsyat ni. Lagipun aku dah janji dengan mak dia tadi untuk bawa dia balik sekarang jugak." Balas Ayu.

"Eh mana boleh macam ni, aku tak puas lagi. Aku belum dapat apa yang aku 'nak' lagi. Mana boleh blah macam tu je." Shazwan mendengus kasar.

"Alaa kau ni pun. Tak sabar-sabar! Nanti-nantilah aku bawa dia ke sini lagi. Kau boleh tak ikut je apa aku cakap? Dah dah, tepi." Ayu mengalih lengan Shazwan yang berpaut pada bahu Ara.

Ayu menelefon servis prebet sapu untuk menghantar mereka pulang ke rumah. Tubuh Ara digendong di belakang badannya. Slingbag Ara dicapainya. Tubuh Ara yang lemah longlai itu menjadikan tubuh Ara sedikit berat, membuatkan Ayu semakin membongkok. Dengan langkah yang kurang stabil, Ayu gagahkan jua kakinya untuk melangkah keluar dari pub tersebut.

Setibanya di rumah Ara, Ayu lantas mengubah mimik mukanya agar kelihatan sedih. Eye-Mo dititiskan ke matanya. Dia kembali meneruskan aktingnya.

"Ara, bangun. Kita dah sampai ni." Pipi Ara ditampar lembut. Ayu cuba menyedarkan Ara yang terlelap sepanjang perjalanan pulang tadi.

Ara perlahan membuka matanya. Ara mengerutkan dahi sambil memicit-micit kepalanya yang terasa pening. Segala yang dilihatnya samar-samar. Dirinya masih berada dalam keadaan separuh sedar memandangkan penangan pil khayal itu masih menguasai dirinya.

"Jom lah, keluar cepat." Ayu menarik lengan Ara untuk keluar dari kereta kancil itu.

"Nah pakcik. Terima kasih ya." Ayu membayar tambang kepada pakcik tersebut, lalu mengheret Ara keluar dari kereta tersebut.

Lengan kiri Ara dipaut pada bahunya. Perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke pintu rumah.

"Assalamualaikum. Makcik! Makcik!" Ayu memberi salam.

Pintu dikuak dari dalam.

"Waalaikumussalam. Ya Allah! Ara!!!"

Bersambung...

Saturday, 30 July 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 2)

"Auuuuu!" Ara menahan sakit apabila kaki kirinya dihempap basikal.

Sosok seorang gadis keluar dari kereta mewah tersebut dalam keadaan panik, segera menghampiri Ara yang sudah rebah di atas jalan yang berbatu dan berlopak-lopak. Sosok seorang lelaki yang agak berusia juga keluar dari kereta tersebut.

"Awak tak apa-apa? Saya minta maaf, kami betul-betul tak sengaja." Gadis bertudung labuh itu pantas meminta maaf dengan nada yang agak risau. Basikal yang menghempap Ara dialihnya segera.

Ara menjeling sekilas gadis tersebut tanpa menghiraukan pertanyaan yang diajukan kepadanya sebentar tadi. Fikirannya menerawang seketika.

"Eh! Nasik lemak aku!" Ara yang sedari tadi berdiam diri mula bersuara apabila teringatkan 'amanah' ibunya. Menyedari bungkusan nasi lemak ibunya bertaburan di atas jalan raya, dia segera bangun dan kutip satu per satu bungkusan tersebut ke dalam bakul. Nasi yang berterabur di atas jalan raya itu dikaupnya dengan tangan tanpa mempedulikan dua manusia asing yang asyik memerhati setiap tingkahnya.

"Saya tolong ya." Gadis manis itu tunduk dan turut mengutip bungkusan nasi lemak tersebut.

"Saya minta maaf banyak-banyak. Semua ni takkan berlaku kalau saya tak cuai tadi. Awak jangan risau, saya akan bayar ganti rugi untuk semua ni." Jelas si gadis tersebut, menyedari dirinya memang bersalah kerana mengajak pemandu keretanya berborak sekali dengannya ketika memandu.

"Tak payah." Balas Ara dengan ringkas sambil menjeling gadis itu.

Baginya, orang kaya semuanya sama sahaja. Buat salah sikit, pasti duit yang ditawarkan untuk menutupi kesalahan sendiri.

"Saya Wardatul Aisya. Panggil Aisya je. Haa yang tu driver ayah saya, Pak Mat." Aisya kelihatan mesra memperkenalkan dirinya dan pemandunya yang masih terpacak berdiri di hadapan kereta itu sambil memerhatikan mereka berdua. Aisya menghulurkan tangannya kepada Ara untuk bersalaman sebagai tanda perkenalan. Sayangnya, salam itu tidak dibalas. Malah, disambut dengan jelingan dingin Ara.

"Emm, Pak Mat, tolong ambil bakul ni." Aisya mengambil bakul yang berisi dengan bungkusan nasi lemak tersebut dari pegangan Ara. Lantas dia menyerahkan bakul itu kepada Pak Mat.

"Eh! Apa awak buat ni?" Tanya Ara dengan nada suara yang mulai meninggi.

Aisya menuju ke kereta untuk mengambil dompet. Kemudian, kembali semula menuju ke arah Ara. Enam keping not RM50 dikeluarkan dari dompetnya, lalu dihulurkan kepada Ara.

Ara memandang wajah Aisya yang manis itu dengan pandangan bengis. Sekali lagi dia menghadiahkan jelingan sinis buat Aisya. Dia benar-benar tidak suka orang berpura-pura baik dengannya. Baginya, duit yang dihulurkan oleh Aisya itu seolah-olah memerli kedaifan hidupnya.

"Saya tak perlu duit ni. Bagi balik bakul tu." Ara menolak huluran duit Aisya tersebut lalu merenung Pak Mat dengan tajam memandangkan bakul itu berada dalam genggaman Pak Mat.

Berderau darah Pak Mat apabila melihat air muka Ara terus berubah. Dari wajah seorang gadis yang mulus, polos dan comel bertukar menjadi seorang gadis yang menggerunkan. Dengan mata bulatnya yang tercegil, siapa tidak cuak.

Pak Mat segera memandang Aisya, seakan mahu meminta izin untuk menyerahkan kembali bakul itu kepada Ara.

Aisya seakan mengerti dengan pandangan Pak Mat, lalu menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Nah, RM300 ni termasuk harga bakul tu jugak. Bakul tu pun saya beli ya. Anggap saya pelanggan awak hari ni. Saya tahu mungkin cara saya agak kurang sopan. Saya sedar wang bukan segala-galanya bagi awak, tapi tolong beri peluang untuk saya tebus salah saya. Saya pun tak nak lepaskan peluang untuk rebut pahala buat baik, walaupun saya sedar saya bukan orang baik." Luah Aisya, sambil tangannya memegang tangan Ara lalu meletakkan duit tersebut ke dalam genggaman Ara.

Ara diam. Ternyata tanggapannya terhadap Aisya meleset jauh sama sekali. Aisya tidaklah seteruk yang disangkanya. Dari setiap butir bicara Aisya, dia langsung tidak menemukan sebarang kata yang kesat walau sepatah kata cuma. Lenggok bahasa dan nada suaranya juga lembut. Dari penampilannya sahaja, terserlah ciri-ciri muslimah pada dirinya. Berbeza dengan orang kaya-kaya yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Kali ini, duit yang diserahkan oleh Aisya tadi tidak pula ditolaknya. Hanya mengiyakan sahaja setiap perbuatan Aisya itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dengan dirinya, bagaikan terkedu lidahnya untuk berkata-kata setelah mendengar ayat terakhir dari ucapan Aisya sebentar tadi.

"Saya pun tak nak lepaskan peluang untuk rebut pahala buat baik, walaupun saya sedar saya bukan orang baik."

Simple namun maknanya cukup mendalam.

***

Tiba sahaja di rumah, Ara terus menapak ke bilik kerana tidak mahu terserempak dengan ibunya. Kusut fikirannya memikirkan alasan apa yang mahu diberi jika ibunya tahu akan insiden tersebut. Mujur ketika dia sampai di rumah, ibunya sedang menjemur pakaian di halaman belakang. Semua yang terjadi itu juga salahnya sendiri, terlalu asyik melayan dunianya.

Jam dinding dipandangnya. Baru pukul 7.20 a.m.

"Ahhhh, kalau tidur waktu ni mesti nikmat giler." Getus Ara sambil menepuk-nepuk bantal kepalanya lalu berbaring di atas katil kesayangannya yang tidak berapa empuk.

Baru beberapa minit melelapkan mata, matanya terbuka sedikit apabila menyedari pintu biliknya dikuak kasar.

Siti Hajar sedang berdiri sambil mencekak pinggang di daun pintu, hairan kerana anaknya pulang begitu awal. Yang lebih menghairankannya, Ara pulang dengan tangan kosong.

Bersambung...

Saturday, 23 July 2016

WYBMH Teaser #6

"Architect knows something about everything. But engineer knows everything about something." Ujar Wahyun sambil tersenyum nakal.

Ara seperti biasa dengan sikapnya yang agak lambat nak pick up.

Berkerut dahinya memikirkan ayat yang ditutur oleh Wahyun sebentar tadi.

"Still don't get it?" Perli Wahyun.

Ara memandangnya dengan pandangan bingung. Wajahnya kosong.

"Errrr..." Ara seolah-olah cuba mengungkap sesuatu.

Wahyun ketawa kecil melihat gelagat Ara yang bingung tidak semena.

"Awak mungkin tahu sesuatu tentang diri saya. Tapi saya tahu semua tentang diri awak." Wahyun cuba menterjemah kepada Ara.

"Oh ya, lupa. Sebenarnya AR merujuk kepada awak, dan IR pulak merujuk kepada saya. Balik rumah nanti make sure hadam sebaik mungkin ya." Sambung Wahyun. Senyum sambil menggenyit matanya terhadap Ara. Kemudian berlalu pergi meninggalkan Ara yang masih cuba memahami maksud di sebalik kata-katanya.

p/s : dalam diam nakal rupanya Wahyun ni.

Nantikan bab 2 ya :)

Monday, 11 July 2016

Sahabat 'syurga'

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jujur, tatkala jari jemari ini ralit menaip huruf demi huruf, perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, gugurnya 'mutiara berharga' ini. Gugur dan gugur.

Dan akhirnya, semakin deras mengalir. Payah ingin menepis rasa sebak ini, ya Rabb.

Jujur,
Sewaktu mula melangkah ke dunia penghijrahan,

Hati sering dihambat pilu,
Jiwa sering diundang kegusaran,
Minda pula sering diterjah berjuta persoalan.

Salah satunya,
"Ya Allah, jika aku mengambil langkah untuk berubah menjadi lebih baik, akan adakah insan terbaik yang akan menjadi sahabatku?"

Bukan hendak menyoal takdirMu ya Allah.
Bukan juga hendak meragui aturanMu.

Namun, telah aku saksikan bermacam insan yang memilih 'jalan' ini kerapkali tersungkur. Jatuh. Rebah. Lemah tak bermaya.

Dan yang paling sedih, bila ramai teman-teman akrab mulai menjauh. Lesap entah ke mana.

Yang lebih tragis, sampai ada golongan manusia yang tidak sudi mengaku sahabat.

AllahuRabbi.

Aku tidak ingin melalui keperitan itu ya Rabb.

Justeru itu, aku kerap merasa bahawa aku tidak mampu dan takkan mampu untuk tempuh fasa 'pembentukan baru' diri sendiri.

Aku belum cukup kuat.

Aku tahu aku mampu kuat hanya denganMu ya Rabb.
Aku tak perlukan orang lain untuk menjadi kuat. Kerana hanya Kau yang menguatkan aku. Ya, hanya Engkau.

Namun, ada satu hal yang aku lupa. Aku tidak sedar bahawa setiap saluran kekuatan itu berbeza, dengan cara yang berbeza. Tersangatlah berbagai.

Dan akhirnya, dengan izinMu ya Rabb, aku jumpa 'saluran' yang aku perlukan itu.

Rupa-rupanya Engkau menyalurkan kekuatan itu melalui sahabat-sahabatku.

Seorang sahabat 'syurga' yang sukar dijumpa.

Namun, aku boleh dikatakan cukup bertuah kerana memiliki sahabat 'syurga' itu, ya Rahman.

"Barangsiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan." -Imam As-Syafie.

Terima kasih sangat-sangat kerana mengizinkan dia menjadi salah seorang dari senarai orang yang terpenting dalam hidup ini.

Tbh, she's one in a million.

Orang lain mungkin tak nampak keistimewaan dia, tapi saya nampak. Dia mempunyai kelebihan yang orang lain takda, and that's what makes her really special.

Luqman Al-Hakim pernah berpesan pada anaknya, "jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu, maka jauhilah dia."

And yes, so far alhamdulillah, dia tak pernah marah, mengeluh, bermasam muka, apatah lagi meninggi suara walau hakikatnya saya lagi muda 2 bulan dari dia.

Terima kasih Allah, meminjamkan dia sebagai sahabat.

Terima kasih ina, menjadi sahabat terbaik untuk seorang perempuan yang sangat complicated ni.

Betullah kata kakak naqibah, kalau nak dapat orang yang baik-baik, kita kena jadi baik terlebih dahulu.

Dan semoga dengan jalan hijrah ini bisa menguatkan lagi tautan dua hati dengan tali persahabatan dan persaudaraan.

Bagi saya, awak bukan setakat sahabat. Awak dah macam kakak saya sendiri. Dengan penuh kematangan diri, awak sentiasa tenang melayan celoteh saya yang annoying ni. Saya sendiri tak faham macam mana awak boleh setenang itu apabila berhadapan dengan orang yang banyak kerenah ni. Tak pernah sekalipun tunjuk perasaan tak puas hati pada saya. Kadang, bila saya mula diamkan diri, awak la yang paling risau kalau-kalau saya marahkan awak. Sebab awak paling takut bila saya mula diam tanpa sepatah kata, sebab diam saya selalunya diam berbisa. Padahal sikit pun saya tak pernah marah awak. Huhu. Suka tengok awak gelabah sebenarnya.

Sebab tu saya sayang awak sangat-sangat :')

Hamdan wa syukran lillah!

Hadiah lebaran :')

Thankyou thankyou thankyou thankyou thankyou!

Seharian suntuk spend time together.

Jujur, tak pernah 'dating' lama sangat macam ni dengan sesiapapun.

Terima kasih ina,

Teman pergi beraya.
Teman solat.
Teman tengok wayang.
Teman jalan-jalan.
Teman ke kedai buku.

Paling sebak, bila awak hadiahkan buku yang sekian lama saya aim. Macam tahu-tahu saya suka collect buku.
Lagi-lagi buku ni berada dalam wishlist saya. 

Allah..

Suka betul buat orang touching.

Dan yang buat saya makin terharu, awak kata ni la first time awak hadiahkan buku pada sahabat awak.

Tak tau nak cakap apa.
Rasa syukur sebab jadi orang pertama.

'Maryam Anak Syurga'.

Macam tak percaya buku ni dah berada dalam genggaman. Tak sabar nak baca :')

Syukran alaik sygku.
Nanti turn saya pulak hadiahkan awak something ya. 25/7 nanti awak dah 'tua' kan hehe.

If I have ever wronged you in any way, please forgive me straight away.

For the sake of Allah, I care for you.
And I pray you feel the same way too.

My du'a for you is simple.

May Allah shower you with rahmat.
May He bless you with every breath you take.
May He take away every grief and sorrow.
May He reward your hardship with blessings and ease.
And, i pray, that in the hereafter, in heaven we meet. InshaaAllah.

Allahumma aamiin.

Rabbuna yusahhil.

Tuesday, 5 July 2016

Wish we never met.

Ada beberapa perkara yang aku boleh buat untuk jadikan kau milik aku.
Buat kau hargai kewujudan aku.

Tapiiiiiiiiii

Aku tahu aku takkan mampu. Dan takkan punya keupayaan itu.

Kerana yang aku miliki cuma doa.
Dan doa itu adalah sumber kekuatanku.

Aku akui diriku lemah.
Dan dengan kelemahan ini, aku perjuangkan kau dalam setiap doa.

Aku pinta jodoh yang terbaik.
Dengan harapan, jodoh yang terbaik itu engkau.

Namun, andai telah ditetapkan kau bukan yang terbaik untukku,
Maka aku harap kau adalah yang terbaik buat sang bidadari yang lebih baik untukmu.

Sungguh, Dia lebih tahu yang terbaik.

p/s : Kepada Allah jualah tempat untuk aku mengadu dan bergantung harap. Kerana hanya Dia Maha Kuasa dalam membolak-balik hati setiap hamba.

Saturday, 2 July 2016

Hanifah Farzana

"Hani, tengok sini. Senyum sikit."

Click!

Saved!

"Cikgu buat apa?"

"Ambil gambar syg."

"Kenapa?"

"Nanti bila cikgu rindu, boleh 'tengok' Hani tiap-tiap hari."

"Kan dekat sekolah boleh tengok Hani tiap hari."

Allahurabbi...

Hani syg, kalaulah hani tahu bahawa 'hari' itu merupakan hari terakhir cikgu boleh tengok hani depan mata. Cikgu terpaksa tinggalkan kerjaya guru demi masa depan cikgu. Cikgu minta maaf sebab pergi macam tu ja, takda say goodbye langsung kat hani. Cikgu tahu cara cikgu agak improper. Actually cikgu tak sampai hati syg. Berat hati cikgu nak tinggalkan wajah student kesayangan cikgu ni. Satu-satunya student perempuan yang matang, sopan, pendiam dan lemah lembut.

Pernah sekali, bila hani kena marah cikgu lain, puas cikgu lain pujuk hani tapi hani still tak berhenti menangis. Sampailah cikgu yang lain panggil cikgu untuk pujuk hani, baru hani berhenti menangis siap peluk cikgu kuat-kuat.

Masa nak balik sekolah, hani tak pernah miss salam cikgu.

Tiap kali cikgu masak kat dapur, hani selalu jenguk, tanya "bila nak habis masak?" huhu cikgu tahu hani memang tak boleh berenggang dengan cikgu. Ke mana cikgu pergi, mesti hani nak ikut.

Hani pantang nampak cikgu main phone. Ada ja hani nak mengusik cikgu. Sebenarnya hani tak suka if cikgu tak beri perhatian pada hani. Sampaikan pernah beberapa kali hani sorokkan phone cikgu. Hahaha

Dengan cikgu je hani ringan mulut untuk bersembang, bergurau, bercerita, bergelak sakan.

Bila cikgu tanya, "kenapa dengan cikgu je hani ceria?"

Hani jawab "sebab hani cuma sayang cikgu jiha."

Masa tu ya Allah, terkedu cikgu dibuatnya. Allah ja tahu betapa makin sayangnya cikgu pada hani. Sekarang umur hani dah 7 tahun, dah masuk sekolah rendah. Mesti ramai kawan kat sekolah baru kan? Allah.. Teringinnya nak jumpa hani. Cikgu tertanya-tanya, hani masih ingat cikgu jiha?

Jujur, cikgu rindu hani sangat-sangat.

Cikgu sentiasa mendoakan bekas anak-anak murid cikgu. Moga kalian berjaya dunia akhirat syg.

Moga Allah kasih.
Moga Allah redha.

Bis bald schade! :)

Salam sayang,
Cikgu Jiha :')

Wednesday, 15 June 2016

WYBMH main characters

Salam alaik.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.

Asyik baca teaser ja. Meh kita cuba kenal beberapa watak yang memainkan peranan besar dalam WYBMH.

"Saya akui awak sentiasa ada dalam hati saya. Tapi saya tak dapat nafikan dia selalu ada untuk saya." -Ara

"Still remember? The day that I told you "I hate you most"? That was the day I regret the most." -Fia

"Carilah hikmah dalam kesulitan. Carilah nikmat dalam kesakitan. Tersenyumlah, sebab awak diuji dengan ujian yang tidak dipikul oleh orang lain. It means you're really special." -Aisya

"You taught me how to be strong. But you never teach me how to live without you." -Atul

"Kau ingat dia suka kita lemah macam ni? Ingat lagi tak, dia pernah cakap yang dia paling tak suka tengok orang yang dia sayang menangis sebab dia." -Auni

"She says "nothing" but it's really a lot. She says "i'm okay" doesn't mean she's fine enough, Along." -Qatrunnada

"Kalau rindu, doalah banyak-banyak untuk kakak. InshaaAllah, Allah mesti sampaikan rindu tu untuk dia." -Naurah

"I may not be the best for you. But I hope this is the best. For us." -Hafiyy

"Simpan dia dalam hati. InshaaAllah, dia akan terus 'hidup'." -Wahyun

p/s : Saya paling suka watak Aisya. Dia seorang yang tenang dan lembut, selembut namanya. Walau dia sedar bahawa dia dan Ara berkongsi rasa kasih terhadap lelaki yang sama, tetapi itu bukan alasan untuk dia meminggirkan seorang gadis yang mula mengenal Tuhan.

Tuesday, 14 June 2016

WYBMH Teaser #5

"Whoaa! Like seriously? Ni ustazah versi apa pulak ni? Ustazah versi singa betina garang? Versi minah kekwat?" Usik Hafiyy sambil ketawa kecil apabila melihat sosok genit itu menapak keluar dari fitting room, sambil mengenakan jubah peach cerah diserikan lagi dengan shawl labuh rona putih bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna merah jambu. Tampak polos dan lembut. Sesuai sangat dengan si pemakai yang berkulit putih kemerah-merahan seperti Ara. Jujur, Ara kelihatan lembut mengenakan busana yang cerah. Busana tersebut seolah-olah berjaya menutupi sikap dingin dan kasarnya.

"Stop it Hafiyy. Okay tak?" Soal Ara sambil tangan dicekakkan di pinggang dan berpusing ala-ala model.

"SubhanAllah. Evenrything is perfect! Tapi sayang..."

Belum sempat Hafiyy menghabiskan ayat, Ara lantas memotong.

"Sayang kenapa?" Tutur Ara dalam keadaan tertanya-tanya bercampur gelabah. Bimbang jika pemakaiannya itu tidak sesuai untuk dipakai di majlis akad nikah Naurah. Maklumlah, first time pergi ke majlis pernikahan. Gabranya mengalahkan si pengantin.

"Ee janganlah panggil sayang." Hafiyy mula menyakat.

"Hafiyyyy!!!" Gumam Ara. Suaranya sedikit menekan. Silapnya juga kerana memotong percakapan orang, last-last dia sendiri yang ditempelak.

Berdekah-dekah Hafiyy gelakkan Ara yang sudah mula menunduk menahan malu. Wajah gadis polos itu juga mula kemerah-merahan.

***

p/s :  Hafiyy dan Haura actually bestfriend merangkap classmate sejak di bangku sekolah lagi.

WYBMH Teaser #4

"Sekali pun kau tak pernah anggap aku sebagai sahabat kau?"

"Nope. Dari dulu kau tak pernah layak jadi sahabat aku. Kau tu cuma penghalang kebahagiaan aku. Semua yang aku nak, kau dapat. Kau sentiasa lebih dari aku. Sampai semua lelaki yang aku suka pun cuma nampak kau sorang je. Entah apa yang bagusnya kau. Kau tak pernah pun fikir perasaan aku." Ayu melepaskan segala kebencian yang bersarang di hatinya setelah sekian lama dipendam seorang diri.

"Sikit pun kau tak pernah rasa kesian lepas apa yang kau dah buat kat aku Ayu?" Lirih Ara dengan nada yang lemah. Sungguh, dia benar-benar tidak punya kekuatan lagi untuk berhadapan dengan insan yang pernah dikasihinya seperti keluarga kandung sendiri.

"Kesian? Haha. Pasal tu, aku minta maaf sebab aku tak pernah rasa yang kau layak dapat simpati dari aku." Balas Ayu.

"Kau kejam. Kau kejam Ayu. Kau campak aku dalam lembah maksiat. Kau tahu aku lemah, tapi kau perdaya aku. Selama ni aku sanjung kau. Aku hormat pendirian hidup kau. Tapi hari ni kau dah buktikan yang kau tak layak jadi kawan aku Ayu!" Bentak Ara yang mula berjuraian dengan air mata.

Luluh hatinya setiap kali teringat perbuatan Ayu terhadapnya. Sejahil-jahil dirinya, dia tahu ada maruah yang perlu dijaga andai dia membuat silap besar. Ya, maruah orang tuanya serta harga dirinya. Dia masih waras untuk berfikir akibat yang bakal ditanggung. Maka dengan itu, dia cuba sedaya yang mungkin untuk mengelakkan dirinya dari terjatuh dalam nodaan nafsu. Namun, insan yang disangkanya "best friend forever" itu jugalah yang membawanya ke lorong hitam itu. Yang dalam diam sedang bersorak melihatnya jatuh tersungkur. Kejam!

"Hei Ara, terima je lah hakikat yang kau pun sama macam aku dulu. Huh? Kenapa susah sangat kau nak mengaku yang kau tu pun kejam, kau sendiri yang biarkan diri kau tenggelam, penuh dengan maksiat." Ayu seakan mahu mengelak dari terus dipersalahkan. Penampilan muslimah Ara itu dipandangnya dengan sinis. Dari atas ke bawah.

"This? Dengan macam ni kau nak tutup dosa-dosa kau? Dengan macam ni kau rasa kau dah layak jadi ahli syurga? Come on lah Ara, stop pretending. I know the 'real' you." Perli Ayu sambil ligat menuding jari telunjuknya ke arah Ara dari atas ke bawah.

Pedih hati Ara mendengar ungkapan nista yang terucap di bibir bekas teman baiknya itu. Tidak menyangka sejauh itu Ayu menghinanya. Pilu hatinya mendengar perkataan "pretending". Seolah-olah memang tiada ruang lagi untuk gadis sepertinya menjadi seorang muslimah sejati. Tidak terfikir sampai begitu sekali Ayu mempertikaikan hijrahnya.

"Kenapa kau susah sangat nak terima hakikat yang aku bukan Ara yang dulu? Aku dah tinggalkan dunia gelap yang kau cipta untuk aku. Tak cukup lagi kau burukkan aku? Kau buka semua dosa silam aku? Kau hina aku depan keluarga aku sendiri? Tolonglah Ayu, kalau dulu kau pernah buat baik depan aku walaupun kau pura-pura baik, kali ni aku mohon jasa baik kau untuk berhenti canang aib aku. Tolong ayu. Tolong." Pinta Ara. Dia cuba mengumpul kembali kekuatan yang telah hilang dalam kepedihan hati yang dirasainya kini.

***

Sorry ya, buat sementara waktu ni just sempat update teaser sahaja. Banyak kesulitan yang dihadapi. Mohon kesabaran kalian untuk terus menunggu :)

May Allah bless us!
Wassalam.

Sunday, 29 May 2016

Cukuplah Allah bagiku :')

Saat niat sudah terpasak dalam hati untuk berhijrah,
Saat itu langkah kaki perlu terus gagah, jangan pernah goyah.

Saat kau dilabel 'hipokrit' dengan penampilan muslimah,
Saat itu akal perlu matang, jiwa harus kental.

Saat kau dituding oleh ribuan jari dek kerana karat jahiliah lampau,
Saat itu semat dalam dada, kau berubah untuk Allah.
Untuk Allah!
Untuk Allah!

Cukuplah Allah sebaik-baik Penilai buatmu.

Saat kau punya Allah, kau memiliki segala-galanya.

Wednesday, 25 May 2016

WYBMH Teaser #3

Ara diam.
Tersentak mendengar ucapan Aisya. Ternyata tanggapannya terhadap Aisya meleset jauh sama sekali. Aisya tidaklah seteruk yang disangkanya. Dari setiap butir bicara Aisya, dia langsung tidak menemukan sebarang kata yang kesat walau sepatah kata cuma. Lenggok bahasa yang digunakan serta nada suaranya juga lembut dan sopan. Dari penampilannya sahaja sudah terserlah ciri-ciri muslimah pada dirinya. Berbeza dengan orang kaya-kaya yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Eh? Haura dah jumpa Aisya? Macam mana boleh jumpa ni? Nantikan update seterusnya :)

Saturday, 21 May 2016

WILL YOU BE MY HAURA? (Bab 1)

"ARA!!!!!"

Tersentak lamunan Ara apabila biliknya bergema dengan laungan suara yang sudah tidak asing lagi pada halwa telinganya.

Siti Hajar adalah antara ibu di dunia ini yang dikurniakan sebuah keistimewaan iaitu mempunyai suara yang lantang dan nyaring.

Dalam Kampung Pinang Jambu, Siti Hajar begitu dikenali dengan keenakan masakan nasi lemak sambal sotongnya yang tiada tolok tandingannya. Kelantangan suaranya itu tidak pernah menyepikan suasana kampung tersebut. Tepat jam 6.30 a.m, suara lantang itulah yang sering membingitkan setiap pelosok Kampung Pinang Jambu. Sebut sahaja nama Puan Hajar, pasti setiap penduduk kampung mengenalinya.

Dalam keadaan masih mamai, Ara langsung bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Tuala segera dicapainya. Sudah menjadi rutin hujung minggunya untuk bangun seawal 4.00 a.m untuk menolong ibunya membungkus nasi lemak dan mula keliling kampung menggunakan basikal lamanya tepat pada 6.30 a.m.

"Kau ni Ara, cubalah berubah. Janganlah asyik harapkan mak je kejutkan kau. Letihlah mak macam ni. Mak kejut kau pukul 4.00 a.m, kau bangun pukul 4.30 a.m. Itupun nak kena mak besarkan suara. Kalau tak, haram kau nak bangun. Itu baru bangun dari tidur. Ni kau nak ambil tuala, berjalan terseret-seret kaki tu masuk bilik mandi pun dah 10 minit, lepas tu buka air paip. Kau termenung sambil gosok gigi, bila air dalam baldi tu dah mencurah-curah, baru kau nak mula mandi. Heiii anak dara apalah kau ni Ara." Tuuuu diaaa. Panjang meleret bebelan Siti Hajar yang sedari tadi masih tercogok sambil berpeluk tubuh di depan pintu bilik anak sulungnya itu.

Geram mengenangkan anak daranya yang sudah mencecah usia 17 tahun namun sikap tidak pernah seiring dengan umur.

"Yes mem. Mak jangan risau, nasi lemak sambal sotong mak tu confirm laku berkat bebelan mak awal-awal pagi ni." Dalam keadaan separuh sedar, Ara sempat membalas bebelan ibunya sebelum menutup pintu bilik mandi. Ara sudah masak dengan sikap ibunya itu. Bangun lambat sikit, memang itulah tazkirah yang sama didengarinya setiap pagi.

"Amboi, sedap mulut kau mengata mak." Ujar si ibu yang mudah berkecil hati dengan sindiran pedas anak sulungnya yang disifatkan sebagai 'mulut laser'.

Pintu bilik mandi dikuak semula apabila terdengar ibunya memerlinya sekali lagi. Pantang diperli, ada sahaja yang ingin dijawabnya.

"Eh, mana ada mengata mak. Dah memang tu hakikatnya. Mak tu sampai bila nak tercogok depan pintu tu? Subuh dah nak masuk ni." Ara terus mengingatkan ibunya bahawa waktu subuh dah nak masuk bagi mengelakkan ibunya melalut tak bersudah. Lagak warak walhal jika disuruh solat, ada sahaja alasan yang diberikan. Yang rajin beribadah dalam rumah itu hanyalah ibu dan adik bongsunya sahaja.

Berdesing telinga Siti Hajar mendengar ungkapan anaknya itu. Sungguh, tak sayang mulut!

"Hai lah anak. Nasib kau tu anak aku. Kalau tak, lama dah aku cilikan mulut tu. Nama bukan main elok aku bagi, Haura (bidadari), tapi perangai tak seindah nama. Bertuah punya anak." Gomel Siti Hajar sendirian yang semakin tipis kesabarannya melayani kerenah si anak bertuah itu.


***



Usai mandi, Ara bergegas ke dapur memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.45 a.m.

"Masak aku." Ara seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi. Macamlah tidak kenal sikap ibunya itu. Lambat sikit, berleterlah jawabnya. Ara spesies yang kuat berendam. Nak disuruh mandi, bukan main liat. Tapi bila dah berada dalam bilik mandi, punyalah liat nak keluar. Nak nak sejam selepas itu baru muncul batang hidungnya. Ibu mana tak bising bila mengadap anak sebegitu.

Tiba sahaja di dapur, terus dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tanpa disuruh, dia sendiri yang membungkuskan nasi lemak bagi mengelakkan ibunya membebel lagi dan lagi. Rambutnya yang masih lembap dibiarkan terurai. Sambil membungkus, sambil itu jugalah dia berpura-pura menyanyi. Bukannya dia tak tahu, si ibu yang duduk di hadapannya dari tadi merenungnya dengan pandangan tajam bak harimau yang ingin membaham mangsa.

Siti Hajar benar-benar sudah masak dengan sikap anak-anaknya. Antara ketiga-tiga anaknya, Ara lah satu-satunya anak yang mewarisi sikapnya. Mana tidaknya, sikap Ara itu saling tak tumpah seperti dirinya ketika remaja dahulu. Kuat berendam, jenis cakap tak berlapis, alah memakai barang kemas. Pokoknya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Dah solat belum?" Tanya si ibu dengan nada sinis memecahkan kesunyian di ruang dapur itu.

"Dah." Ara selamba membohongi ibunya. Bukan sekali dua dia berbuat demikian. Malah, setiap hari dia berbohong apabila diajukan soalan begitu.

Sama juga keadaannya di sekolah. Jika ada kelas luar sidang, maka dia akan sedaya upaya cari jalan untuk ponteng kelas. Jika disuruh ustazah untuk solat, ada masa dia akan berbohong menggunakan alasan "bendera jepun". Ada masa dia terpaksa juga solat jika ustazah mula menghidu kebohongannya. Pernah berkali-kali ditegur ustazah tentang sikapnya itu. Ustazah sentiasa menasihatinya agar berubah. Namun remaja sepertinya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hatinya keras seperti batu. Sejak penceraian orang tuanya, dia berubah 360 darjah. Semakin liar dan kuat memberontak. Apatah lagi pernah terkantoi dengan ustazah apabila dia sedang berpelukan dengan kekasihnya di sebuah mall. Nasib hal itu tidak diketahui ibunya. Kalau tidak, perintah berkurung setahun!

"Kau tipu mak takpe. Tapi kau jangan lupa, ada yang Maha Melihat." Siti Hajar memerli anak daranya yang acuh tak acuh menjawab soalannya tadi.

"Mak tak nak bila mak dah 'tak ada' nanti, kau terus dengan perangai macam tu. Kau sebagai anak sepatutnya kurangkan azab orang tua." Sambung Siti Hajar melihat Ara pura-pura gigih membungkuskan nasi lemak tanpa menghiraukan nasihatnya sebentar tadi.

Ara hampir menyiapkan kerjanya, berbaki dua bungkus sahaja lagi yang perlu disiapkan untuk mencukupkan jumlah 50 bungkus nasi lemak.



***




6.20 a.m.

Ara bingkas bangun dari tempat duduknya lalu memasukkan bungkusan nasi lemak yang terakhir ke dalam bakul. Rambutnya yang panjang aras pinggang itu diikat. Menyedari dirinya memakai t-shirt yang nipis, langsung sweater ungu dicapai lalu dikenakan pada tubuh kecilnya memandangkan sejuknya embun pagi itu menusuk hingga ke tulang-belulang.

"Mudah-mudahan jualan hari ni terlajak laris. Huhu." Ara berbicara sendirian sambil tunduk membuka kunci tayar basikalnya.

"Elok-elok bawa basikal tu. Kalau ada budak-budak nakal kacau, jangan melayan pulak. Kau tu anak dara. Habis je jualan, terus balik rumah. Jangan nak melencong ke rumah Ayu pulak." Siti Hajar sudah mula berleter. Risau jika apa-apa terjadi pada anak sulungnya itu. Entah kenapa, naluri keibuannya mula merasa serba tidak kena. Seakan sesuatu musibah bakal menimpa.

"Eee mak ni. Pagi-pagi macam ni budak-budak tu semua belum bangunlah mak. Entah-entah tengah lena dibuai mimpi, siap air liur meleleh-leleh pulak tu. Euu geli mak aihh." Balas Ara sambil menjelirkan lidahnya membayangkan kata-katanya sebentar tadi.

"Yela. Mak pesan je. Anak-anak mak ni lawa-lawa belaka, kau ingat mak tak tahu yang budak-budak kampung ni selalu kacau kau? Kau jangan ikut perangai si Ayu tu. Pantang nenek moyang mak." Siti Hajar mula bertegas.

Gulppp!

Ara menelan air liur sambil tersenyum kelat. Bimbang kalau ibunya tahu sikapnya di luar seperti apa. Ibunya sentiasa peka tentang dirinya. Macam detektif. Semua benda diselidiknya. Sampai sikap Ayu itu pun turut sampai ke pengetahuannya.

"Ni mesti spy mak yang dua orang tu cakap kan?" Soal Ara sambil mengangkat keningnya. Dia tahu benar olahan adik-adik kembarnya. Ada sahaja yang mahu diupdate pada si ibu.

Siti Hajar diam dan sekadar senyum.

"Okeylah mak, Ara pergi dulu. Assalamualaikum." Ara mula mengayuh basikal untuk memulakan rutin hujung minggunya.

"Waalaikumussalam." Balas Siti Hajar yang sedang memerhati anaknya beredar dari perkarangan rumah. Figura gadis itu semakin hilang dari pandangan mata.

***

Terasa nyaman menghirup udara segar di awal pagi. Burung berkicauan. Cahaya matahari mula menyinari Kampung Pinang Jambu. Sambil mengayuh basikal usang, Ara mengamati setiap keindahan ciptaan Tuhan. Sawah yang terbentang luas di sekitar kampung itu turut menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia terleka, asyik dengan dunianya.

"PON! PON! PON!"

Bunyi hon kereta yang bergema kuat langsung mengejutkannya dari keasyikannya. Belum sempat mahu mengelak, malang tidak berbau, kereta mewah itu terlebih dahulu melanggarnya.

Bersambung...

Friday, 20 May 2016

FIRST BABY :)

Salam alaik.

First baby?

Hehe don't get it wrong ^^

Actually saya dalam proses mengolah dan mengarang sebuah karya.

And, WYBMH is my first 'baby'. So wish me luck for my first trial.

Saya tak pandai bermadah pujangga. So, kebanyakan kosakata agak terabur dan saya gemar menggunakan bahasa pasar. Andai terjumpa mana-mana typing error tu faham-faham lah ye. 

Dalam menulis ni, memang akan ada masa, kita down giler giler. Sebab ketandusan ilmu dan kekeringan idea. Tu memang normal dalam dunia penulisan.

Mohon ihsan kalian untuk tembakkan doa kalian agar saya terus diberi kekuatan serta kesempatan masa untuk update chapter by chapter.

Anyways, thanks for reading. May Allah rewards you with His blessings!

Dah selawat hari ni?
Kalau belum, jom selawat.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.

Nabi SAW bersabda : "Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut namaku namun mereka tidak berselawat." [HR Tirmizi, Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada baginda SAW, kerana para ulama' mengatakan:

"Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya."

Rajin-rajinlah berselawat ye sayangku. Banyak kaifiyatnya.

Salam sayyidul ayyam.
Salam Jumu'ah Mubarakah!

Thursday, 19 May 2016

WYBMH Teaser #1

"Happy birthday."

Tercengang Ara apabila mendengar ungkapan itu yang keluar dari mulut si jejaka idaman.

Lelaki yang tidak pernah peduli akan kehadirannya selama ini. Lelaki yang langsung tidak pernah berbicara dengannya. Lelaki yang selama ini sekalipun tidak pernah memandangnya.

Kaget melihat si pujaan hati sedang berdiri di hadapan memandang tepat ke wajahnya. Langkahnya terhenti. Wahyun sedang menyinsing lengan baju sekolah yang dipakainya sambil tersenyum manis di depan Ara. Lama mata mereka bertaut. Jujur, itulah kali pertama Ara melihat senyuman lelaki dingin itu. Terlalu manis senyuman itu hingga hampir membuatkan dia tak keruan.

Ara terjaga dari lamunannya. Pantas dia mengalih pandangannya ke wajah teman sekelasnya yang sedari tadi berada di sisinya hanya memerhatikan tingkah mereka berdua.

Katrina, selesa dipanggil Kat, merupakan satu-satunya sahabat non-muslim yang rapat dengan Ara. Lazimnya, Ara seorang yang sangat memilih dalam bab berkawan. Jarang dia berkawan rapat dengan berlainan kepercayaan. Namun, Ara senang berkawan dengannya kerana Kat mempunyai satu kelainan yang tiada pada teman-teman non-muslimnya yang lain.

Kat memerhati wajah temannya yang semakin merona merah dek kerana malu.

"Thank you." Balas Ara dengan ringkas. Tiada senyuman yang terukir. Kosong. Wajahnya kosong. Entah. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya selain membalas ucapan terima kasih.

Tanpa berlengah, pantas dia mengatur langkah meninggalkan Wahyun. Dia tidak mahu memandang Wahyun lama-lama. Semakin dipandang wajah lelaki berlesung pipit itu, semakin menggetarkan hati perempuannya.

Wahyun menoleh ke belakang, memerhati derap langkah gadis bertubuh pendek itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya tiba-tiba sahaja ingin menegur gadis itu.

"Syok lah tu pujaan hati wish birthday. Live pulak tu." Usik Kat yang setia menjadi penonton babak sweet antara dua manusia yang nak dikata kawan tidak. Nak dikata musuh lagilah tidak.

"Wish amende? Birthday aku 9 haribulan tau. Hari ni dah berapa haribulan? 11 haribulan. Logik ke dia buat macam tu. Bukannya kawan pun." Balas Ara dengan sinis.

Perasaannya bercampur.

Teruja, gembira, berdebar, hampa, sakit hati semua ada.

Teruja kerana dia tidak pernah menerima layanan sebegitu dari mana-mana lelaki hatta teman lelakinya sekalipun.

Gembira kerana lelaki yang disangkanya dingin akhirnya menyimpul senyuman manis khas buatnya.

Berdebar kerana panahan mata sang jejaka menusuk kalbunya.

Hampa dan sedih kerana Wahyun ucap selamat pada waktu dan hari yang salah!Tak patut.

Sedang mereka berdua ralit mengatur langkah menuju ke kelas, Ara terfikir sesuatu yang membuatkan langkahnya terhenti.

"Eh kejap. Macam mana dia boleh tahu birthday aku ni?" Ara bermonolog seketika.

Something's fishy here!

Masakan mungkin Wahyun mengetahui tarikh hari lahirnya sedangkan mereka tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain.

Bersambung..

Nak tahu lebih lanjut bagaimana Wahyun tiba-tiba boleh tahu birthday Haura?

Nantikan cerita penuh dalam WILL YOU BE MY HAURA?

InshaaAllah, akan saya update bab demi bab

WYBMH Teaser #2

"Eh mamat ni. Dah kenapa pandang aku lama-lama? Dulu pandang sebelah mata pun tak sudi."  -Haura

"Mata tu memang macam tu eh? Kuat menjeling?"  -Wahyun

----------------------------------------------------------

"May I know your phone number?"
"For?"
"Untuk kenal hati awak."
"Kenal? Sebelum ni tak kenal ke?"
Wahyun diam.
"Ada pen dan kertas? Pinjam jap."
Wahyun menurut sahaja permintaan gadis dingin itu tanpa sebarang soalan.
"Nahh. Saya percaya awak cukup bijak untuk faham ni."

Terpana Wahyun melihat sebaris angka yang tertulis pada sticky note tersebut.

"17;32."

Sindiran gadis ini tidak bertempat.
Macam tak percaya inilah gadis mulus yang dikenalinya 10 tahun yang lalu.


P R E V I E W

WILL YOU BE MY HAURA?

~Mendoakanmu adalah satu-satunya caraku memelukmu dari jauh. Kerana cinta adalah doa.~

"Kalau nak dibandingkan kita, awak umpama bintang. Tampak indah namun sukar untuk digapai. Sesuatu yang terlalu berharga yang susah untuk dimiliki. Saya umpama bulan. Yang tidak memiliki sebarang keindahan. Tiada daya penarik. Hanya menumpang secebis cahaya dari sang mentari." -Haura

"Architect knows something about everything. But engineer knows everything about something." -Wahyun

"Saya tak jamin 10 tahun akan datang cinta ni masih sama. Tapi tolong jangan pernah berubah." -Aisya

"Dia tak pernah nampak kehadiran kau. Bertahun kau tunggu dia dengan hanya berbekalkan doa. Tolong jangan seksa hati tu lagi." -Hafiyy

Kisah tautan empat hati.

Haura setia menanti dengan segenap jiwa menggenggam sebuah doa.

Wahyun tenggelam dalam kekeliruannya.

Aisya berharap pada sesuatu yang kian pudar.

Hafiyy pula gigih menyingkap tirai hati yang tidak pernah terbuka buatnya.

Benarlah, bercinta bertahun-tahun belum tentu jodoh berpanjangan.

Penantian masih menyeksa empat hati meskipun 10 tahun telah berlalu.

Penantian yang tidak bernoktah. Antara janji dan harapan.

Yang seorang menanti cinta yang tak pasti, yang seorang lagi mengharapkan cinta yang sukar dikecapi.

Di saat dua hati mulai menyulam bahagia, ada dua hati yang membungkam rasa.

Bahagia tidak mungkin mampu dibina atas tapak yang merekah.

Siapa sangka, tiap detik yang berlalu rupa-rupanya menggarap sebuah takdir yang tidak diduga.

'Kepergian' seseorang meninggalkan kesan yang mendalam pada tiga hati, menyebabkan 'pergi'nya satu lagi hati yang akhirnya mengubah haluan dua hati.

Takdir seorang gadis jahil bertemu dengan seorang gadis yang dibenci dek kerana satu kejadian yang tidak disengajakan, namun siapa sangka gadis yang pernah dibencinya itulah yang perlahan-lahan membawanya mengenal Tuhan dan agama.

Sunday, 15 May 2016

You're worth it sisters :)

Yang jauh dimata itulah,
Yang sentiasa dekat dihati,
Yang namanya sentiasa hadir dalam doa :')

Jika kau mencintai seseorang sebelum bernikah, tidaklah ada yang halal untuknya kecuali dengan doa. Cinta itu doa. Maka doakanlah orang yang kau cintai.